Thursday, January 1, 2015

Annual Girls Day Out

"Wajib pakai cantik cantik! Beli baju baru!"
"Mekap beria tau! Biar nampak bombastik dalam gambar!"
"Datang on time  okay! Jangan janji macam zaman remaja dulu!"

Ni adalah antara arahan yang kuberi sebagai ketua kumpulan (self-appointed kahkah) kepada sahabat selamanya (BFF), because obviously I know them too well :')

So yesterday we were having our annual girls day out, yes it was something we plan to do annually, once a year to leave all your works, husbands, boyfriend, children (and also your maturity LOL) behind and back to being teenagers again for one whole day. Despite of all the instructions above as self-appointed group leader, turns out aku yang pakai baju lama dan mekap tak seberapa HAHAHAH. Tapi aku datang awal okayyy, janji pukul 10, 9.15 aku dah sampai sebab terlampau excited pukul 8 dah siap aku memang seorang yang menepati masa :B


Top hitam itu pernah dipakai lebih kurang 48 kali sebelum ni, memang baju penyelamat bila dah tak tahu nak pakai apa. Aku padankan dengan palazo baru beli kelmarin dan shawl yang sekaler dengan slingbag supaya tak nampak boring sangat asyik hitam putih je nampak sangat nak bagi ilusi kurus :p


Nana adalah orang kedua yang sampai, tanpa bersalaman dan melupakan adab ketimuran beliau terus ajak berselfie dan send to group sebagai bukti sudah sampai untuk menyindir BFF lain yang masih mengamalkan janji palsu zaman remaja.

Dikuti dengan Nor, yang sampai sampai terus aku terjerit sebab pakai wedge sandals yang sama dengan aku HAHAHAHAHAHAHAHHAHA terus aku taknak jalan dengan dia (tipu).


Selfie dan send to group demi membuktikan beliau bukan orang terakhir yang sampai. Beliau turut mencadangkan untuk mengambil gambar sandals bersama namun ditolak mentah mentah.

Starving macam nak pengsan, aku terus mencadangkan untuk pergi sarapan dulu memikirkan kemungkinan Ja akan sampai lagi 2 jam, gila nak tunggu.

Sue sampai tidak lama kemudian, dan seperti dijangka, pukul 11.30 baru Ja sampai. Kami yang dah lama selesai bersarapan pun dah mula lapar balik lalu memaksa Ja berkongsi sarapan beliau sebagai denda.


Our very first group photo. Sebenarnya masa sarapan pun ada dah group photo tapi gambar tu aku paling depan dan kelihatan seperti gergasi malah pencahayaan menampakkan wajahku bagai kelabu asap of course aku tak upload yang itu kahkah.

Plan asal sebenarnya nak buat aktiviti remaja seperti masuk kelab dangdut eh tu aktiviti orang tua tak sedar diri tengok wayang, main boling, shopping dan sebagainya (tulis dan sebagainya nampak sangat tak ada idea), tapi kalau tengok wayang tak dapatlah nak berbual panjang buatnya Ja ketawa kuat tak pasal pasal kami berlima dihalau keluar pula hahahaha (padahal diri sendiri pun ketawa kuat). Maka aktiviti kami semalam adalah bergosip bersantai dan bergambar like nobody's business. Alah bukan bergosip pasal korang pun, balik balik Ja gosip pasal aku, aku gosip pasal Nor, Nor gosip pasal Sue, Sue gosip pasal Nana dan Nana gosip pasal Ja haha sangatlah membosankan we're so full of ourselves nampak sangat takde kawan lain :p


Sue (tudung pink) ni kurus je dia sebenarnya, tapi sebab dia pegang monopod so kena duduk paling depan maka of course dia akan nampak paling gergasi kan? Jadi untuk mengelakkan terjadinya persengketaan maka terpaksa buat rule yang semuaaaa orang kena take turn pegang monopod and be a gergasi. Fine, adil dan saksama.






Bergilir gilir menjadi gergasi kahkahkah!

Konon konon dah ambil late breakfast pukul 10.30 tadi bolehlah lunch lewat sikit pukul 2-3 ke apa. Takde maknanya, pukul 1 dah kebulur dah masing masing. Jalan jalan shopping shopping sikit, terus pergi lunch.



Kelaparan tunggu makanan. Jom bergambar dulu.


Bulatan di tengah menandakan beliau adalah ketua kumpulan =))) 

(Padahal sebab ini blog aku. Kalau ni blog Nana mestilah dia letak gambar dia kat tengah, kalau ni blog Nor mestilah dia letak gambar dia yang kat dalam bulatan kahkahkah harap korang bersabar).

Perlu ke semua bergambar guna background yang sama???  

And of course, to get one good photo, there must be gazillion other photos before that.


And these are mine -_____-"



Tadi lapar sangat, minum air je ni tak cukup duit ke nak makan? Hahaha. Baru habis makan ni. Sabar je waiter tolong ambilkan gambar.


Nampaknya waiter masih bersabar tolong ambilkan gambar lagi :')))



Menyedari waiter tersebut dibayar gaji oleh restoran itu sebagai waiter bukan sebagai photographer kami, Nor dipaksa merelakan diri menjadi jurugambar untuk gambar di atas.


Cantik betul Garden Cafe Midvalley ni, banyak spot menarik untuk photoshoot model sambilan seperti Nor, Sue, Nana dan Ja (siapa yang tiada dalam gambar adalah terkecuali).





Tak boleh nak buat candit shots langsung, asyik nak ketawa je =)))

Okay cuba sekali lagi.


"Nor, slow sikit! Jalan slow motion je okayy!"


Sampai ke sudah makcik tu ketawa. Totally not gonna be runway model anytime soon.

Overall, it was an extremely fun day out with the girls. We all need this kind of time-off once in a while actually, to let loose, get out of our hectic schedule, be free and have a good laugh all day long. One of the ways to keep our sanity. It feels rejuvenating, it feels fresh. Terasa muda kembali amboi dia. For the time being, as much as we love spending time together, we have to be realistic too. Girls day out once a year wouldn't be too ambitious, no?

I'm so grateful that our friendships lasts this long, over 10 years and counting, ingat senang ke nak maintain persahabatan especially bila ada geng yang ramai ramai ni? Too many ups and downs, laughs and tears, yet we still stick together. Admittedly, growing up, I don't have so many friends actually, but at least I know that those around me up to these days are definitely the real ones inshaAllah..



No comments: