expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 7, 2012

Dugaan Menyusu

Last night baru start buat Power Pumping, baru buat sebab baru tahu teknik itu. How lame :/

Petang tadi panggil tukang urut datang rumah, nak cuba berurut in case ada yang clogged somewhere inside.

Sekarang tengah cuba stop minum air sejuk. Sebab air sejuk merupakan antara punca ianya berlaku. Ya, aku adalah peminum air sejuk tegar.

Rabu ni, inshaAllah akan cuba breastpump jenis lain. Yang lebih advance, hebat dan idaman para ibu yang bersemangat untuk fully breastfeed anakanda tercinta (oh aku tak beli pun, ada angel offer pinjam, mungkin selepas terbaca ayat meroyan aku merata di Facebook/Twitter tentang masalah yang aku hadapi sejak seminggu ini. Bahagianya aku dengan tawaran itu, Allah sahaja yang tahu).

Last resort, kalau semua yang di atas tidak berhasil, baru akan cuba supplement/makanan tambahan. Sebab aku dengan ubat-ubatan ni fobia sikit. Pernah cuba 2-3 jenis, hasilnya mungkin ada, tapi anak aku cirit-birit pulak. Atau bahasa yang lebih comel namun kedengaran agak pondan, ceri-beri.

Oh. Aku mengalami masalah kemerosotan susu, in case ada yang tertanya-tanya apa yang aku membebel sorang-sorang kat atas ni. Dan semua yang tersebut adalah langkah-langkah yang aku ambil untuk mengatasinya.

Merosot banyak mana? Agak drastik jugalah, biasanya sekali pam both sides dapat at least 6oz, paling banyak 10oz. Now it ends at 3oz (at most). Keperluan anak sepanjang waktu bekerja adalah minimum 20oz. Sedih kan? Memang sedih sangat, sampai menangis-nangis aku bagitahu Suami kemungkinan kena tambah susu formula untuk memenuhi keperluan anak sekarang. Terasa gagal habis.

Setakat ini, masih belum sampai tahap itu lagi. Kalau pagi itu aku hanya mampu bekalkan 14oz pada babysitter, lunch hour aku akan balik rumah kejap hantar lagi 6oz topup and balik semula ke office. Dah dua hari macam tu. Jauhnya Pudu dan Puchong tu, dengan jalan jem lagi, minyak lagi, takyah nak kiralah. Sebab aku habis-habisan taknak bagi anak aku susu tepung sebelum waktunya. So jangan lagi cakap aku breastfeed sebab nak jimat duit, atau sebab aku tak mampu nak beli susu formula yang mahal-mahal belaka tu. Orang bodoh je fikir macam tu.

Support dari kawan-kawan juga membantu, dan juga dari strangers from Breastfeeding Group I've joined.

Tolong aku Allah.

Kalau teknik-teknik di atas berkesan, aku akan share dengan kau orang ye. Aku nak sangat tolong ibu-ibu yang bersemangat nak menyusu tapi ada masalah macam aku. Sebab aku faham sangat-sangat perasaan apabila usaha untuk memberikan yang terbaik untuk yang tersayang diduga dengan laluan beronak duri (bahasa sengaja diolah sedemikian untuk menambah kedramatikan cerita).


P/s: Aku blog dari handphone sahaja ni, so please abaikan typo/grammar/alignment lari/ayat tunggang langgang ke apa. Perasaan berkecamuk, malas nak scroll atas check ayat segala.



6 comments:

  1. akak..moga dipermudahkan segala..walau camtu pun.si pipi ammar tu tetap macam pau dah...hehehe:)

    ReplyDelete
  2. actually if kira balik, pump, storage bottle, freezer or extra fridge sterilizer, warmer, supplement, sama mahal dgn formula tp sbb khasiat susu ibu kita kasi kn

    ReplyDelete
  3. demi Ammar Yusuf, I know you can do it kak Una! :)

    *tiba2 rindu u. :P

    ReplyDelete
  4. samala cm saya..sy pun tgh usaha..apa2 kita kene usahakan so leh sharing info nanti

    ReplyDelete
  5. keep on puping mommy!! semoga Allah permudahkan. Nanti share info yea.. ramai mommy nak tau ni.. sure!

    ReplyDelete
  6. Thanks for the support girls! I really need it and I really appreciate it. InshaAllah kalau segalanya berhasil, I'll share with you. We help each other ya! =)

    ReplyDelete