Tuesday, April 22, 2014

Anak Perempuan

One night I had a conversation with H about having a daughter.

"Kalau anak ketiga kita perempuan, memang perfectlah. Dua lelaki seorang perempuan. Mesti abang abang dia akan sangat protective kan," kataku, lepas tu terdiam sekejap, dan cepat cepat sambung, "Kalau anak lelaki lagi pun, perfect juga.." memikirkan kemungkinan anak seterusnya lelaki juga kesian pula kita kata kehadiran dia tak menyempurnakan kehidupan kami T__T

H kemudian menyambung, "Kalau semua anak kita lelaki pun tak apa je. Ada lah sebabnya Allah tak bagi kita anak perempuan."

Hmm. Iyalah. Betul juga. Kalaupun ditakdirkan anak aku semua lelaki pun, aku sebenarnya okay saja. Ada lah tu hikmahnya. Mungkin membesarkan anak perempuan adalah diluar kemampuan kami dan Allah dah nampak semua tu kan? Seram juga bayangkan kalaulah dapat anak perempuan yang perangai macam aku dari kecil sampai ke besar..... kifarah betul :(

Oh. I'm not pregnant, at least not for the next 2 years hehehe. Bukan tak suka anak ramai, bukan juga kerana bimbangkan rezeki tidak mencukupi; ianya lebih kepada kemampuan emosi dan ketahanan mental aku dalam membesarkan anak anak. Siapa yang lebih mengenali diri kita berbanding kita sendiri; I know myself too well so regardless how eager I am to have more kids, I can't be selfish dan mengabaikan hak dan kebajikan anak yang sedia ada. Quality over quantity, no?

Back to the subject, well, kalau tak ada anak perempuan, siapa sahaja adik adik mahupun adik ipar yang melahirkan anak perempuan, anak itu Antina akan manjakan habis habisan with everything pinky, princessy and all the cute stuffs sampai mak bapak dia bengkek dengan aku HAHAHA. Dah bagitahu siap siap dengan adik adik pula tu haha. Anak buah kan lebih kurang jelah dengan anak sendiri, ye tak? :p


Sunday, April 20, 2014

Things You Do For Your Loved Ones

Semalam kat rumah Mama kami tengok The Dark Night Rises at HBO. Ada satu scene yang menarik perhatian kami suami isteri. Scene di mana Jack Blake (polis) cuba berdepan dengan penjahat seorang diri dan tiba tiba Batman datang dan cakap,

"If you want to be a hero, put on a mask"

Blake balas, "I'm not afraid if they know who I am"

Dan Batman cakap, "It's not for you, it's for your loved ones. You wear a mask to protect your loved ones"

Ayat itu memang sangat berkesan di hati. Kenyataan di mana kita sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan semua tindak tanduk kita demi melindungi orang tersayang. Apatah lagi setelah bergelar ibu dan bapa.

Dalam perjalanan balik ke Puchong, kami berbual tentang perkara ini. Tentang betapa menjadi seorang ibu dan bapa membuatkan kita lebih berfikir panjang dalam membuat keputusan, lebih matang, lebih bertanggungjawab, kerana setiap tindakan kita akan memberi kesan kepada anak anak.

Bila rasa stress dengan kerja, dah tak boleh nak senang senang cabut lari tinggalkan semuanya.
Bila tertekan dan sedih dan rasa nak drive laju laju (akulah tu), namun terfikir kesannya pada anak anak jika berlaku apa apa pada diri aku, terus tak jadi nak ikut perasaan.
Bila berlaku masalah dalam rumahtangga, anak anaklah yang membuatkan kita berfikir lebih panjang dan lebih rasional sebelum mengambil apa apa keputusan.
Jika sebelum ini kita bebas berkata apa sahaja, bila ada anak memang membuatkan kita lebih berhati hati dalam berbicara, bimbang apa yang kita perkatakan akan dibalikkan pada anak anak kita.

Juga sekiranya berlaku situasi di mana kita disuruh buat sesuatu yang tidak kita ingini dan diugut untuk dicederakan jika kita melawan, kita masih mampu untuk menolak jika ianya hanya melibatkan diri kita. Buatlah apa yang kau mahu, aku tidak peduli. Tapi cuba sekiranya watak kita ditukar kepada anak anak kita, ibu bapa kita, orang orang yang kita sayangi, kesannya lebih besar. Kita akan sanggup lakukan apa sahaja untuk melindungi mereka, kan?

H pun berkongsi pengalaman berhenti merokok. Selama ini orang cakap merokok membahayakan kesihatan, tak terkesan. Merokok membazir duit, tak terkesan pun. Bila lahirnya anak, anak ditahan di hospital disebabkan asthma, terus dia berhenti merokok on the spot. Bukan slowly, bukan secara berperingkat, he quitted on the spot! Betapa besarnya pengaruh anak dalam diri dia. Tak sangka dah dekat 2 tahun dia tak sentuh rokok. Betullah. If having a child does not change a person, I don't know what else will. 

"There really are places in the heart you don’t even know exist until you love a child." (Anne Lamott)






Thursday, April 17, 2014

Hidup Susah Untuk Berjaya

I once had an argument on this with my husband; should we let our children learn the hard way to success, or should we help with whatever we have along their journey to success?

I am all for the latter.

Pendapat aku, membiarkan anak hidup susah tak bermakna dia akan berjaya jadi orang, dan biarkan anak hidup mewah tak bermakna dia akan membesar jadi jahat. Aku dah tengok ramai orang (dan alami sendiri) membesar dengan susah dan dapatkan banyak perkara dengan cara yang susah, tapi tak jadi orang baik baik pun. Dan aku kenal ramai orang yang hidup senang dari kecil, tapi membesar dengan sangat baik, berjaya bukan dari segi duniawi malah lebih terjaga solatnya, lebih sopan berbicara, lebih menghormati orang lain dan sebagainya.

Pokok pangkalnya, aku percaya walaupun kita menyediakan jalan yang mudah untuk anak kita membesar, dia tetap boleh berjaya jadi manusia yang baik, kuat fizikal serta mentalnya.

My husband has a different (and valid) opinion of course, but I said to him, "B tak lahirkan anak anak B untuk biar dia hidup susah. Apa gunanya B bekerja keras, kalau masih tak mampu nak menyenangkan anak anak"

But of course that is my opinion for my 2 and a half year toddler and 11 months old baby. Wait till they have grown up and ask for their own car at 16, we'll see if I'm still stand for the same opinion :p

Okaylah. Nak sambung goreng ikan. Today is my 17th day of puasa ganti. Lagi 8 hari nak habis wuwuwu, moga moga sempat inshaAllah. 

Til the next entry, assalamualaikum!



Monday, April 14, 2014

Entri Santai Hari Lahir

Hai assalamulaikum.

140414, tarikh cantik untuk menambah seorang lagi anak hahahah tak tak.

So I just turn 29 today. Yea yea baru 29 bukanlah 35 seperti disangka T__T

Plan asal Suami nak spend masa berdua, lunch date at any fancy restaurant, tengok wayang, something like that. But I only opt for IKEA meatball haha so not fancy, and instead of pergi tengok wayang, I suggested to balik terus lepas makan and tengok movies yang dah di-download sambil baring baring atas katil je.

"Even better" he said hahaha. I know, I know :p

I just want something yang santai and easy, something intimate that we can really spend quality time together.



His most embarassing moment ever LOL :))))

At Ikano, H ajak pergi Samsung. Okay je, there dia suruh cuba cuba Samsung Galaxy Note 3. Being a girl (hahaha nak juga mengaku 'girl'), I cuma try kamera dia je and whoaaaa CANTIK GILAAA. 

He asked, "Cantik kan? Front camera dia pun cantik tau"

Me: Aahlah.

H: Nak?

Me: Hah? Taknaklah. Tak terfikir pun.

H: Samsung ni sesuai untuk heavy user macam B. Bateri dia besar. Tak yah charge selalu.

Me: Best je tengok, tapi besar sangat kan.

H: Tu jelah yang tak best, besar. Tapi puas hati la ambil gambar.

Me: Betul ke best? (Haha typical iPhone user. So skeptical, so eksyen. I've been using my iPhone since forever kot)

H: Sesuai la untuk B. Senanglah nak update blog nanti, skrin besar.

Hahahaha my avid stalker. He knows me too well.

So there I have it. It's so overwhelming, thanks Sayang. It means a lot to me I really appreciate it :')

At 29, I think my life has been a lot better than before. Dah lebih stabil, emotionally, physically and financially. Hutang makin susut alhamdulillah, I have targetted to finish paying off my study loan by next year, harap harap berjayalah. Dan harap harap aku tak gatal nak tambah apa apa hutang lagi (-.-")

Kerjaya makin baik, stress juga tapi a lot more manageable sebab dah tak perlu menghadapi stress di jalan raya. Sudah lebih tenang dan berani dalam menangani masalah di tempat kerja. Tak ada nak emosi sangat, tidak lagi terbawa bawa. Wat lek wat peace je.

I cook at least 4 days in a week. Sampai rumah around 6 to 6:30PM everyday, memang sempat sangat nak prepare dinner. H seems a lot happier (and chubbier, I think?) these days, he loves everything, EVERYTHING that I prepared for him. Sometimes I think he's being overreacted when he says how much he loves my home-cooked meal sebab semuanya lauk yang terlalu simple ya Allah nak sebut pun malu haha, but he makes me feel so appreciated and lagi bersemangat nak mempelbagaikan masakan hehe. Now, everyone can cook. Tak payah nak ada skill pun, Google jelah resipi ye tak? ;)

My two boys.. mashaAllah they're just too amazing. They complete me. I learn a lot from them, you know. It's just ridiculous how someone that small can teach you a lot of things about life, and they don't even know it! I feel so blessed, kadang kadang rasa tak layak dengan semua kebahagiaan ini bila memikirkan betapa alpanya aku sebagai hamba-Nya. My family, my siblings. They are just amazing syukur alhamdulillah.

One year to go to and I'll be 30. To be honest, I tak sabar sebenarnya nak umur 30. I always have a thought that people will see you differently when you're 30's, pandangan yang lebih serius, pandangan lebih hormat. For me lah. Perhaps it depends on how you carry yourselves too. Also tak sabar nak tengok apa yang aku dah capai pada umur 30. But I'll save that for next year's blog post :)

Thank you for all the warm wishes, semoga Allah berkati hidup anda semua juga.


Friday, April 4, 2014

Never Put In Writing

Semenjak habis belajar, aku sudah bekerja dengan tiga buah syarikat, yang mana setiap satunya memang memberikan banyak pengalaman dan pengajaran berguna untuk aku menjadi pekerja/manusia yang lebih baik di masa hadapan.

Satu yang aku paling ingat sampai sekarang, if you are pissed off, like really angry, with your colleagues or even your superior, whether it is due to their works or their attitude, NEVER EVER PUT IT IN WRITING!

Macam mana marah pun kita, jangan lepaskan semuanya dengan cara yang akan meninggalkan bukti. Hehe faham tak. Yes, never use an email.

So how?

Kalau kita rasa marah sangat (you know, we are just human being afterall), you can just see the person, or call the person, marah la gila gila macam mana pun. Kalau ianya berkaitan dengan kerja yang kau rasa tak puas hati gila dengan dia, kau jumpa, or call the related person, solve it between both of you, and bila dah settle dengan orang yang berkenaan then only you write a professional email explaining the situation to other people whomever necessary. Not an emotional email. 

Kadang kadang bila kita terlalu marah, rasa teraniaya, rasa tertindas, we tend to write an emotional email explaining the situation (no matter how professional you think the email is, it usually turns out not) and embarrass yourselves even more. People might read the email in a wrong tone, and they might understand the email not the way you want them to understand, and later they will talk among themselves and really, they will make fun of you. Or even worst, they will forward the email to someone in higher position for their action. It is not good, especially when it involves bad words and all.

But if you call the person, no matter how bad the argument turns out, if the person even reported on you, you can always deny. Yes, just deny. Because there’s no proof at all! Verbal communication can never be used, unless if it is recorded which is unlikely to happen.

Of course it is a lot better if you can be professional and control your emotion from the beginning instead of going crazy calling people here and there. It is just your job anyway, it’s not worth at all to get carried away and losing your pride.

What I’m trying to say is, be careful in writing an email, or Skype (here we use Skype to communicate among us, even with the boss), anything that leaves a proof. I have seen a lot of emotional and embarassing emails throughout the years, and eventhough I believe the sender is innocent/in a right position, I still think that the person should not send that kind of email because it is just... funny and it reflects your personality too. 

You rasa you betul, you taip and luahkan semuanya, copy to everybody hoping that they will understand and give you support, and when the email have been sent, you sorang sorang getting nervous and anxious waiting if anybody replies. Think again, is it really worth it?




- Posted using BlogPress from my iPhone