Thursday, January 22, 2015

Herpetophobia

I really have to blog this.

I think by now everybody knows how 'unfriendly' I am towards animal. Tak mesra binatang, walaupun binatang comel berbulu gebu seperti kucing, anjing dan arnab, apatah lagi serangga, dan paling buruk adalah reptilia. Segala jenis keturunan benda yang lembik lembik, katak, kodok, cicak, ular eeeeeeeeeeeee taip benda ni pun rasa meremang bulu roma. 

I can never be in the same room with any of it. Tak boleh, takkan boleh. Living in the fourth floor, selamat dah aku takkan la ada katak dalam toilet, tapi cicak memang tak boleh escape la. My husband knows me best, everytime aku tiba tiba melompat keluar dari bilik mandi tu memang confirm sebab ada cicak atas siling. Geliiiiii okayyyyyyyy! I always have a wild imagination yang tiba tiba dia terjatuh atas kepala aku masa tengah mandi wuuuuuuuu. Dan selama tinggal bersama ini memang dia sudah sangat biasa menjadi watak penghalau cicak :/

There was one time masa nak pergi ambil anak anak, masuk kereta tiba tiba nampak cicak kecil atas dashboard. Melompat aku keluar terus, then H ambil lidi cuba nak keluarkan, dia tak keluar tapi termasuk bawah windscreen kereta entah macam mana, end up ambil anak H drive macam biasa, aku duduk kat seat belakang macam mem besar.

And today, this beautiful rainy Thursday, is the worst. Worst day ever.

I was driving as usual, when suddenly I saw something bergerak gerak antara kasut Adam Muaz kat bawah seat co-driver. Oh Tuhan.....

IT. WAS. A. FREAKING. LIZARD. 

Aku serious rasa nak stop dan keluar terus dari kereta but unfortunately it was raining outside and jalan tengah clear and aku tengah speeding you have no idea how terrified I was, menggeletar satu badan meremang bulu roma bergenang air mata ya Allah it was soooo horrifying!

I texted my husband even if I know that it brings no point at all sebab dia on the way to work merempit atas motor, sambil tu aku tengok sekeliling mana nak stop. Things get even worse, sebab dah aku tak nampak cicak tu pergi mana. This is no joke okay, it can be under my feet dan aku boleh terbrek mengejut or tertekan speed berlanggar kereta depan! Sudahlah aku pakai baju kurung buatnya benda tu naik atas kaki aku macam manaaaaaaaaaa T___T

I stopped at emergency lane, pressing for double signal, and naik atas driver seat looking around below my seats and all. Jadi kalau anda lalu LDP pagi tadi dan nampak MyVi putih berhenti di tepi yang mana pemandunya nampak lebih tinggi dari biasa, it was me, squatting on my driver seat looking for a bloody-freaking lizard T___T

I couldn't find it any where, so I decided to just continue driving. It was so miserable, the longest 15 minutes in my life! Terasa lamanyaaaaa nak sampai office. Everytime rasa ada something bergesel kat peha rasa nak melompat naik atas seat padahal it was just my own kain kurung :(

I safely arrived at my office anyhow, H call je terus aku cerita sampai mengalir air mata. Call me chicken whatsoever, aku betul betul fobia dengan cicak. Tersangat sangat! I told him that I'm gonna take a train back home this evening, he just laughed -____-". Later he offers to come to my workplace during lunch time and tukar kereta dengan aku. Erm. I'm gonna put that under consideration. Masih berfikir fikir lagi sebenarnya, sebab macam tak sampai hati nak susahkan dia macam tu, tapi tak sanggup rasanya nak drive lagi kereta tu for now, sampailah aku betul betul pasti benda tu memang dah keluar dari kereta aku. Bahaya tau tak? It's the matter of life and death you know, well, for me at least :/

Kalau naik train, nak turun kat mana ye? Naik dari stesen Serdang, turun kat Subang, asked my sister-in-law to fetch me there, and H to pick me up from my in-laws, lepas tu sama sama pergi Seri Kembangan ambil MyVi... lepas tu........... okay maybe I should just accept my husband's offer..


Monday, January 12, 2015

Hints

Hidup bersama kanak kanak ini, tahu sajalah hampir tiada perkara yang kita boleh buat sesuka hati kita. Benda paling biasa adalah apabila kita teringin makan sesuatu yang enak tapi tidak elok untuk anak anak, seperti junk food, ice cream dan sebagainya.

Tadi petang, teringin benar aku mahu makan aiskrim. Adam Muaz sudah tidur, okay tinggal Ammar Yusuf saja. Resah aku tunggu bila budak ni mahu tidur niiiiii. Ah gasaklah, aku buka peti sejuk, cedok 2-3 scoops masuk dalam cawan, sembunyi sembunyi aku ke ruang tamu.

Ammar Yusuf, being a kepochi as he is, terus tanya.

"Mummy makan apa tuu??"

"Aiskrim." Rolling my eyes, nampakk je dia ni tau.

"Emm.. dah lama tak makan aiskrim.." his first hint -___-"

"Yeke? Kesian eh Abang ni" aku jawab selamba buat buat tidak faham sambil mata menonton televisyen.

Dua saat kemudian tiba tiba dia ada di sebelah.

"Sedap ke Mummy aiskrim ni?" His second hint. Budak ni... langsung tak berputus asa.

"Sedaplah juga" Mummy juga langsung tak mengalah sikit pun tak offer dia HAHAAHAH.

"Emm. Macam sedap je.." Sambil menjenguk mug aiskrim aku HAHAHAHAHA budak ni kalau nak cakap jelah susah susah bagi hints beria ia geli hati okay tengok muka dia.

End up aku makan 3-4 suap, dia makan 18 suap =__= 

Abang, Mummy rasa macam best juga kalau ada anak yang belanja Mummy travel around the world bila dah tua nanti.. Emm macam best je..

Agak agak kalau dia baca blog aku bila besar nanti dia faham tak hint aku ni? =))




Friday, January 9, 2015

Dua Kali "I'm Sorry"

Mummy dan Monster memang tidak dapat dipisahkan. 

Malam Rabu kelmarin, sedang Ammar Yusuf bermain melompat atas sofa entah bagaimana, tergelongsor terpijak kepala Mummy yang sedang berbaring di lantai dalam keadaan penat ditambah dengan sakit belakang lantaran menstruasi dan runsing stress di tempat kerja dan sebagainya (banyaknya justifikasi). Mummy ketika itu apa lagi, teruslah berubah menjadi Monster dari keturunan mana entahlah. Aku sendiri terkejut dengan suara aku ketika itu, bagaikan tiada keimanan langsung bunyinya.

H yang melihat situasi itu, segera memanggil Ammar Yusuf yang menggeletar bibir dan bergenang air mata itu ke arahnya dan menyuruh Monster itu berehat di dalam bilik sahaja. Suamiku, baiknya awak ini, kalau sayalah yang melihat awak menempik anak sebegitu mesti saya sudah pantas menegur "Janganlah marah anak macam tu!". God bless my husband.

Keesokan harinya, sudah tentulah aku bangun dengan perasaan bersalah yang menebal. Seperti biasa. Seperti yang sudah selalu kita alami. Marah anak, menyesal. Esoknya marah lagi, kemudian menyesal lagi. Apalah salah anak sekecil itu. Aku peluk Ammar Yusuf yang masih tidur lena, aku usap rambutnya.

Dalam kereta ke rumah pengasuh, sambil usap tangannya, aku berkata,

"Mummy minta maaf ye Abang, I'm sorry"

Dia angguk sahaja. Aku tanya lagi, "Boleh ke Mummy I'm sorry?" (yang sebenarnya bermaksud, "Can you forgive me?")

Dia mengangguk lagi.

Selepas Maghrib semalam, sebelum ambil anak aku dan H berbual panjang, sangat panjang, perbualan yang sangat membuka hati dan akal fikiran. Satu yang terkesan di hati,

"B nak ke anak anak membesar hanya mengingati kenangan yang tidak baik ketika kecil?"

Betullah. Kenangan pahit biasanya lebih meninggalkan kesan mendalam di dalam hati anak anak, sedangkan aku yang hampir 30 tahun ini pun masih mengingati kenangan dimarahi ibu bapa ketika berusia 4 tahun. Begitu lama. Sedihnya.

Ambil anak dari rumah pengasuh, di rumah pengasuh aku terus ke arah Ammar Yusuf dan minta maaf sekali lagi sambil mencium dahinya berulang kali. Di dalam kereta pulang ke rumah, aku bertanya lagi Ammar Yusuf. Untuk melihat adakah ianya masih berkesan di hati.

"Semalam Abang kena marah dengan Mummy ke?" dengan nada mengusik.

Ammar Yusuf santai menjawab,

"A'ah. Tapi Mummy dah cakap I'm sorry. Dua kali Mummy cakap I'm sorry (sambil tunjuk dua jari kecilnya). Pagi Mummy cakap I'm sorry, malam Mummy cakap I'm sorry lagi".

Haihh Ammar Yusuf. Awak ini... polosnya. Jujur. Bersih. Ikhlas.

Aku pula, bila mahu jadi isteri dan ibu yang jujur, bersih dan ikhlas?


Thursday, January 1, 2015

Annual Girls Day Out

"Wajib pakai cantik cantik! Beli baju baru!"
"Mekap beria tau! Biar nampak bombastik dalam gambar!"
"Datang on time  okay! Jangan janji macam zaman remaja dulu!"

Ni adalah antara arahan yang kuberi sebagai ketua kumpulan (self-appointed kahkah) kepada sahabat selamanya (BFF), because obviously I know them too well :')

So yesterday we were having our annual girls day out, yes it was something we plan to do annually, once a year to leave all your works, husbands, boyfriend, children (and also your maturity LOL) behind and back to being teenagers again for one whole day. Despite of all the instructions above as self-appointed group leader, turns out aku yang pakai baju lama dan mekap tak seberapa HAHAHAH. Tapi aku datang awal okayyy, janji pukul 10, 9.15 aku dah sampai sebab terlampau excited pukul 8 dah siap aku memang seorang yang menepati masa :B


Top hitam itu pernah dipakai lebih kurang 48 kali sebelum ni, memang baju penyelamat bila dah tak tahu nak pakai apa. Aku padankan dengan palazo baru beli kelmarin dan shawl yang sekaler dengan slingbag supaya tak nampak boring sangat asyik hitam putih je nampak sangat nak bagi ilusi kurus :p


Nana adalah orang kedua yang sampai, tanpa bersalaman dan melupakan adab ketimuran beliau terus ajak berselfie dan send to group sebagai bukti sudah sampai untuk menyindir BFF lain yang masih mengamalkan janji palsu zaman remaja.

Dikuti dengan Nor, yang sampai sampai terus aku terjerit sebab pakai wedge sandals yang sama dengan aku HAHAHAHAHAHAHAHHAHA terus aku taknak jalan dengan dia (tipu).


Selfie dan send to group demi membuktikan beliau bukan orang terakhir yang sampai. Beliau turut mencadangkan untuk mengambil gambar sandals bersama namun ditolak mentah mentah.

Starving macam nak pengsan, aku terus mencadangkan untuk pergi sarapan dulu memikirkan kemungkinan Ja akan sampai lagi 2 jam, gila nak tunggu.

Sue sampai tidak lama kemudian, dan seperti dijangka, pukul 11.30 baru Ja sampai. Kami yang dah lama selesai bersarapan pun dah mula lapar balik lalu memaksa Ja berkongsi sarapan beliau sebagai denda.


Our very first group photo. Sebenarnya masa sarapan pun ada dah group photo tapi gambar tu aku paling depan dan kelihatan seperti gergasi malah pencahayaan menampakkan wajahku bagai kelabu asap of course aku tak upload yang itu kahkah.

Plan asal sebenarnya nak buat aktiviti remaja seperti masuk kelab dangdut eh tu aktiviti orang tua tak sedar diri tengok wayang, main boling, shopping dan sebagainya (tulis dan sebagainya nampak sangat tak ada idea), tapi kalau tengok wayang tak dapatlah nak berbual panjang buatnya Ja ketawa kuat tak pasal pasal kami berlima dihalau keluar pula hahahaha (padahal diri sendiri pun ketawa kuat). Maka aktiviti kami semalam adalah bergosip bersantai dan bergambar like nobody's business. Alah bukan bergosip pasal korang pun, balik balik Ja gosip pasal aku, aku gosip pasal Nor, Nor gosip pasal Sue, Sue gosip pasal Nana dan Nana gosip pasal Ja haha sangatlah membosankan we're so full of ourselves nampak sangat takde kawan lain :p


Sue (tudung pink) ni kurus je dia sebenarnya, tapi sebab dia pegang monopod so kena duduk paling depan maka of course dia akan nampak paling gergasi kan? Jadi untuk mengelakkan terjadinya persengketaan maka terpaksa buat rule yang semuaaaa orang kena take turn pegang monopod and be a gergasi. Fine, adil dan saksama.






Bergilir gilir menjadi gergasi kahkahkah!

Konon konon dah ambil late breakfast pukul 10.30 tadi bolehlah lunch lewat sikit pukul 2-3 ke apa. Takde maknanya, pukul 1 dah kebulur dah masing masing. Jalan jalan shopping shopping sikit, terus pergi lunch.



Kelaparan tunggu makanan. Jom bergambar dulu.


Bulatan di tengah menandakan beliau adalah ketua kumpulan =))) 

(Padahal sebab ini blog aku. Kalau ni blog Nana mestilah dia letak gambar dia kat tengah, kalau ni blog Nor mestilah dia letak gambar dia yang kat dalam bulatan kahkahkah harap korang bersabar).

Perlu ke semua bergambar guna background yang sama???  

And of course, to get one good photo, there must be gazillion other photos before that.


And these are mine -_____-"



Tadi lapar sangat, minum air je ni tak cukup duit ke nak makan? Hahaha. Baru habis makan ni. Sabar je waiter tolong ambilkan gambar.


Nampaknya waiter masih bersabar tolong ambilkan gambar lagi :')))



Menyedari waiter tersebut dibayar gaji oleh restoran itu sebagai waiter bukan sebagai photographer kami, Nor dipaksa merelakan diri menjadi jurugambar untuk gambar di atas.


Cantik betul Garden Cafe Midvalley ni, banyak spot menarik untuk photoshoot model sambilan seperti Nor, Sue, Nana dan Ja (siapa yang tiada dalam gambar adalah terkecuali).





Tak boleh nak buat candit shots langsung, asyik nak ketawa je =)))

Okay cuba sekali lagi.


"Nor, slow sikit! Jalan slow motion je okayy!"


Sampai ke sudah makcik tu ketawa. Totally not gonna be runway model anytime soon.

Overall, it was an extremely fun day out with the girls. We all need this kind of time-off once in a while actually, to let loose, get out of our hectic schedule, be free and have a good laugh all day long. One of the ways to keep our sanity. It feels rejuvenating, it feels fresh. Terasa muda kembali amboi dia. For the time being, as much as we love spending time together, we have to be realistic too. Girls day out once a year wouldn't be too ambitious, no?

I'm so grateful that our friendships lasts this long, over 10 years and counting, ingat senang ke nak maintain persahabatan especially bila ada geng yang ramai ramai ni? Too many ups and downs, laughs and tears, yet we still stick together. Admittedly, growing up, I don't have so many friends actually, but at least I know that those around me up to these days are definitely the real ones inshaAllah..