Buka-buka Nuffnang, selepas membebel dengan kutipan yang tak seberapa jangankan nak beli handbag baru, nak beli susu anak pun tak lepas, sajalah aku tengok bahagian Came From ni. Biasanya tak kisah sangat pun bahagian ini, macamlah betul orang dari UK, US bagai ni baca blog aku.
Cuma satu yang menarik perhatian aku, cuba tengok yang warna hijau tu. Unknown? Adakah makhluk asing? Atau penduduk negara bernama Sdkrmglkhsprllqq yang belum sempat dimasukkan di dalam peta dunia?
Click picture for enlargement.
Okay hentikan cerita makhluk asing dan penduduk negara Sdkrmglkhsprllqq. Seperti yang diceritakan di dalam
blog si Oyah, dia dah start kerja. Kerja office tu, murah rezeki budak ni belum ada sijil SPM dah diterima kerja di pejabat. Lantas teringat kenangan silam kerja part time dulu.
Masa habis SPM, aku tak kerja pun. Mama tak bagi, actually Oyah pun Mama keberatan juga nak benarkan cuma mungkin kerja yang ditawarkan sekarang tidak memerlukan dia balik malam dan hanya berdekatan dengan rumah maka Mama terpaksa bersetuju.
My first part time job was when I was 20 if I'm not mistaken, masa tu cuti semester diploma. Aku bekerja sebagai cashier di sebuah hypermarket berdekatan rumah. Gaji tak besar mana pun, rasanya dalam RM600 macam tu je. Masa dapat kerja tu ramailah yang risau, sebab jadi cashier ni macam-macam risikonya, tambah-tambah hypermarket tu terletak di basement shopping complex tersebut, tapi taklah sunyi ke apa sebab banyak lagi kedai-kedai kecil di sekeliling hypermarket tu. Oh, hypermarket ni lebih kurang macam supermarket juga, cuma taklah sebesar Giant, Carrefour dan sebagainya, lebih kurang besar macam supermarket kat basement Sogo tu sahaja.
OK. Sebelum bekerja, supervisor di situ ada brief serba sedikit tentang aktiviti pukau-memukau yang pernah berlaku di situ, supaya aku lebih berhati-hati ketika bekerja. Masa tu aku tak fikir apa-apa sangat, sebab rasanya kemungkinan akan dipukau tu macam tipis je, gila bongkak aku ni. Namuuunn.. Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Masa tu weekend. Customers ramai gila, tahu sajalah weekend kan. Masa tu di kaunter aku memang beratur panjang, hingga tiba satu pasangan Arab ni. Dia tak beli apa pun, dan dia minta tukar duit RM50 berkeping-keping dengan not RM10 dengan jumlah yang sama lebih kurang macam tulah ceritanya. Aku tak tahulah masa tu kena pukau ke diperbodohkan ke apa, tapi dengan line yang queue panjang tu aku masih boleh lagi layan dia nak tukar duit! Kebetulan masa tu ada pula duit RM10 dengan jumlah yang dia mahu, maka aku bagi dia. Tapi dia kata taknak pula, dia kata nak RM50 pula. Entah macam mana duit bertukar-tukar tangan, fikiran aku jadi keliru ke apa entah, at the end of the day masa nak tutup kedai, kira semua duit, aku short RM500 lebih oh!
Gila menangis terduduk masa tu, penat je buat overtime nak kumpul duit segala, sudahlah gaji tak seberapa. Nak taknak memang kena potong gajilah, cuma aku bernasib baik ketika itu ada seorang colleague aku (Chinese) sudi nak bayar separuh dari RM500 itu, sebab dia turut rasa bertanggungjawab sebab pernah ganti jaga kaunter aku sekejap dalam 20 minit macam tu. Kesian juga, but he insisted nak share so of course aku tak menolak. Segala yang berlaku tu ada dirakam di CCTV kawasan aku, tapi tak boleh nak buat apa sangat pun sebab imej pasangan Timur Tengah tu macam tak jelas sangat dalam kamera, mungkin mereka dah study kawasan tu so mereka macam langsung tak pandang kamera ketika melakukan aktiviti itu. Tapi lepas tu, memang pantang sangat tengok orang yang muka macam Arab, macam orang Pakistan semua tu. Rasa macam fobia, sakit hati, geram, macam-macamlah. Takut pun ada juga.
Bagi aku mereka taklah pukau ke apa, tapi dia ada taktik yang boleh buat kita keliru dan hilang kiraan dan dia memang aim masa tengah ramai customer supaya kita jadi kelam kabut dan sebagainya. Memang menyakitkan hati, tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu dari itu kan?
So apa pengalaman kerja anda yang paling tak boleh dilupakan?