expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 31, 2012

Rumah Sewa dan Outstation

Pagi tadi, pengasuh Ammar Yusuf, Kak Ha sebak-sebak bagitahu, dia sekeluarga kena berpindah. Sebab tuan rumah nak duduk rumah yang mereka duduki sekarang. Runsing, dia tak nak pindah jauh-jauh. Sebab dah pertengahan tahun, takkan nak tukar sekolah anak-anak. Dan yang paling buat aku tersentuh, bila dia peluk Ammar Yusuf, dan cakap,

"Lagipun, Yusuf macam mana nanti.. Siapa nak jaga dia... Kak Ha sayang kat dia ni.." 

Kesian sangat. Dahlah bulan puasa. Untuk sementara mereka sekeluarga akan tumpang rumah bujang kat tingkat bawah blok depan. Tapi sampai bila nak duduk situ? Nak raya nanti macam mana? Adoi susah hati aku. Kesian sangat, sedih aku hari ni. 

Kami suami isteri sedang berusaha membantu mana yang boleh. Kalau ada sesiapa yang tahu, atau ternampak iklan, atau ada rumah untuk disewa sekitar Puchong, boleh tolong inform aku tak? Kalau boleh yang sewanya di bawah RM500 la ye.

**********

Esok aku akan ke Bangkok, urusan kerja. Ammar Yusuf tinggal berdua dengan Suami. Macam mana entah tidur malam nanti. Stok susu memang tak banyak. Campur dengan susu formula lah nampaknya. Tak apalah, asalkan dia kenyang, malas aku nak stress pasal susu. Makanan dia, Kak Ha akan tolong masak. Dah hantar semua bahan mentah pun tadi. Paling sedih, birthday pertama anak, aku tak ada :'( Nanti Mummy balik kita celebrate belated ye sayang, maybe we can have a small-private party, just the three of us. Runsing hati, macam-macam aku fikir, macam-macam notes aku dah prepare untuk Suami. Pasal susu, makanan, pakaian, penjagaan kalau demam... Nasib baik Suami memang biasa je tidurkan anak, layan anak. Tak apalah, inshaAllah, Allah jaga.


Mummy's gonna miss you, Sayang. Ammar Yusuf please be a good boy k.. Tunggu Mummy balik tau.. *sobs*





5 comments:

  1. husna nak rumah puchong area mana? erna stay puchong..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, dugaan betul bila jd mcm ni. Moga2 dptlaa tmpt baru utk bs una tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Dugaan betul. Kesian kat dia. Anyway by today rasanya dia dah ada tempat baru, which is around Puchong juga. Kitorang tetap akan hantar Ammar Yusuf kat dia juga, sebab bukan senang nak dapat pengasuh baik macam tu :')

      Delete
  3. Menitis air mata ni bc....hu2..sabar ye...

    ReplyDelete