Tuesday, May 26, 2015

Bukan Tips Rumahtangga

Banyak betul kisah rumahtangga didengari sejak kebelakangan ini. Isteri orang bercinta dengan suami orang, suami orang dengan janda, dengan anak dara, isteri orang dengan lelaki bujang, suami tidak bertanggungjawab, isteri tidak bertanggungjawab, suami isteri tiada cinta... macam macamlah.

Bila terjadi perkara perkara sebegini, banyaklah tips rumahtangga diberi oleh bermacam macam orang.

Nak bagi suami sayang, kena buat begini. 
Nak pastikan suami tak pandang orang lain, kena buat begitu.
Nak kekalkan cinta sesama suami dan isteri, kena buat begini dan begitu.

Tips itu meliputi perkara perkara asas, seperti perlu banyak bersabar, bertolak ansur, cuba memahami, you know, perkara perkara asas yang rasanya semua orang sudah tahu. Dan juga perkara perkara sampingan, seperti kena rajin memasak (jaga makan minum), pastikan rumah sentiasa kemas dan terurus, pastikan diri sendiri terurus, dan sebagainya.

Ciri-ciri isteri idaman
1. Pandai dan rajin memasak
2. Rajin kemas rumah
3. Pandai jaga anak (suap makan, mandikan, mendidik, etc)
4. Rajin buat kerja rumah (basuh/jemur/lipat baju, pinggan mangkuk, etc)
5. Pandai jaga diri (cantik, slim, etc)
6. Hebat 'layan' suami
7. Tolong kewangan suami
8. IKHLAS DAN TIDAK MERUNGUT MELAKUKAN SEGALA YANG DI ATAS

Sounds too good to be true. Kalaulah begini, aku awal awal sudah angkat tangan, surrender. Tahukah anda, sebahagian besar tugas di atas sebenarnya bukan tanggungjawab seorang isteri pun? But yes, kalau isteri  buat, akan dapat pahala. Tapi kalau isteri buat semuanya setiap hari kemudian merungut di hadapan kawan kawan dan mengata-ngata suami disebabkan diri sendiri yang terlalu penat, pahala tak dapat, dosa pula menimbun nimbun, kan? Aku kenal diri aku sendiri, aku mungkin boleh buat 1-7 setiap hari, tapi tak janji aku dapat buat perkara ke 8. Kita bukan robot, dan kita bukan malaikat. Kita manusia biasa je. Kita ada batasan tenaga, ada had sabar. Jadi aku rasa, ciri ciri isteri idaman di atas adalah merepek, dan menganiaya kaum isteri.

Jadi apa yang aku boleh buat, be realistic, do what makes my husband happy without sacrificing my own happiness. Macam mana yang kita tahu bahawa setiap anak adalah unik dan tersendiri, begitu juga dengan suami. Suami kita tak sama dengan suami orang lain, that's why aku tak berapa ambil pusing sangat bila ada orang bagi petua nak kekalkan rumahtangga kena buat begini buat begitu, kerana mungkin cara itu sesuai untuk suami dia, tak semestinya sesuai untuk suami aku. Hanya kita yang kenal suami kita, kan?

So now, kita fokus pada apa yang suami kita paling suka. Bukan apa yang suami suka, tapi paling suka. Sebab kalau nak ikutkan apa yang dia suka, semua 8 ciri di atas dia suka, but it is impossible untuk kita ni penuhi. Jadi kita lebihkan usaha untuk apa yang dia paling suka, dan kurangkan usaha untuk apa yang kita rasa suami kita boleh tolerate. Kalau suami jenis suka makan/cerewet makan, kita fokus pada masakan kita tapi mungkin boleh bagi tugas mengemas pada suami. Kalau suami jenis tak kisah makan simple/makan luar tapi tak boleh tolerate rumah bersepah (macam suami aku), kita fokus pada memastikan rumah sentiasa kemas sebaik sahaja selesai anak bermain. 

Dan paling penting, kalau tahu suami kita suka tengok kita cantik, kita fokus untuk jadi cantik (di mata suami) tapi kita kena cuba agihkan tugas tugas menguruskan rumahtangga dengan suami. Sebab berdasarkan pemerhatian aku, di sebalik seorang isteri yang cantik dan berpenampilan menarik, terdapat seorang suami yang sangat rajin membantu dalam menguruskan rumahtangga. It only works that way, win-win situation. Sebab bila suami memang ringan tulang dan sangat membantu, barulah isteri ada masa untuk 'membelek' diri sendiri instead of 'membelek' anak anak, pinggan mangkuk kuali sudip, mop lantai dan sebagainya. Nak isteri cantik, suami kena rajin. Kalau you malas, kena terima isteri wajah kusam muka masam mood teruk setiap hari. Like it or not, it is all because of you.

Above all, doa. Doa adalah paling penting. Bagilah tips itu dan ini, buatlah itu dan ini, jodoh kita adalah di tangan Allah. Jadi, doa jangan tinggal. Bila doa, mesti sebut nama. Aku kalau dengar Suami doa, "Panjangkanlah jodoh aku dengan Noorul Husna binti Hadzarami" memang rasa bergetar dada, setiap kali. Doa itu penting, bermakna kita berserah. Sangat sangat berserah selepas segala usaha yang telah kita lakukan. 

Ini bukanlah tips rumahtangga, bukan tips perkahwinan. Sebab setiap perkahwinan dan rumahtangga adalah unik, dan rumahtangga kami mungkin tidak sama dengan rumahtangga anda. Aku harap sangat kita semua boleh fokus tidak hanya pada kebahagiaan suami sahaja, tapi juga pada kebahagiaan diri sendiri. Love yourself and know what you worth. Bila kita bahagia, then only kita boleh bahagiakan orang lain. 


Monday, May 25, 2015

Gotta Listen To Your Child

Aku sejak kebelakangan ini selalu mengalami sakit/pedih di bahagian belakang dada sebelah kanan. It's actually kinda bothering especially bila kita terlalu lama sit still in one position (while driving, at work in front of computer, etc). Kadang kadang rasa lenguh, kadang kadang rasa pedih mencucuk cucuk. I blamed it on epidural I took when I delivered Ammar Yusuf last 4 years, tapi kalau epidural mestilah rasa kat pinggang, ini rasa belakang dada, you know, area bra-straps tu.

After a constant complaint and several massage sessions by Hubby (I love it because man's energy is different, and of course, because it's free tehehe), I went to clinic yesterday with Ammar Yusuf. Seronok keluar dating dengan Ammar Yusuf ni, sebab boleh berbual macam orang besar. Dia tu kan cakap banyak macam mak nenek -___-"

 Doctor said it is just muscle strain, due to overwork. Terlalu kuat bekerja, atau terlalu stress. Which both I agree. Memang recently rasa macam terlalu kuat bekerja, rasa semangat lain macam. Dan stress level agak tinggi juga, which I tried to ignore and diverted into positive energy. I'll talk about it later. Selepas menerangkan lebih kurang i.e kena banyakkan berehat, jangan bekerja terlalu kuat, duduk dengan posture badan yang betul etc., doktor pun bagi painkiller dan ubat sapu (something like minyak urut) jenis roll-on sekali tengok macam deodorant.

So last night when we were all about to sleep, baring baring dalam gelap di ruang tamu, I requested my husband untuk sapukan minyak yang doktor bagi tu pada badan aku. Senang je, just roll on our body macam sapu deodorant je, lepas tu urut urut sikit. H bangun, pergi ambil ubat tu, buka penutup dan roll pada belakang badan aku. Aku masa tu memang dah bersedia baring secara meniarap. Lepas 2-3 kali sapu, aku masih tak rasa apa apa pun, unlike tengahari tadi yang lepas sapu memang rasa panas badan.

"Takde rasa panas pun," I said. H pun rasa badan aku dengan jari dia. "Aahlah, tak keluar pun minyak dia," kata H. Anak anak aku pun mula bangun duduk dan sama sama tengok di bawah samar samar cahaya dari televisyen.

"Bukak la lampu Daddy, baru nampak," kata Ammar Yusuf, busy body.

Ignoring his suggestion, I asked H to roll harder. "Cuba tekan kuat sikit, mesti keluar"

H pun tekanlah dengan lebih kuat ke atas ke bawah tapi tetap tak rasa apa pun.

"Bukak la lampuuuuuu mesti nampak keluar ke tak.." Ammar Yusuf semakin tak berpuas hati.

Selepas beberapa percubaan tapi tetap tidak berhasil ditambah dengan suara Ammar Yusuf yang berleter di tepi suruh buka lampu, Daddy dia pun mengalah dan bangunlah pergi buka lampu kejap.

Rupa-rupanya, ini yang Muhammad Hanis buah hati aku tu sapu............


Calamine lotion Adam Muaz T________T


Dan ini adalah yang sepatutnya disapu pada badan aku............


Couldn't blame him though, these looked so much the same kan?

We laughed hysterically right after that. Padanlah langsung tak rasa apa apa pun. Nasib baik tak tersapu deodorant pula, satu badan bau armpit nanti kahkah! Ammar Yusuf juga yang paling matang awal awal lagi suruh buka lampu. Gotta listen to your child, no? ;)


Friday, May 22, 2015

Hiburan Anak Anak

Anak anak aku ni, or maybe kids in general, memang jenis mudah terhibur agaknya. Benda kecil kecil pun diorang boleh ketawa berdekah dekah, ulang lagi benda yang sama tu 5-6 kali, masih lagi ketawa dengan frekuensi yang sama. Come on la kids, lawak ulangan tak sepatutnya kelakar okay =))

Main tembak tembak dan Mummy pura pura pengsan dengan lidah terjelir; dekah dekah mereka ketawa.
Main keretapi (beratur Mummy depan sekali) jalan laju laju lepas tu Mummy stop mengejut dan semua berlanggar sesama sendiri; sampai hilang suara mereka ketawa.
Main masak masak lepas tu suapkan Mummy Daddy makan lego berbentuk jagung dan banana, pun boleh buat mereka ketawa.
Main tarik tali, Abang pura pura jatuh sambil buat bunyi kelakar, Adik boleh sampai terbongkok bongkok ketawa lantaran terlalu geli hati, dah cramp perut mungkin laughing out loud.

Spending time with my kids is always fun. My husband and I, we love taking part in everything they do. Nampak mereka membina sesuatu menggunakan Lego, saje kami datang dan bertanya penuh minat, "Haaaa ini mesti robot kan?" Kadang kala mereka akan mengiyakan (padahal takde rupa robot pun -___-"), kadang kadang mereka menafikan dan memberi idea lain, "Bukanlah, ini rumah Daddy!" Ohhh. Barulah tahu. 

Our kids are gadget free, Alhamdulillah. Mereka tidak didedahkan langsung dengan gadget i.e iPad, Tab, not even our own smartphones. We have our own (obvious) reasons not to expose them to that at their age, terlalu muda anyway. Not even as a reward, contohnya kalau berkelakuan baik, baru dapat main those gadgets. No. Setakat ini, we survived without it. Akan tiba masanya, akan tiba. Sabarlah, dan kena berlapang dada untuk 'bekerja' lebih sedikit. You know, kalau bagi anak main iPad, kan senang kerja kita. Boleh memasak dengan aman, mandi dengan aman, makan dengan aman, layan laman web sosial dengan aman. Eh. Bila takde benda benda tu, segala benda lebih mencabar, kita kena berusaha lebih sedikit, kita kena bersedia untuk lebih penat berbanding orang lain dan ia juga bermakna that we have to spend most our time with them and really focus to them. Aku rasa memang itulah tanggungjawab sebagai ibu bapa, bukan tanggungjawab sebuah iPad :p

Penat memang penat, tapi seronok sangat sebenarnya. Well, tak apalah, anak masing masing. Ikut hangpa la nak buat macam mana.

Anyway, dua hari lepas Ammar Yusuf pulang bawa balik kapal terbang kertas. 

"Abe Ipe (Abang Irfan, anak pengasuh) buatkan untuk Abang," katanya.

Aku nampak benda tu, terus keluarkan beberapa helai kertas A4 dan buat apa yang aku pernah tahu semasa kecil dulu.


Kapal kertas. HAHA. So basic.

Aku juga buat puppets, dan satu lagi kapal terbang untuk Adam Muaz pula, yang nampak lebih 'canggih' dari kapal terbang Abe Ipe kahkah tu pun nak compete.

"Mummy ni hebatlah!" My kids, so easily impressed ;)


It's kinda funny that they were having so much fun with it :)


I told them "Kalau nak bagi laju kena tiup dulu baru terbangkan.." Mitos zaman budak budak. And they really did OMG so innocent :)))


Abang dah baling 2-3 kali Adik masih 'fuhhh fuhhh' tiup lagi, lalu terus saja dia dimarahi Abang.
"Adik! Kalau nak laju bukan tiup lama lama! Tapi tiup kuat kuat sekali je!" HAHAHAHA. This is serious business, dude.



Nak hiburkan anak anak ni, memang senang sangat sebenarnya. It's the matter of kita nak atau taknak je. Sambil tengok anak anak main tu, aku berbual dengan H. Cerita pengalaman masa kecil, buat layang layang guna lidi dan surat khabar, lagi panjang ekor kononnya akan lebih tinggi terbangnya. Our childhood was so much fun, kan? Selagi boleh, aku nak bagi anak anak aku rasa benda benda macam ni. Cheap entertainment, but it is a real definition of fun.

Selesai main, nampak Ammar Yusuf masukkan semua origami tu dalam beg baju dia.

"Abang nak bawak pergi rumah Ibu la, nak tunjuk kat Abe Ipe.."

So proud this boy, so appreciative.

Alaaa kalau tahu nak tunjuk kat Abe Ipe, Mummy buat lagi canggih dari tu HAHA. Annoying mother :p


Tuesday, May 19, 2015

Kuasa


Anak bujang aku dua orang tu sekarang sangatlah obsessed pada Ultraman. Macam macamlah nama Ultraman ini. Neos, Cosmos, Zero, Tiga, Taro, Mebius..... Semua dah habis hafal dah. They can even differentiate which is which, contohnya Ultraman yang bertanduk adalah Ultraman Taro, Ultraman yang warna biru adalah Ultraman Cosmos. This boys..... Cannot blame them, though. I also had that kind of obsession when I was a little girl. Zaman aku dulu ada satu saja Ultraman rasanya, Ultraman Ace namanya. Gabungan Hakuto dan Minami, jadilah Ultraman Ace. Ala takde siapa ingat keeeee???

Ada satu malam tu, kedengaran Ammar Yusuf menjerit sambil berlawanan, "Ambik ni! Kuasa Ultraman!'

Kuasa.

Entah kenapa terasa lain macam sikit mendengar perkataan ini digunakan untuk Ultraman.

You know, sewaktu kami kecil dulu, kami semua telah diterapkan yang hanya Allah sahaja yang berkuasa. Makhluk lain semua tiada kuasa. Allah yang mematikan, Allah yang menghidupkan. Even kita kerdipkan mata pun, atas izin Allah. Perkataan kuasa tu dari dulu lagi, memang aku hanya gunakan untuk Allah sahaja. Allah yang Maha Berkuasa.

Teringat ada suatu hari tu, kami adik beradik sedang bersiap untuk makan. Waktu kami kecil dulu, kami adik beradik makan dari dulang yang diisi nasi dan lauk di tengah tengah. Semua orang dah ada, baru boleh makan. Mesti makan bersama sama, sebab lauk adalah limited lantaran adik beradik yang ramai. Kalau contohnya Mama masak lauk udang, awal awal lagi kami telah diberitahu, udang boleh diambil seorang 4 ekor saja. Contohnyalah. The beauty of having so many siblings, well, kinda missed that moment now :')

Okay, anyway, sebaik sahaja nasi dihidang panas panas, one of my brothers terus ambil nasi dan kemudian menggelupur panas, terus saja dia minta kicap.

"Nak kicap, nak bagi nasi cepat sejuk sikit," katanya. Entah apa kaitan kicap dengan nasi cepat sejuk, mungkin kicap yang diambil dari peti sejuk lalu dituang pada nasi akan membuatkan nasi terasa sejuk, I don't know.

Mendengarkan itu, terus saja aku memarahi beliau.

"Bukan kicap yang bagi sejuklah, Allah yang bagi sejuk! Kan Mama kan? Allah je yang ada kuasa kan?" Tak ingat pula apa reaksi Mama ketika itu.

There I was... so pure, so innocent. Tingginya keyakinan bahawa hanya Allah yang berkuasa ke atas segalanya. Segala yang berlaku atas muka bumi ini adalah atas izin Allah. Bila teringat betapa sucinya hati ketika itu, terasa pahit dalam hati. Apa sudah jadi dengan diri aku ketika ini.... Dan macam mana aku nak tanamkan dalam hati anak anak aku perkara yang sama, yang segala yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. Rezeki dari Allah, sakit dari Allah, sihat dari Allah.

Kanak kanak seusia tu, hati mereka bersih. Senang je sebenarnya nak terapkan nilai nilai itu dalam diri mereka. Sayangkan kalau kita tak bentuk mereka seawal itu? Sebab apa yang aku nampak, kalau dari kecil kita diajar perkara perkara yang baik dan dibentuk dengan asas asas agama yang kukuh, bila meningkat dewasa dan biarpun bercampur dengan anasir anasir lain, kita takkan tersasar jauh sangat, inshaAllah. Susah nak jadi jahat sangat, hanya setakat nakal nakal biasa saja. Itu apa yang aku nampaklah.

I'll try harder, inshaAllah.


Sunday, May 17, 2015

Me Being A Mom

Being parents nowadays memang banyak cabarannya. Actually bukan nowadays saja, malah sejak dari dulu lagi, being parents itself memang mencabar. Cumanya, zaman dulu cabarannya tidaklah terlalu kelihatan, I mean pada pandangan orang luar. Cabarannya, hanya ibu bapa yang mengalaminya sahaja yang tahu.

Zaman sekarang, bermacam macam tips keibubapaan boleh didapati di hujung jari sahaja. Semua perkara kita Google, tengok dari Youtube. Aku dulu cara nak breastfeed anak pun aku Youtube, proper ways to latch, kedudukan pegang baby, etc. Orang zaman dulu macam manalah agaknya. Segalanya berdasarkan pengalaman. Nak ada pengalaman tu, kena cuba dahulu, try and error. Maka nasib anak sulung agak kasihan sedikit, jadi bahan experiment. Kalau bab itu, bukan orang zaman dulu sahaja, memang zaman bila bila pun anak sulung ni sudah ditakdirkan menjadi bahan percubaan. Kesian awak, Ammar Yusuf. Kesian Daddy juga, anak sulung katakan :p

Aku kalau baca parenting blogs, kadang kala memang boleh stress. Tengok parents lain yang sangatlah hebat cara mereka membesarkan anak masing masing, memang boleh timbul rasa rendah diri dengan tidak semena mena. Padahal kebanyakan parenting bloggers tu anak masing masing belum akil baligh pun, I mean, anak masih kecil kecil, macam mana kita tahu cara itu sangat bagus dan anak akan jadi 'orang' apabila dewasa kelak. No offense, people. Mana tips yang rasanya logik dan bermanfaat, aku ikut juga. Dan terima kasih diucapkan.

Aku dulu memang sangatlah mudah stress dengan hal membesarkan anak anak ini. Kita sudah buat cara A, tiba tiba sana sini orang share artikel yang cara A itu salah, kena buat cara B. Lalu kita tukar ke cara B, tiba tiba parents kata tak ada salah pun cara A tu, anak masing masing kan, lain anak lain cara mendidiknya. Mungkin cara didikan itu sesuai untuk anak Siti, tapi tak sesuai untuk anak kita. Malah sesama anak kita sendiri pun, lain cara didikannya. Cara aku didik Ammar Yusuf mungkin tidak boleh digunakan untuk aku mendidik Adam Muaz, sifat semulajadi dan bakat mereka mungkin tidak sama, contohnyalah.


Me as a mom, memang simple sangat. Basic sangat rasanya, nothing extraordinary. Kalau tengok macam mana pandangan aku pada Mama, rasa tertanya tertanya, boleh ke anak anak aku pandang aku macam tu? Semangat keibuan aku berbeza setiap hari. Ada masanya aku nak jadi like strict and organized mom, bangun pagi sangat bersemangat prepare a healthy breakfast, get them to shower, have their meal lepas tu terus ajak mereka buat homework/belajar menulis/mengira/coloring. Ada masanya I just want to get loose and have some fun in old-school way---ikat hujung selimut di tepi tingkap bilik and the other end to tombol pintu, then ajak anak anak duduk bawah tu macam berkhemah sambil giggling konon konon berlindung bawah hujan, set the mattress incline jadikan gelongsor kemudian gilir gilir bergulingan sambil ketawa sampai sakit perut. Things we do when their father is not around, to save himself from a lot of headache seeing the house turning upside down =)))) Rumah bersepah boleh dikemas, pengalaman bergembira kekal selamanya :p


I'm trying to enjoy being a mom. And I want my children to be happy having me around. Masa belajar, kita betul betul belajar. Masa main, kita betul betul main. Tapi untuk anak umur macam Ammar Yusuf dan Adam Muaz tu, I think they will learn more through playing, so eloklah spend lebih masa bermain dengan mereka. Less stress, more fun. As long as they are safe, healthy and happy, I think we are doing okay.

Anyway, we also have our own parenting dilemma. My husband and I, we are kind of parents that praise our children a lot. Rasa macam setiap benda yang mereka buat memang ada je puji-pujian seperti;

"Wah pandainya Abang!"

"Good boy!"

"Awesome-nya! Macam mana Adik buat tu?'

"Macam itu barulah clever!"

I know, I know. Bila baca parenting tips memang ada yang cakap yang tidak elok memuji anak secara berlebihan. Over-praising can turn kids into narcissists--sifat terlalu memuja diri sendiri, ego tinggi, etc. I don't know, apa yang aku nampak setakat ini adalah, memuji anak memang membuatkan mereka rasa bahagia, membuatkan mereka lebih bersemangat untuk melakukan perkara perkara yang baik, and it makes my life easier too. I asked my husband once, "Don't you think that we kinda over-praise our kids? B ada baca macam tak elok puji puji anak sangat.."

Hubs said, "Tak apalah, okay je Abang rasa. Janganlah fikir banyak sangat, kita go with the flow je."

Maybe it works for their age, I don't know, apa yang aku nampak setakat ini, it brings more good than harms so I think it is fine.

So yesterday morning, the boys sedang mandi di dalam bilik air, sambil Mummy menggosok pakaian mengadap mereka dari bilik yang bertentangan. Have to keep an eye of them, of course.

Sedang sibuk bermain dengan bubbles, kedengaran suara Ammar Yusuf,

"Mummy look! Abang buat bubble besarrrrr!!"

I just glanced and simply said,

"Ye ke? Clevernya Abang!"

Mendengarkan reaksi aku, terus dia bertanya,

"Kenapa buat bubbles pun Mummy cakap clever??"

This boy..... perlu ke awak begitu matang.....?? T____T






Monday, May 4, 2015

Adam Muaz Turns 2

Adam Muaz adalah anak yang undeniably manja. He is so manja not only with us, to other people as well. Familiar people, of course. His grandparents, his aunties. Manjanya Adam Muaz ni, sampai tahap yang aku rasa tak sampai hati nak jadikan dia seorang abang. I cannot imagine how he'll going to be a big brother, tengok Mummy dukung baby lain pun dia tiba tiba datang pukul tangan Mummy. Cemburu!

Adam Muaz adalah anak yang sangat riang menyambut kami setiap kali dijemput pulang. Segala benda akan ditinggalkan dan akan lari ke arah kami dan memeluk kuat dan lama. Apabila berada di khalayak ramai dia akan tersipu sipu dan hanya akan duduk diam atas pangkuan Mummy. Adam Muaz sangatlah lasak apabila berada di rumah, namun sangat pemalu apabila berada di luar.


Put his manja-ness aside, he is indeed, a very caring and loving person. Dia sangat suka tolong Abang, biarpun tanpa diminta. Dengar je Abang nak pergi toilet, laju dia lari tolong bukakan pintu. Dengar Abang sebut nak air, laju dia bangun tolong ambilkan air. Dengar Abang batuk, cepat dia tanya, "Nak air?". Bila Daddy tanya sayang siapa, dia akan jawab "Ammi!". Dan bila Daddy pura pura merajuk, dia cepat cepat akan cakap "Anyak! (sayang Daddy banyak)". Sepertinya sangat menjaga hati kami berdua.


My sweet little angel.

Adam Muaz lebih banyak mengalah dengan Abang. Kadangkala kami yang akan minta dia untuk mengalah jika mereka berebut sesuatu dan segera menggantikan dengan benda yang lain. Kesian anak Mummy. Sifatnya yang sebegitu membuatkan kami tidak boleh tidak, memang sangat mengasihi dia. So loveable, this boy. Sangat senang tidur, sangat senang makan, sangat senang dijaga.



Happy 2nd birthday, my little warrior. Semoga Adam Muaz membesar dengan baik, menjadi orang yang berguna, dijauhkan dari kesengsaraan dan dilindungi di bawah rahmat Allah SWT. My love for you is beyond words, time and distance.