expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 3, 2011

New Year's Eve!

Asalnya Oyah ajak pergi KLCC, tapi memandangkan beberapa masalah teknikal ditambah dengan kerimasan berhimpit-himpit dengan warga asing di sana belum masuk lagi hal kesesakan lalulintas, maka kami membuat keputusan untuk menyaksikan pertunjukan bunga api dari rumah Kakna di Bukit Permata sahaja. Sana kawasan tinggi, boleh nampak bunga api yang memancar dari puncak KLCC tu kata Kakna.


Girls only!


All of us! Erk, Oyah takde lah. Yang baju hitam kat depan ni anak jiran, anggap jelah dia pengganti Oyah walaupun *cough* saiz badan *cough* lain sikit *cough*...


Asha tak tidur malam menatap gambar ini -__-


Saat yang dinanti telah tiba! Fireworks! Tapi malangnya gambar ni adalah fireworks yang dimain oleh jiran disebabkan fireworks KLCC dia tak buat kat puncak menara so tak nampak dari tempat kami maka kecewalah semua warga Bukit Permata yang berkumpul ramai-ramai di lereng bukit untuk tengok bunga api KLCC. Tak guna betul T_T


Namun acara bergambar tetap diteruskan dengan gembira. Disebabkan ada makcik yang dah kahwin buat hal ambil gambar bermesra-mesraan, anak-anak buah dipaksa ambil gambar bermesra-mesraan jua tehehe.


Imran dan Aina. Aina malu-malu sampai terlupa nak cover gigi depan yang kekurangan dua batang :B


Asha dan Irfan. Dua-dua muka terpaksa. Ada kemungkinan tangan kiri Asha tengah cubit belakang Ipan.


Ikhsan dan Acu. Nak ambil gambar pasangan ini tak perlu nak jerit "Senyum.. senyuuuuummmmm" seperti yang berlaku pada gambar sebelum ini T_T


Hah ni baru cukup korum. Banyak kali snap baru dapat gambar ini, ada dalam 148 keping jugak lah. Yang lain ada je yang bergerak lah, yang Oyah tengah berlari ke arah kami lah (sebab dia yang set self-timer), yang Asha rupanya tak ada sebab tengah main pasir lah... T__T


OK gambar ini macam ibu bapa muda yang ramai anak pula. Dah dah jom balik. Budak-budak tak elok berembun sampai pagi.



4 comments:

  1. i da nampak muka u tembam lah kak una! :) happy new year too! :)

    ReplyDelete
  2. CGG:
    Happy new year :)

    Nadzirah:
    Yup, kalau tgh stress mesti rasa nak jumpa budak2 ni. Boleh hilang stress tau
    :)

    f.a.r.a.h:
    I know i know, memang tembam pun T_T
    Happy new year babe!

    ReplyDelete