expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 25, 2012

Usaha Tangga Kejayaan

So last night aku menghabiskan masa dengan melipat kain baju yang bertimbun siap dah nak kena guna tangga kalau nak cari baju (Mama's hyperbola).

Ditemani budak bertuah ni, who refused to sleep @__@
Asyik nak bercakaaappppp saje. Cotcetcotcet tak henti-henti. Seolah-olah macam bertanya, "Mummy lipat apa tu? Yang ini apa pulak? Ni baju Mummy ke Daddy?" something like that. Kalau bercakap tapi duduk setempat saje takpe, tapi sibuklah nak 'menolong' Mummy mengemaskini segala lipatan tsssk nak je Mummy gigit-gigit cuping telinga kecilmu! #GemersikKalbu.
Then I realized that he's trying to reach some of the folded clothes, bersungguh-sungguh betul tangan dia nak capai.
Sengaja aku alih boxer Daddy kain baju jauh sikit dari jangkauan dia. Nak tengok sejauh mana dia berusaha nak capai. Sikit demi sikit dia angkat badan mengesot ke depan. Asalnya jauh tau kedudukan dia daripada lipatan baju semua tu, maunya nak letak dekat dengan dia habis dikecahnya nanti segala.
Memang tak berputus asa :')

Kali ni cuba guna dua tangan berketak-ketak HEHEHE.
Memang bila nampak dia berminat nak capai sesuatu, aku akan sengaja alih jauh sikit untuk menggalakkan dia bergerak. Seronok, sebab si botak ni takkan berputus asa berusaha dapatkan apa yang dia nak. Bila dah dapat, memang senyum lebarlah dia tambah-tambah bila Mummy Daddy bersorak beria-ia, terlonjak-lonjak kepala dia ketawa sampai sepet-sepet mata :D. I learn that it is best to acknowledge every single development of our baby, so that he always feel encouraged and appreciated.

Seronok tengok perkembangan anak depan mata, bahagia :') Slowly ye Sayang, Mummy got your back..
Alamak terupload gambar makan baju kerja Daddy pulak! Habislah ada budak kena marah dengan Daddy bila nampak kesan air liur kat baju habislah habislah~~

"Mummy ni selalu tak simpan rahsia tau!" -Ammar Yusuf.

Tehehe :p




1 comment: