Monday, January 30, 2012

Another Step Ahead!

Hari ini kami suami isteri balik lambat. Sebab memang dah plan nak pergi open house CNY one of the most important person in the mother company.

Ammar Yusuf aku tinggalkan bersama Kak Ha the babysitter, bersama bekalan susu sebanyak 8 x 4oz. Kalau ikutkan jumlah itu cukup sehingga jam 11 malam :/

Tapi taklah sampai 11 malam pun, around 9:30 malam dah ambil dari rumah Kak Ha. Ada balance 4oz lagi, Alhamdulillah boleh buat stok untuk esok. Balik rumah, susukan Ammar Yusuf, tukar diaper. Baru buka seluar dia, dia dah berguling bergolek. Biarkan sekejap memandangkan diaper dia taklah berat sangat pun.

Tiba-tiba terdengar suara Suami teruja habis,

"Mummy Mummy tengok ni dia nak merangkak la cepat-cepat!!"

Kelam kabut aku capai iPhone nak ambil gambar, tidak mahu lagi terlepas peluang sepertimana kali pertama Ammar Yusuf meniarap dulu.


Ololo.. Bergegar-gegar gambar sebab excited sangat nak snap photo HAHA! :'D


Well Hubbyku sayang, this is not exactly merangkak lah (since dia belum lagi gerakkan lutut dia ke hadapan lagi :p), however this is really a new development for Ammar Yusuf. Tangan, siku dan lutut nampaknya dah kuat untuk menampung berat badan yang agak err, 'sihat' tu hehe. Kiranya dah boleh buat posisi kuda (ala yang selalu main masa kecil tu seorang jadi kuda seorang lagi naik kat belakang). Kerap juga dia bangun ulang-ulang gaya ini sambil gerakkan badan ke depan dan belakang menggunakan otot lengan dan lutut. Lagi seronok bila Mummy Daddy bersorak beria-ria bagi sokongan untuk dia hehe.

Adoi anak Mummy. Setiap hari ada saja keletahnya. He learns new things everyday, and so do I. It's OK Sweetheart, there's no rush. Take your time.

P/s: Blogged via phone. Forgive any typo ye, maklumlah excited sangat nak take note perkembangan terkini budak bertuah tu dalam virtual diary ni hikhik ;)




5 comments:

Wanie-san said...

tumpng gumbira!!^_^
chaiyok2 ammar yusuf!

Husna Hadzarami said...

Kalau dah merangkak nanti, ada orang tu kena mop lantai hari-harilah nampaknya. Heh heh siaplah Daddy :p

Hanim Najib said...

a veryyy sweet moment being a parent kan..bile dpt tgk setiap perkembangan anak2..nak2 anak sulung..hehe..bravo dear, ammar yusuf..

Husna Hadzarami said...

Hanim Najib:
Betul! Excited betul, anak sulung katakan. Tapi ada yang kata anak kedua ketiga pun still akan excited jugak tau! =)

FAA said...

alaa comel sangat !! tapi kan nanti kak una, once die dah banyak pergerakan mesti tgn michelin hilang jugak.

oh i'll miss that tangan ketak :P