Monday, January 30, 2012

Another Step Ahead!

Hari ini kami suami isteri balik lambat. Sebab memang dah plan nak pergi open house CNY one of the most important person in the mother company.

Ammar Yusuf aku tinggalkan bersama Kak Ha the babysitter, bersama bekalan susu sebanyak 8 x 4oz. Kalau ikutkan jumlah itu cukup sehingga jam 11 malam :/

Tapi taklah sampai 11 malam pun, around 9:30 malam dah ambil dari rumah Kak Ha. Ada balance 4oz lagi, Alhamdulillah boleh buat stok untuk esok. Balik rumah, susukan Ammar Yusuf, tukar diaper. Baru buka seluar dia, dia dah berguling bergolek. Biarkan sekejap memandangkan diaper dia taklah berat sangat pun.

Tiba-tiba terdengar suara Suami teruja habis,

"Mummy Mummy tengok ni dia nak merangkak la cepat-cepat!!"

Kelam kabut aku capai iPhone nak ambil gambar, tidak mahu lagi terlepas peluang sepertimana kali pertama Ammar Yusuf meniarap dulu.


Ololo.. Bergegar-gegar gambar sebab excited sangat nak snap photo HAHA! :'D


Well Hubbyku sayang, this is not exactly merangkak lah (since dia belum lagi gerakkan lutut dia ke hadapan lagi :p), however this is really a new development for Ammar Yusuf. Tangan, siku dan lutut nampaknya dah kuat untuk menampung berat badan yang agak err, 'sihat' tu hehe. Kiranya dah boleh buat posisi kuda (ala yang selalu main masa kecil tu seorang jadi kuda seorang lagi naik kat belakang). Kerap juga dia bangun ulang-ulang gaya ini sambil gerakkan badan ke depan dan belakang menggunakan otot lengan dan lutut. Lagi seronok bila Mummy Daddy bersorak beria-ria bagi sokongan untuk dia hehe.

Adoi anak Mummy. Setiap hari ada saja keletahnya. He learns new things everyday, and so do I. It's OK Sweetheart, there's no rush. Take your time.

P/s: Blogged via phone. Forgive any typo ye, maklumlah excited sangat nak take note perkembangan terkini budak bertuah tu dalam virtual diary ni hikhik ;)




Thursday, January 26, 2012

Nursing In Public

Siapa ada pengalaman menyusu di tempat awam atau Nursing In Public (NIP)?

Setakat ini, aku pernah melalui lebih kurang 4 pengalaman menyusu di tempat awam; Dua di antaranya dalam restoran (both in our favourite restaurant, Nando's :/) satu dalam surau shopping complex, satu lagi dalam Nursing Room at Jusco.

The first time I tried NIP, I was wearing a normal blouse (not designed for nursing) together with nursing cover/poncho. It was terrible, since my baby hates to be put inside the poncho (dia rimas!) thus he struggles to uncover herself, hence creates more attention from public. So embarassing nampak macam aku dera anak saje T__T. Then only I learnt that I must wear a nursing dress/blouse next time.

Satu yang aku boleh cakap berdasarkan pemerhatian aku sekeliling; Tempat awam di Malaysia ni (wow taknak sebut Kuala Lumpur sebut Malaysia terus :p) like shopping complex especially masih kurang 'friendly' or supportive towards breastfeeding moms. Tak banyak tempat disediakan khas untuk menyusukan anak. Not the toilet please, kau nak ke makan dalam toilet? Lagi nak bagi anak makan dalam toilet. Takkan setiap kali nak menyusu kena lari ke Jusco nak nak bila anak dah start menangis lapar, what if there's no Jusco around?

Everytime we enter any eating places we always have to request to be seated at discreet table supaya senang nak menyusu. Yes we never bring any ready stock (sebab stok tak banyak sayang nak guna, plus leceh nak bawa botol bagai dengan beg pemanas segala plus kenapa nak bagi EBM when he can get the fresh one straightaway je right?).


Kami di lokasi yang agak tersorok di dalam Nando's. Still, tidaklah tersorok mana sebab people still lalu lalang kat depan. I'm no longer using poncho now, tak selesa. What I did is just wear a decent nursing blouse dan susukan anak di bawah tudung. A lot easier and nobody notice it, unless if you're staring at me the whole time yes.


Something like this. Only that during nursing he will be underneath my scarf. (Excuse my bare face without make up :/)

Sepatutnya zaman sekarang di mana masyarakat lebih educated dan aware tentang kelebihan susu ibu (orang dulu-dulu kurang pendedahan tentang susu ibu, mereka memandang susu formula adalah yang terbaik dan hanya orang miskin yang menyusu badan), mungkin tempat-tempat penyusuan perlu diperbanyakkan di merata tempat. Buatlah macam satu bilik kecil khas or booth bersaiz karaoke jamban tu di mana-mana khas untuk ibu yang perlu menyusu. Dalam hal ini, usaha Jusco sangatlah dipandang tinggi dan dihargai.


Nursing room, Jusco Sunway Pyramid.


With a proper changing station (men are not allowed actually, tapi sebab tak ada orang so belasah jelah :p)
Siap ada belt tu kalau lasak sangat susah nak tukar diaper, hah pakai seat belt padan muka! Tapi masa ni dia goodboy, diaaamm je masa tengah tukar :P




And kalau ada yang bawa susu sejuk dalam cooler bag tu, boleh panaskan di sini. Juga untuk formula-feeding babies. Tak perlu nak bawa air panas dalam termos lagi. Bagus kan?
Selain Jusco ada 2-3 tempat lagi yang provide nursing room macam ini, baca kat blog-blog orang lain rasanya Isetan at the Gardens pun sudah ada.
I heard that there's several places yang melarang wanita menyusukan anak di situ, walaupun penyusuan itu dilakukan secara tertutup (in appropriate way with nursing covers/poncho). Haih, dah kau kenapa? Macamlah kami tidak tahu menjaga aurat? Is that really disturbing? Funny, when people are being sceptical to mothers who try to breastfeed in public, but not to those girls yang sengaja tayang part of their boobs in public.
Penerimaan masyarakat juga satu hal juga, kalau dah nampak ada wanita sedang menyusukan anak tu tak perlulah nak pandang-pandang, nak bisik-bisik, not that we're exposing our breast pun kan? So far belum pernah lagi terjadi pada aku (sebab tak ada siapa perasan aku tengah breastfeed pun, dari jauh nampak macam tengah peluk anak je), still the self-conscious is there and my husband still has to protect/cover me from in front everytime I'm breastfeeding. Guess I just have to learn to get used with it.
Nevertheless, all those things never discourage me from continuing my breastfeeding journey. Ammar Yusuf is almost 6 month old now and Alhamdulillah still exclusively breastfeeding. Way to go, Sweetheart! =)



Wednesday, January 25, 2012

Usaha Tangga Kejayaan

So last night aku menghabiskan masa dengan melipat kain baju yang bertimbun siap dah nak kena guna tangga kalau nak cari baju (Mama's hyperbola).

Ditemani budak bertuah ni, who refused to sleep @__@
Asyik nak bercakaaappppp saje. Cotcetcotcet tak henti-henti. Seolah-olah macam bertanya, "Mummy lipat apa tu? Yang ini apa pulak? Ni baju Mummy ke Daddy?" something like that. Kalau bercakap tapi duduk setempat saje takpe, tapi sibuklah nak 'menolong' Mummy mengemaskini segala lipatan tsssk nak je Mummy gigit-gigit cuping telinga kecilmu! #GemersikKalbu.
Then I realized that he's trying to reach some of the folded clothes, bersungguh-sungguh betul tangan dia nak capai.
Sengaja aku alih boxer Daddy kain baju jauh sikit dari jangkauan dia. Nak tengok sejauh mana dia berusaha nak capai. Sikit demi sikit dia angkat badan mengesot ke depan. Asalnya jauh tau kedudukan dia daripada lipatan baju semua tu, maunya nak letak dekat dengan dia habis dikecahnya nanti segala.
Memang tak berputus asa :')

Kali ni cuba guna dua tangan berketak-ketak HEHEHE.
Memang bila nampak dia berminat nak capai sesuatu, aku akan sengaja alih jauh sikit untuk menggalakkan dia bergerak. Seronok, sebab si botak ni takkan berputus asa berusaha dapatkan apa yang dia nak. Bila dah dapat, memang senyum lebarlah dia tambah-tambah bila Mummy Daddy bersorak beria-ia, terlonjak-lonjak kepala dia ketawa sampai sepet-sepet mata :D. I learn that it is best to acknowledge every single development of our baby, so that he always feel encouraged and appreciated.

Seronok tengok perkembangan anak depan mata, bahagia :') Slowly ye Sayang, Mummy got your back..
Alamak terupload gambar makan baju kerja Daddy pulak! Habislah ada budak kena marah dengan Daddy bila nampak kesan air liur kat baju habislah habislah~~

"Mummy ni selalu tak simpan rahsia tau!" -Ammar Yusuf.

Tehehe :p




Tuesday, January 24, 2012

Entri Berangan Tengah Malam

I was sending a birthday wish to one of my friend when I thought about writing this post. It was her 27th birthday.

Oh my, 27 tahun la.. I'm also going to be 27 this year. Takdelah aku ni bimbo sangat takut tua ke apa, cuma 2-3 hari ini aku selalu berfikir, what have I achieved so far. Eh kenapa entri ini macam entri stereotaip setiap kali hari jadi hehe?

That kind of thinking tiba-tiba buat aku teringat kisah silam dulu kala.

I used to be very ambitious. A goal-getter (or is it go-getter?). Especially when I was just broke up with my ex. You know how you'll become a lot stronger and more determine when you're heart-broken hewhewhew. Suddenly you've become so driven just so you don't look weak in front of others and also to prove that you are way better without him yadayadayada.. Kalau baca diary masa belajar dulu (haha girly betul ada diary booo~), memang banyaklah wishlist siap ada check box. Yang dah berjaya dicapai (contoh: By 24 MESTI dah ada pakwe yang memenuhi ciri-ciri idaman!! *yes memang ada tanda seru*) akan ditanda (walaupun pakwe baru kontra habis dengan ciri-ciri idaman kahkah! Mana kita nak tahu dengan siapa kita akan jatuh cinta kan? :p) dan yang belum lagi dicapai (contoh: By 27 MESTI dah pakai BMW *diamlah kau masa ni aku putus cinta mana ada masa nak fikir logik ke tidak target itu -__-) akan dibiarkan kosong sehinggalah impian itu terlaksana.

Dulu, memang very driven, very determine, with perseverance too. Prinsip hidup dulu, mesti aim for the sky. At least kalau tak dapat sky, kita akan dapat tak jauh dari sky tu. That was me back then. Lepas tu, hati memang heartless betul, setiap hari hanya fokus pada how to achive the targets taknak fikir hal-hal lain langsung.

See what break-ups turned me into? It was fun though, kepuasan apabila 'checked' apa yang telah dicapai itu.. priceless. Rasa jadi lebih bersemangat untuk berusaha memenuhi impian.

Now, maybe I'm more to get loosen up, lay low, take it easy and go with the flow saje. Dah takde lagi check box untuk ditanda apa sasaran aku dan apa yang telah aku capai. Kenapa ye? Mungkin sebab aku rasa aku kini berada di dalam comfort zone. A very-very comfort zone. Hati pun senang, macam tak berapa nak terkejar-kejar capai cita-cita sangat. Matlamat hidup tu of course ada, tapi lebih menjurus kepada perancangan untuk anak sahaja. Haih. Guano demo nih?

Mungkin aku perlu mulakan semula apa yang aku pernah buat dulu. Have a certain target in life. Or a wishlist.

By 30, ada satu rumah atas nama aku sendiri.
By 30, gaji aku mesti sekian-sekian.
By 30, mesti dah terer swimming (how lame umur dah 27 tak pandai berenang lagi -__-)
By 30, mesti ada at least 2 orang anak wahaha AT LEAST?? Gelenyar mu nih :p

Itu contohlah. Hehe. Berangan memang best kan? ;) This time, perancangan tidaklah aim for the sky sangat. Tapi lebih realistik lah. Itu baru perancangan duniawi, untuk saham akhirat lagi banyak yang perlu disasarkan. For that part, biar aku jelah yang tahu kot. Karang jadi macam poyo pula, dah poyo riak pula. Dah satu hal.


P/S: Manusia hanya boleh merancang, Allah yang menentukan segalanya. Of course :)



Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday #2: The Miracle of Mother's Milk



Tuesday, January 17, 2012

Monthly Check-up For My 5 Month-Old Baby

Assalamualaikum.

So semalam kami membawa anak bujang yang bertuah dan banyak cakap itu ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan bayi 5 bulan. Apa ayat aku ini entah. Asalnya hatiku meronta-ronta perlu ke asyik-asyik kena inject saje betul ke injection tu bermanfaat kan ke Allah dah bagi sempurna dah tak cukup ke breastfeed je sampai nak kena inject tiap-tiap bulan macam mana kalau kita ini terperdaya dengan agenda Yahudi yang suruh bangsa lain makan panadol kalau sakit tapi bangsa dia sendiri pun tak makan panadol dan makan habbatussauda saje, orang zaman dulu takde pun inject-inject sihat je blablabla.. Tapi, tetap juga bawa ke klinik, sebab macam ramai yang cakap, doctors know better. Mungkin sebab macam-macam penyakit sekarang ni, bukan macam dulu-dulu lagi. Dan macam Suami cakap, orang dulu-dulu keep fit belaka. Bercucuk tanam membanting tulang. Orang sekarang sepanjang masa depan komputer malas bersenam. Hmmpphh..


Masa ambil dari pengasuh tu dia masih tidur, tidur lena pula tu goyang-goyang pun taknak bangun ololo kesian anak Mummy. Dalam kereta baru bangun. Bad mood sekejap.

"Daddy ni, Ammar Yusuf takde mood la nak ambik gambar.."

Sekarang dah ada mood hewhewhew.
"Mummy Daddy tepilah sikit Ammar Yusuf nak jadi watak utama sekarang."

Berdebar menunggu giliran. Satu demi satu nama bayi dipanggil. Ammar Yusuf tengah berfikir sama ada nak buat-buat pengsan atau menangis kuat-kuat guling-guling atas lantai to make a scene supaya tak payah kena inject. "Tapi... hilanglah macho dengan baby girl kat sebelah tu nanti..."


Nurse: Okay baby seterusnya..
Ammar Yusuf: Alamak alamak dah nak panggil kita alamak tolong tolonggggg~~
Nurse: Puteri Qaseh Delaila!

Serentak Mummy Daddy berpandangan.. Amboi nama budak tu O_0

"Tehehe.. Bukan Ammar Yusuf rupanya. Bikin saspen saje." Okay what's with that duck face? T__T

Overall, check up semalam macam biasa sajalah. Cuma lepas timbang tu ada drama sikit sebab ukur tinggi tak naik, lepas tu berat turun daripada 6.7kg jadi 6.1kg apakah apakah?? Sugul seketika, sambil mengenangkan mungkin selama ini dia sebenarnya tak cukup susu atau apa. Nurse kat luar tu cakap, mungkin sebab dia dah makin aktif kot sebab tu berat turun. Macam tak munasabah pun ada sebab bukannya dah boleh merangkak laju apatah lagi dah berjalan ke.

Apabila dipanggil masuk ke bilik untuk temuduga perkembangan baby, aku adukan kepada nurse di dalam yang nampak lebih tua.

"Berat anak saya turun banyaklah, macam tak logik je."
"Turun? Tapi tengok semangat je takde pula nampak kurus ke.. Takpe buka baju dia, timbang semula kat sini"

Timbang-timbang, rupanya berat dia 7kg, macam ni barulah betul! Macam mana boleh beza almost 1kg masa timbang di luar? Haish nasib baik timbang semula, kalau tak memang tak pasal-pasal je aku nak stress sorang-sorang fikir susu tak cukup ke apa..

Okay 5 month-old progress for my sweetypie other than this :)
Dah boleh meniarap-telentang-meniarap semula dengan pantas. Means dah boleh berguling-guling lah. Dah tak boleh nak tinggal sorang-sorang atas katil heh.

Dah boleh menggenggam sesuatu dengan eratnya. Kalau menyusu sekarang mesti satu tangan dia akan genggam jari kita best sangat bonding itu :')


Otot lengan dah mula kuat untuk menampung berat badan, sekarang ni kalau meniarap mesti dia akan angkat badan dia tinggi-tinggi like pushing up hehe tak cukup lagi ke six pack kat lengan tu sayang? Mungkin ini adalah langkah-langkah awal untuk mula merangkak kot? :)
Bab tunjuk terer memang nombor satu :p
Sekarang ni dia macam manja sikit. Before this tak ada pula macam itu. Bila kat rumah dia nak kita sentiasa di dalam jangkauan penglihatan dia. Asalkan dia nampak kita dia okay. Kadang-kadang bila terjaga dan menangis, kita datang dan peluk pun dia boleh tertidur semula. Aku baca somewhere, itu adalah cara dia untuk menggantikan masa-masa yang dilalui tanpa kita di siang hari setiap hari. Sebab waktu malam dengan hujung minggu je dia boleh bersama-sama dengan kita kan, masa itulah dia nak manja-manja minta perhatian sikit kan?
Hmm.. Sebak pula rasa :'(


Ammar Yusuf having a good time with Daddy. Eventhough he's a little bit confused at this moment..
"Kenapa.. Kenapa Daddy ada rambut kat dagu.. Kat atas mulut.. Ammar Yusuf ni atas kepala pun tak cukup.. Kenapa.."




Thursday, January 12, 2012

Berat Badan Selepas Bersalin

BERAT BADAN MERUPAKAN TOPIK YANG SANGAT SENSITIF UNTUK KAUM WANITA!!

Tiba-tiba marah.

Haha. Okay, first of all, pictures don't do justice. Maka kalau kau orang rasa aku nampak kurus dalam gambar selepas bersalin tu, itu bukanlah gambaran sebenar diriku ketika ini kerana sudah tentulah aku akan upload gambar yang diambil dari angle yang paling nampak kurus hohoho sukanya kau ketawa ye.

Okay seriously, kalau kau ikut perkembangan aku sepanjang kehamilan di blog ini (ayat sangat retis), kau mesti tahu betapa aku selalu meroyan tentang kenaikan berat badan aku sebelum bersalin dulu.

Up to 40 weeks pregnancy, I gained exactly 20kg :/

Kenaikan yang dibenarkan oleh hospital adalah 12.5kg SAHAJA! Gila :/

Berat aku semenjak zaman belajar adalah sekitar 54-56kg macam itu. Kalau ketika musim-musim perayaan boleh mencecah 58kg (memang tukang menghabiskan makanan di rumah orang), masa putus cinta pernah drop sampai 48kg (langsing aku terus tiba-tiba ramai nak berkenalan memang diskriminasi betul orang lelaki ni nak yang kurus saje padahal kau tu muka pecah rumah potpetpotpetpotpet *berleter*). Sebelum majlis perkahwinan pun berat badan pernah drop juga, jadi 51kg rasanya. But average aku memang sekitar 55kg begitulah. Dan minggu terakhir pregnancy, berat badan aku 75kg booo gemuk booo~~~

Seminggu selepas bersalin, aku turun 10kg. Gembira bukan kepalang, beria-ia bagitahu Mama. Mama cakap, "10kg JE?? Biasa orang drop belas-belas kg tahu!" Terus hilang selera makan (HEHE yang ni memang tipu). During confinement, I don't really berpantang sangat pun. I mean dari segi pemakanan aku makan banyaklah juga. For the sake of menyusu badan kan. Benda yang tak boleh makan, aku tak makan. Benda yang boleh makan, aku makan dengan banyaknya HARHARHAR gelak evil. Apa yang seronok sangat entah.

Orang kata menyusu badan adalah cara untuk cepat kurus juga. Tapi aku pernah baca kesannya dapat dilihat selepas setahun anak dilahirkan. So ibu-ibu harap bersabar ye. Ibu yang menyusu badan membakar purata 500 kalori sehari. Pembakaran kalori itu adalah daripada tenaga yang badan kita guna untuk menghasilkan dan mengeluarkan susu itu. Sehari 500 kalori. 7000 kalori baru sama dengan 1kg berat. So dalam sebulan kau berpotensi untuk turun dalam 0.5kg ke 1.5kg. Ini kalau kau menyusu, makan benda berkhasiat dan makan secara terkawal lah. Terkawal tu maksudnya secara normal la. Kalau kau menyusu tapi makan macam tak pernah jumpa makanan, tak jadi juga kan? Contohnya untuk diri aku sendiri; Sebelum mengandung dulu aku hanya boleh ambil makanan up to 1500 kalori sehari. So selepas bersalin, disebabkan kena menyusu aku bolehlah ambil lebih sikit makanan like 2000 kalori, sebab 500 kalori itu akan terbakar hasil penyusuan maka jumlah kalori akan sama macam sebelum mengandung dulu kan? Tapiii, kalau selepas bersalin kau beria-ia sangat makannya sampai 3000 kalori sehari, walaupun badan kau dah burn 500 kalori sehari hasil dari penyusuan pun, masih ada 2500 lagi. Macam mana nak kurusnya cik kak oi? Eh macam bercakap dengan cermin je? Kekeke.

Okay. Setakat ini, aku makan macam biasa sahaja, sama macam sebelum aku mengandung dulu. Sebab aku tak boleh skip-skip makan, nanti loya, nanti menggigil badan berpinar otak *hiperbola habis*. Dan aku minum air masak sangat-sangat banyak, untuk compensate fluid yang keluar dari badan tu kan? Suami tercinta juga sangat membantu dengan membelikan water filter di rumah. Best sangat. Before this tiap-tiap malam kena masak air, dan sejukkan untuk diminum keesokan harinya. Leceh.

Berat badan aku sekarang? Adalah reduce sikit. Semasa tempoh berpantang daripada 75kg ke 65kg, habis pantang liat sangat nak turun sebab dah boleh belasah makan apa saje kan? Lepas 3 bulan kot baru turun ke 62kg. Aku tak timbang selalu pun, sebab nanti aku stress. Bila stress aku akan makan lagi banyak. Dan bila stress juga produktiviti susu akan merudum. Tak bestlah kan?

Aku relax je, tak kocoh-kocoh nak turunkan berat badan pun. Biar sentiasa optimis dan positif. Dalam pada itu try to keep fit jugalah. Office aku tingkat 4, rumah aku tingkat 4. Naik turun tangga jugalah. Hujung minggu kalau Suami tak ada kelas kami bawa anak keluar bersiar-siar. Tak joging pun tak apa, berjalan juga boleh mengeluarkan peluh tau. Bila di rumah kita dukung anak pun boleh bakar kalori. Apatah lagi kalau anak kau si baby gomok err Mummy bukan cakap pasal Ammar Yusuf tau, ada la baby lain, bukan Ammar Yusuf. HEHEHE.

Jangan aim untuk kuruskan badan, sasarkan untuk kekal sihat dan cergas demi anak tersayang. Kalau kita sakit siapa nak jaga anak? Siapa nak jaga Suami?

Hmm. Berat terkini, 58kg. Bolehlah. Asalkan nampak angka 5 di depan. BMI 22.4. Okaylah tu, masih selamat lagi hehe. Slow-slow la, just enjoy every single moment being a mother right? ;)


Mummy, Daddy & Ammar Yusuf having a quality time together :)




Wednesday, January 11, 2012

Senang Hati

Hari ini aku gembira tidak terkata.

Segalanya berjalan dengan sangat baik Alhamdulillah. Betul orang cakap, bila fikiran tenang, ceria dan positif, kita akan attract pelbagai perkara baik dalam hidup kita. "Thoughts become things," kata Rhonda Byrne dalam The Secret. Siapa pernah baca The Secret? Rugi tak baca.

Maka itulah yang aku cuba lakukan. Fikirkan yang baik-baik, bayangkan yang indah-indah, inshaAllah semuanya akan menjadi baik-baik dan indah-indah belaka.

Senyum selalu.
Senyum depan cermin, dan katakan, "Everything's going to be great today"

Banyak aku nak cerita.
Ada yang bertanya, berkesankah teknik Power Pumping tu? Oh, belum nampak secara drastik, tapi peningkatan itu memang ada. Cumanya peningkatan produktiviti susu itu mungkin terdorong oleh keadaan emosi aku sekarang juga sebenarnya. Nanti aku cerita dengan lebih mendalam. Sebab teknik Power Pumping itu akan nampak keberkesanannya dalam masa seminggu ke dua minggu. Maka perlu teruskan usaha dan bersabar ;)
Sepupu Suami. My saviour ;)
So hari ini baru mula pakai Medela Freestyle. Jakun dan excited tak payah cakaplah. Punyalah senang, handsfree! Boleh pam sambil buat kerja! Tak payah lagi nak masuk meeting room everytime nak pam. Dan tak perlu lagi menahan jelingan sarkastik jejaka-jejaka di pejabat ini setiap kali aku bawa semua perkakas mengepam masuk bilik meeting ish tumbuk karang baru tahu -__- And the best part is, dual pumping so proses pengepaman cepat selesai. Sekali pump 20 minit sahaja instead of 40 minutes like before. So boleh cepat-cepat masuk meeting room, cepat-cepat pam 20 minit, dan cepat-cepat balik ke cubicle sambung main Facebook buat kerja. Kan? :D

Now suddenly I'm considering to buy this for our next baby hehehehe berangan. Medela Swing ni.. erm, jual jelah kot. Kat Mudah.my :/ Anyway lambat lagi pun next baby nya, baby yang sekarang ni pun tak menang tangan nak mengurusnya ada hati nak fikir pasal next baby hehehe.


Tak boleh bayang si bulat ni kecil-kecil dah kena jaga adik :D



Saturday, January 7, 2012

Dugaan Menyusu

Last night baru start buat Power Pumping, baru buat sebab baru tahu teknik itu. How lame :/

Petang tadi panggil tukang urut datang rumah, nak cuba berurut in case ada yang clogged somewhere inside.

Sekarang tengah cuba stop minum air sejuk. Sebab air sejuk merupakan antara punca ianya berlaku. Ya, aku adalah peminum air sejuk tegar.

Rabu ni, inshaAllah akan cuba breastpump jenis lain. Yang lebih advance, hebat dan idaman para ibu yang bersemangat untuk fully breastfeed anakanda tercinta (oh aku tak beli pun, ada angel offer pinjam, mungkin selepas terbaca ayat meroyan aku merata di Facebook/Twitter tentang masalah yang aku hadapi sejak seminggu ini. Bahagianya aku dengan tawaran itu, Allah sahaja yang tahu).

Last resort, kalau semua yang di atas tidak berhasil, baru akan cuba supplement/makanan tambahan. Sebab aku dengan ubat-ubatan ni fobia sikit. Pernah cuba 2-3 jenis, hasilnya mungkin ada, tapi anak aku cirit-birit pulak. Atau bahasa yang lebih comel namun kedengaran agak pondan, ceri-beri.

Oh. Aku mengalami masalah kemerosotan susu, in case ada yang tertanya-tanya apa yang aku membebel sorang-sorang kat atas ni. Dan semua yang tersebut adalah langkah-langkah yang aku ambil untuk mengatasinya.

Merosot banyak mana? Agak drastik jugalah, biasanya sekali pam both sides dapat at least 6oz, paling banyak 10oz. Now it ends at 3oz (at most). Keperluan anak sepanjang waktu bekerja adalah minimum 20oz. Sedih kan? Memang sedih sangat, sampai menangis-nangis aku bagitahu Suami kemungkinan kena tambah susu formula untuk memenuhi keperluan anak sekarang. Terasa gagal habis.

Setakat ini, masih belum sampai tahap itu lagi. Kalau pagi itu aku hanya mampu bekalkan 14oz pada babysitter, lunch hour aku akan balik rumah kejap hantar lagi 6oz topup and balik semula ke office. Dah dua hari macam tu. Jauhnya Pudu dan Puchong tu, dengan jalan jem lagi, minyak lagi, takyah nak kiralah. Sebab aku habis-habisan taknak bagi anak aku susu tepung sebelum waktunya. So jangan lagi cakap aku breastfeed sebab nak jimat duit, atau sebab aku tak mampu nak beli susu formula yang mahal-mahal belaka tu. Orang bodoh je fikir macam tu.

Support dari kawan-kawan juga membantu, dan juga dari strangers from Breastfeeding Group I've joined.

Tolong aku Allah.

Kalau teknik-teknik di atas berkesan, aku akan share dengan kau orang ye. Aku nak sangat tolong ibu-ibu yang bersemangat nak menyusu tapi ada masalah macam aku. Sebab aku faham sangat-sangat perasaan apabila usaha untuk memberikan yang terbaik untuk yang tersayang diduga dengan laluan beronak duri (bahasa sengaja diolah sedemikian untuk menambah kedramatikan cerita).


P/s: Aku blog dari handphone sahaja ni, so please abaikan typo/grammar/alignment lari/ayat tunggang langgang ke apa. Perasaan berkecamuk, malas nak scroll atas check ayat segala.



Thursday, January 5, 2012

5-Month-Old Ammar Yusuf

Kelmarin 3 Januari 2012, Ammar Yusuf genap 5 bulan. Macam sekejap je masa berlalu. Macam Daddy cakap, "Masa Daddy azankan dulu, halus je. Sekejap je dah besar" (sebenarnya nak cakap gomok tapi berkias-kias sebab Ammar Yusuf sensitif orangnya hehehe).

Ammar Yusuf sekarang makin mula memahami keadaan sekeliling.

Bila kita buka pintu rumah, tersenyum lebar dia nampak habis semua gusi yang hampir pecah nak tumbuh gigi tu. Sebab dah tahu nak keluar jalan-jalan. Padahal nak hantar dia rumah babysitter je pun HAHAHA kesiann :p

Proses penukaran diapers kini agak mencabar, sebab dia dah berpusing sana sini dengan pantasnya adoii! Tapi bila buka baju dia pandai pula diam. Sebab dia tahu nak pergi mandi. Memang suka mandi betul budak bertuah ni, kalau aku tengah ada banyak free time like on Sunday ke takpelah layankan je mandi lama-lama ketawa-ketawa dalam bathroom, kalau tengah kejar masa ke, ingat Mummy ada masa nak tunggu sampai kecut jari Ammar Yusuf baru nak masuk??


Cabaran menukar diaper. Ni lepas 2-3 kali aku baringkan dia semula. Last-last menangis terus :/

Pusing sana pusing sini, tau-tau dah ada atas badan Mummy geram betul rasa nak gigit pipi, lengan, peha, dan lain-lain (tak tahu nak pilih mana satu).

Kalau nak dia happy-happy borak dengan kita, pastikan kita juga bercakap dengan mimik muka yang happy, cakap sambil tersenyum yang nampak gigi, sebab bila nampak gigi kita dia akan terus tersenyum lebar juga. Kalau senyum ala kadar je tak nampak gigi maka beliau takkan balas senyuman ala kadar tersebut heh heh.
Kalau bercakap sambil pegang muka or pipi dia, automatik dia akan sambut tangan kau. Mula-mula terasa ololo sweetnya, until dia slowly masukkan tangan kau dalam mulut dia and gigit guna gusi dia yang keras tu T__T
Mula sebut beberapa bunyi dengan agak kerap, seperti "abwah" dan "bubu". I learn that at this stage baby memang akan mula sebut/buat beberapa bunyi tertentu tapi sebenarnya dia maksudkan satu perkara sahaja sebenarnya. Besar kemungkinan dua-dua pun dia maksudkan Mummy kan? KANN?? *paksa*
Ammar Yusuf: Abwahh.. abwahh..
Daddy: Ye sayang, Abah ada kat sini... (punyalah nak perasan Ammar Yusuf panggil dia sampai tiba-tiba bahasakan diri beliau 'Abah' -___- )

Kalau menyusu dari botol, memang seboleh-boleh nak pegang botol sendiri. Memang ditolak-tolak la tangan kita, ingat dah besar agaknya. Bila botol tu terjatuh tahu pula nak marah, dah tangan dia kecil lagi memanglah genggaman tak kuat mana haisshh budak bertuah ni!
"Daddy ni Ammar Yusuf dah big boy tau Ammar Yusuf nak pegang sendiri.."
Sangat-sangat suka kamera. Especially front camera, mungkin dia ingat macam cermin. Bila nampak front camera memang laju je tangan dia nak capai, kadang-kadang lagi laju dari Mummy :')
"Mummy tepi tepi Ammar Yusuf nak ambik gambar tepi tepi!"
Dan untuk pertama kalinya, beliau dibotaklicinkan hewhewhew. Asalnya ada juga plan nak botakkan sampai 7 kali. Orang kata anak bijak nanti. Tapi.. baru sekali botak pun.. bukan main lasak lagi gerak sana sini, siap naik angin lagi. Silap pula tak botakkan masa awal-awal dulu, sebelum dia dah ligat dan banyak akal macam sekarang T_T
Banyak lagilah perkembangannya, kadang-kadang rasa macam cepat betul tak terkejar rasanya. Oh dia juga dah recognize nama dia, bila kita panggil "Ammar Yusuuuufff", mulalah tercari-cari dari mana datangnya suara tu. Bila Daddy panggil "Comelll~~" pun dia akan toleh juga, padahal Daddy sebenarnya panggil Mummy.. *shy* :p
Lagi sebulan dah boleh makan solid food. Aku sendiri belum betul-betul tahu apa yang perlu disediakan untuk si comel tu. Based on apa yang dibaca, ramai yang cakap start 6 bulan kena mulakan dengan puree dulu, fruit puree, vege puree (erk?), jangan terus bagi nestum segala. Nak kena menuntut dari yang pakar nampaknya ni. Banyak yang aku kena belajar lagi. Tak apa, semua benda pun bermula dengan 'kali pertama' kan? ;)

.
.
.
.
.
Bukan nak jaga baby kecil sahaja, baby besar juga memerlukan perhatian. Hehehe :D