expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 4, 2011

Pengalaman Kerja Yang Tak Boleh Dilupakan

Buka-buka Nuffnang, selepas membebel dengan kutipan yang tak seberapa jangankan nak beli handbag baru, nak beli susu anak pun tak lepas, sajalah aku tengok bahagian Came From ni. Biasanya tak kisah sangat pun bahagian ini, macamlah betul orang dari UK, US bagai ni baca blog aku.

Cuma satu yang menarik perhatian aku, cuba tengok yang warna hijau tu. Unknown? Adakah makhluk asing? Atau penduduk negara bernama Sdkrmglkhsprllqq yang belum sempat dimasukkan di dalam peta dunia?
Click picture for enlargement.

Okay hentikan cerita makhluk asing dan penduduk negara Sdkrmglkhsprllqq. Seperti yang diceritakan di dalam blog si Oyah, dia dah start kerja. Kerja office tu, murah rezeki budak ni belum ada sijil SPM dah diterima kerja di pejabat. Lantas teringat kenangan silam kerja part time dulu.

Masa habis SPM, aku tak kerja pun. Mama tak bagi, actually Oyah pun Mama keberatan juga nak benarkan cuma mungkin kerja yang ditawarkan sekarang tidak memerlukan dia balik malam dan hanya berdekatan dengan rumah maka Mama terpaksa bersetuju.

My first part time job was when I was 20 if I'm not mistaken, masa tu cuti semester diploma. Aku bekerja sebagai cashier di sebuah hypermarket berdekatan rumah. Gaji tak besar mana pun, rasanya dalam RM600 macam tu je. Masa dapat kerja tu ramailah yang risau, sebab jadi cashier ni macam-macam risikonya, tambah-tambah hypermarket tu terletak di basement shopping complex tersebut, tapi taklah sunyi ke apa sebab banyak lagi kedai-kedai kecil di sekeliling hypermarket tu. Oh, hypermarket ni lebih kurang macam supermarket juga, cuma taklah sebesar Giant, Carrefour dan sebagainya, lebih kurang besar macam supermarket kat basement Sogo tu sahaja.

OK. Sebelum bekerja, supervisor di situ ada brief serba sedikit tentang aktiviti pukau-memukau yang pernah berlaku di situ, supaya aku lebih berhati-hati ketika bekerja. Masa tu aku tak fikir apa-apa sangat, sebab rasanya kemungkinan akan dipukau tu macam tipis je, gila bongkak aku ni. Namuuunn.. Panas yang disangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Masa tu weekend. Customers ramai gila, tahu sajalah weekend kan. Masa tu di kaunter aku memang beratur panjang, hingga tiba satu pasangan Arab ni. Dia tak beli apa pun, dan dia minta tukar duit RM50 berkeping-keping dengan not RM10 dengan jumlah yang sama lebih kurang macam tulah ceritanya. Aku tak tahulah masa tu kena pukau ke diperbodohkan ke apa, tapi dengan line yang queue panjang tu aku masih boleh lagi layan dia nak tukar duit! Kebetulan masa tu ada pula duit RM10 dengan jumlah yang dia mahu, maka aku bagi dia. Tapi dia kata taknak pula, dia kata nak RM50 pula. Entah macam mana duit bertukar-tukar tangan, fikiran aku jadi keliru ke apa entah, at the end of the day masa nak tutup kedai, kira semua duit, aku short RM500 lebih oh!

Gila menangis terduduk masa tu, penat je buat overtime nak kumpul duit segala, sudahlah gaji tak seberapa. Nak taknak memang kena potong gajilah, cuma aku bernasib baik ketika itu ada seorang colleague aku (Chinese) sudi nak bayar separuh dari RM500 itu, sebab dia turut rasa bertanggungjawab sebab pernah ganti jaga kaunter aku sekejap dalam 20 minit macam tu. Kesian juga, but he insisted nak share so of course aku tak menolak. Segala yang berlaku tu ada dirakam di CCTV kawasan aku, tapi tak boleh nak buat apa sangat pun sebab imej pasangan Timur Tengah tu macam tak jelas sangat dalam kamera, mungkin mereka dah study kawasan tu so mereka macam langsung tak pandang kamera ketika melakukan aktiviti itu. Tapi lepas tu, memang pantang sangat tengok orang yang muka macam Arab, macam orang Pakistan semua tu. Rasa macam fobia, sakit hati, geram, macam-macamlah. Takut pun ada juga.

Bagi aku mereka taklah pukau ke apa, tapi dia ada taktik yang boleh buat kita keliru dan hilang kiraan dan dia memang aim masa tengah ramai customer supaya kita jadi kelam kabut dan sebagainya. Memang menyakitkan hati, tapi sekurang-kurangnya aku belajar sesuatu dari itu kan?

So apa pengalaman kerja anda yang paling tak boleh dilupakan?



6 comments:

  1. salam k.una..nk mncelah jugak lah..:)
    hana nye pngalaman keje pertama kt kedai kasut YOU(glamer kt ganu nie)mase tggu result spm..
    plg x leh lupa sbb spngjng seminggu pertama tu hana kne keje tnpa duduk,n rehat taim smyg je 10 minit.
    buat keje dr 7pg smpai 12malam..mop lantai la..ape la..budak baru kan..habisan kne ragging..
    lps seminggu trs benti..heheh..tp yg bgusnye..mase tu mcm sedar..payahnye ibu cari duet..n pntg nye blajo btol2..kalo yg ade degree pon bleh jd kerani je kt citu..kalo yg takat spm?ayaakk..sgt ngeri.
    so smbg dip mmg blaja btol2 n x maen2 mcm mase skolah mnngah..:)

    ReplyDelete
  2. hurm...zella prnh gak keje part time kat jalan tar...

    artis pon ade dtg kedai tu... tp yg xbest nyer bila tgk byk ppuan melayu dtg ngan lelaki mat salleh...bangga + berlagak giler minah2 ni..

    ReplyDelete
  3. eii..mesti ngeri kan btul pengalaman cmtu..
    masa tgok kat cctv tu xnampak ke cara dorang laksanakan plan tu? Nauzubillah, jgnlah jadi lagi kat sape2 eh.. :)

    Pengalaman keja yg tak boleh lupa mmg ada.. kena ambush dengan seseorang yang salah sangka kita ni orang yang dia cari. ada hutang agaknya. nak bagi dia percaya kita bukan orang tersebut, makan berjam2 la gak. Sbb dia tunggu depan pintu.. Kira kes ugut2 ah ni.. Masa tu puasa sunat plak. tak pasal2 buka kul 10mlm.. hee.. :D

    ReplyDelete
  4. salam ziarah.

    sebenarnya masa lepas spm kerja dekat kiosk jual brooch dekat tesco.
    masa tu okey lah, takde apa2 masalah.
    cuma pernah tu sorang customer datang beli brooch sampai rm30, tapi dia main ambil je satu brooch kecik tu. die suro kita bagi free. eh mana boleh. tak pasal-pasal kita kena ganti duit even rm2 pon T_T

    btw baru nii cuti sem kerja di tempat yang sama.
    die ni regular customer selalu beli. so die suro betulkan brooch yg dia pakai and die nak beli yang satu lagi.
    die beli barang pun banyak. so kepala da tingtong la masa tu.

    bila nak replace brooch dkt display, tengok2 terlupa pulak nak masukkan harga brooch tu. xpasal2 kena kejar dia. nasib die tak keluar tesco lagi. dah la nak berkejar solat maghrib time tu. huhuh

    ReplyDelete
  5. org jd babysitter..penat wooo gaji ciput je tp jg baby smpai 4 org...adehhh

    ReplyDelete
  6. btw kak una, agak pelik la negara 'unknown' tu. ahha :D adehh~

    ReplyDelete