Thursday, January 5, 2012

5-Month-Old Ammar Yusuf

Kelmarin 3 Januari 2012, Ammar Yusuf genap 5 bulan. Macam sekejap je masa berlalu. Macam Daddy cakap, "Masa Daddy azankan dulu, halus je. Sekejap je dah besar" (sebenarnya nak cakap gomok tapi berkias-kias sebab Ammar Yusuf sensitif orangnya hehehe).

Ammar Yusuf sekarang makin mula memahami keadaan sekeliling.

Bila kita buka pintu rumah, tersenyum lebar dia nampak habis semua gusi yang hampir pecah nak tumbuh gigi tu. Sebab dah tahu nak keluar jalan-jalan. Padahal nak hantar dia rumah babysitter je pun HAHAHA kesiann :p

Proses penukaran diapers kini agak mencabar, sebab dia dah berpusing sana sini dengan pantasnya adoii! Tapi bila buka baju dia pandai pula diam. Sebab dia tahu nak pergi mandi. Memang suka mandi betul budak bertuah ni, kalau aku tengah ada banyak free time like on Sunday ke takpelah layankan je mandi lama-lama ketawa-ketawa dalam bathroom, kalau tengah kejar masa ke, ingat Mummy ada masa nak tunggu sampai kecut jari Ammar Yusuf baru nak masuk??


Cabaran menukar diaper. Ni lepas 2-3 kali aku baringkan dia semula. Last-last menangis terus :/

Pusing sana pusing sini, tau-tau dah ada atas badan Mummy geram betul rasa nak gigit pipi, lengan, peha, dan lain-lain (tak tahu nak pilih mana satu).

Kalau nak dia happy-happy borak dengan kita, pastikan kita juga bercakap dengan mimik muka yang happy, cakap sambil tersenyum yang nampak gigi, sebab bila nampak gigi kita dia akan terus tersenyum lebar juga. Kalau senyum ala kadar je tak nampak gigi maka beliau takkan balas senyuman ala kadar tersebut heh heh.
Kalau bercakap sambil pegang muka or pipi dia, automatik dia akan sambut tangan kau. Mula-mula terasa ololo sweetnya, until dia slowly masukkan tangan kau dalam mulut dia and gigit guna gusi dia yang keras tu T__T
Mula sebut beberapa bunyi dengan agak kerap, seperti "abwah" dan "bubu". I learn that at this stage baby memang akan mula sebut/buat beberapa bunyi tertentu tapi sebenarnya dia maksudkan satu perkara sahaja sebenarnya. Besar kemungkinan dua-dua pun dia maksudkan Mummy kan? KANN?? *paksa*
Ammar Yusuf: Abwahh.. abwahh..
Daddy: Ye sayang, Abah ada kat sini... (punyalah nak perasan Ammar Yusuf panggil dia sampai tiba-tiba bahasakan diri beliau 'Abah' -___- )

Kalau menyusu dari botol, memang seboleh-boleh nak pegang botol sendiri. Memang ditolak-tolak la tangan kita, ingat dah besar agaknya. Bila botol tu terjatuh tahu pula nak marah, dah tangan dia kecil lagi memanglah genggaman tak kuat mana haisshh budak bertuah ni!
"Daddy ni Ammar Yusuf dah big boy tau Ammar Yusuf nak pegang sendiri.."
Sangat-sangat suka kamera. Especially front camera, mungkin dia ingat macam cermin. Bila nampak front camera memang laju je tangan dia nak capai, kadang-kadang lagi laju dari Mummy :')
"Mummy tepi tepi Ammar Yusuf nak ambik gambar tepi tepi!"
Dan untuk pertama kalinya, beliau dibotaklicinkan hewhewhew. Asalnya ada juga plan nak botakkan sampai 7 kali. Orang kata anak bijak nanti. Tapi.. baru sekali botak pun.. bukan main lasak lagi gerak sana sini, siap naik angin lagi. Silap pula tak botakkan masa awal-awal dulu, sebelum dia dah ligat dan banyak akal macam sekarang T_T
Banyak lagilah perkembangannya, kadang-kadang rasa macam cepat betul tak terkejar rasanya. Oh dia juga dah recognize nama dia, bila kita panggil "Ammar Yusuuuufff", mulalah tercari-cari dari mana datangnya suara tu. Bila Daddy panggil "Comelll~~" pun dia akan toleh juga, padahal Daddy sebenarnya panggil Mummy.. *shy* :p
Lagi sebulan dah boleh makan solid food. Aku sendiri belum betul-betul tahu apa yang perlu disediakan untuk si comel tu. Based on apa yang dibaca, ramai yang cakap start 6 bulan kena mulakan dengan puree dulu, fruit puree, vege puree (erk?), jangan terus bagi nestum segala. Nak kena menuntut dari yang pakar nampaknya ni. Banyak yang aku kena belajar lagi. Tak apa, semua benda pun bermula dengan 'kali pertama' kan? ;)

.
.
.
.
.
Bukan nak jaga baby kecil sahaja, baby besar juga memerlukan perhatian. Hehehe :D


4 comments:

Wanie-san said...

^_^
1st time tgk pic ammar yusuf nangis!!:))
comei sgt!tak sabar pula rasa nak kawen.hehe

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

:) cepat masa berlalukan.

seronok tgk ammar ceria mcm mommy juga.

dilla adilla said...

best nya follow cite ammar yusof ni.. cite mummy dia pon suwet jugak.. :)

SNHZ said...

comel la ammar!