expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 9, 2015

Dua Kali "I'm Sorry"

Mummy dan Monster memang tidak dapat dipisahkan. 

Malam Rabu kelmarin, sedang Ammar Yusuf bermain melompat atas sofa entah bagaimana, tergelongsor terpijak kepala Mummy yang sedang berbaring di lantai dalam keadaan penat ditambah dengan sakit belakang lantaran menstruasi dan runsing stress di tempat kerja dan sebagainya (banyaknya justifikasi). Mummy ketika itu apa lagi, teruslah berubah menjadi Monster dari keturunan mana entahlah. Aku sendiri terkejut dengan suara aku ketika itu, bagaikan tiada keimanan langsung bunyinya.

H yang melihat situasi itu, segera memanggil Ammar Yusuf yang menggeletar bibir dan bergenang air mata itu ke arahnya dan menyuruh Monster itu berehat di dalam bilik sahaja. Suamiku, baiknya awak ini, kalau sayalah yang melihat awak menempik anak sebegitu mesti saya sudah pantas menegur "Janganlah marah anak macam tu!". God bless my husband.

Keesokan harinya, sudah tentulah aku bangun dengan perasaan bersalah yang menebal. Seperti biasa. Seperti yang sudah selalu kita alami. Marah anak, menyesal. Esoknya marah lagi, kemudian menyesal lagi. Apalah salah anak sekecil itu. Aku peluk Ammar Yusuf yang masih tidur lena, aku usap rambutnya.

Dalam kereta ke rumah pengasuh, sambil usap tangannya, aku berkata,

"Mummy minta maaf ye Abang, I'm sorry"

Dia angguk sahaja. Aku tanya lagi, "Boleh ke Mummy I'm sorry?" (yang sebenarnya bermaksud, "Can you forgive me?")

Dia mengangguk lagi.

Selepas Maghrib semalam, sebelum ambil anak aku dan H berbual panjang, sangat panjang, perbualan yang sangat membuka hati dan akal fikiran. Satu yang terkesan di hati,

"B nak ke anak anak membesar hanya mengingati kenangan yang tidak baik ketika kecil?"

Betullah. Kenangan pahit biasanya lebih meninggalkan kesan mendalam di dalam hati anak anak, sedangkan aku yang hampir 30 tahun ini pun masih mengingati kenangan dimarahi ibu bapa ketika berusia 4 tahun. Begitu lama. Sedihnya.

Ambil anak dari rumah pengasuh, di rumah pengasuh aku terus ke arah Ammar Yusuf dan minta maaf sekali lagi sambil mencium dahinya berulang kali. Di dalam kereta pulang ke rumah, aku bertanya lagi Ammar Yusuf. Untuk melihat adakah ianya masih berkesan di hati.

"Semalam Abang kena marah dengan Mummy ke?" dengan nada mengusik.

Ammar Yusuf santai menjawab,

"A'ah. Tapi Mummy dah cakap I'm sorry. Dua kali Mummy cakap I'm sorry (sambil tunjuk dua jari kecilnya). Pagi Mummy cakap I'm sorry, malam Mummy cakap I'm sorry lagi".

Haihh Ammar Yusuf. Awak ini... polosnya. Jujur. Bersih. Ikhlas.

Aku pula, bila mahu jadi isteri dan ibu yang jujur, bersih dan ikhlas?


6 comments:

  1. biasalah perempuan kalo marah kan memang camtu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Kenapa entahlah kurang betul kesabaran :((

      Delete
  2. :((((

    Camtu lah kan, lepas marah anak, pastu menyesal. Betul la. Mase kekecik dulu penah kena marah ngan parents sampai besar ni ingat. OK, lepas ni nak kena hati2 kalau boleh taknak lepas marah kat anak2. Tq for this one. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome and thanks for reading. Betul tu. Kecil sangat nak marah pun sebenarnya..

      Delete
  3. awal2 baca dah keluar air mata. sebab erna pun sama. marah. menyesal. sedih. keluar air mata. pastu esok marah lagi. anak memang bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih. Lurus dan tak berdendam pun. Tapi yelah, ada kemungkinan juga dia akan simpan dalam hati, nak nak macam Ammar Yusuf yang jenis memendam rasa tu. Kena lebih bersabar lepas ni..

      Delete