expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 17, 2012

Monthly Check-up For My 5 Month-Old Baby

Assalamualaikum.

So semalam kami membawa anak bujang yang bertuah dan banyak cakap itu ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan bayi 5 bulan. Apa ayat aku ini entah. Asalnya hatiku meronta-ronta perlu ke asyik-asyik kena inject saje betul ke injection tu bermanfaat kan ke Allah dah bagi sempurna dah tak cukup ke breastfeed je sampai nak kena inject tiap-tiap bulan macam mana kalau kita ini terperdaya dengan agenda Yahudi yang suruh bangsa lain makan panadol kalau sakit tapi bangsa dia sendiri pun tak makan panadol dan makan habbatussauda saje, orang zaman dulu takde pun inject-inject sihat je blablabla.. Tapi, tetap juga bawa ke klinik, sebab macam ramai yang cakap, doctors know better. Mungkin sebab macam-macam penyakit sekarang ni, bukan macam dulu-dulu lagi. Dan macam Suami cakap, orang dulu-dulu keep fit belaka. Bercucuk tanam membanting tulang. Orang sekarang sepanjang masa depan komputer malas bersenam. Hmmpphh..


Masa ambil dari pengasuh tu dia masih tidur, tidur lena pula tu goyang-goyang pun taknak bangun ololo kesian anak Mummy. Dalam kereta baru bangun. Bad mood sekejap.

"Daddy ni, Ammar Yusuf takde mood la nak ambik gambar.."

Sekarang dah ada mood hewhewhew.
"Mummy Daddy tepilah sikit Ammar Yusuf nak jadi watak utama sekarang."

Berdebar menunggu giliran. Satu demi satu nama bayi dipanggil. Ammar Yusuf tengah berfikir sama ada nak buat-buat pengsan atau menangis kuat-kuat guling-guling atas lantai to make a scene supaya tak payah kena inject. "Tapi... hilanglah macho dengan baby girl kat sebelah tu nanti..."


Nurse: Okay baby seterusnya..
Ammar Yusuf: Alamak alamak dah nak panggil kita alamak tolong tolonggggg~~
Nurse: Puteri Qaseh Delaila!

Serentak Mummy Daddy berpandangan.. Amboi nama budak tu O_0

"Tehehe.. Bukan Ammar Yusuf rupanya. Bikin saspen saje." Okay what's with that duck face? T__T

Overall, check up semalam macam biasa sajalah. Cuma lepas timbang tu ada drama sikit sebab ukur tinggi tak naik, lepas tu berat turun daripada 6.7kg jadi 6.1kg apakah apakah?? Sugul seketika, sambil mengenangkan mungkin selama ini dia sebenarnya tak cukup susu atau apa. Nurse kat luar tu cakap, mungkin sebab dia dah makin aktif kot sebab tu berat turun. Macam tak munasabah pun ada sebab bukannya dah boleh merangkak laju apatah lagi dah berjalan ke.

Apabila dipanggil masuk ke bilik untuk temuduga perkembangan baby, aku adukan kepada nurse di dalam yang nampak lebih tua.

"Berat anak saya turun banyaklah, macam tak logik je."
"Turun? Tapi tengok semangat je takde pula nampak kurus ke.. Takpe buka baju dia, timbang semula kat sini"

Timbang-timbang, rupanya berat dia 7kg, macam ni barulah betul! Macam mana boleh beza almost 1kg masa timbang di luar? Haish nasib baik timbang semula, kalau tak memang tak pasal-pasal je aku nak stress sorang-sorang fikir susu tak cukup ke apa..

Okay 5 month-old progress for my sweetypie other than this :)
Dah boleh meniarap-telentang-meniarap semula dengan pantas. Means dah boleh berguling-guling lah. Dah tak boleh nak tinggal sorang-sorang atas katil heh.

Dah boleh menggenggam sesuatu dengan eratnya. Kalau menyusu sekarang mesti satu tangan dia akan genggam jari kita best sangat bonding itu :')


Otot lengan dah mula kuat untuk menampung berat badan, sekarang ni kalau meniarap mesti dia akan angkat badan dia tinggi-tinggi like pushing up hehe tak cukup lagi ke six pack kat lengan tu sayang? Mungkin ini adalah langkah-langkah awal untuk mula merangkak kot? :)
Bab tunjuk terer memang nombor satu :p
Sekarang ni dia macam manja sikit. Before this tak ada pula macam itu. Bila kat rumah dia nak kita sentiasa di dalam jangkauan penglihatan dia. Asalkan dia nampak kita dia okay. Kadang-kadang bila terjaga dan menangis, kita datang dan peluk pun dia boleh tertidur semula. Aku baca somewhere, itu adalah cara dia untuk menggantikan masa-masa yang dilalui tanpa kita di siang hari setiap hari. Sebab waktu malam dengan hujung minggu je dia boleh bersama-sama dengan kita kan, masa itulah dia nak manja-manja minta perhatian sikit kan?
Hmm.. Sebak pula rasa :'(


Ammar Yusuf having a good time with Daddy. Eventhough he's a little bit confused at this moment..
"Kenapa.. Kenapa Daddy ada rambut kat dagu.. Kat atas mulut.. Ammar Yusuf ni atas kepala pun tak cukup.. Kenapa.."




5 comments:

  1. masya allah comelnya adorable nya diaaaaa

    ReplyDelete
  2. ammar yusuf sgt comel! tgk gmbr2 dia mmg tak pernah puas hokkay! hahaha. geram sgt tgk hahah

    ReplyDelete
  3. ammar yusuf comel! nanti bile pregnant nk tengok gambar ammar yusuf selalu, *berangan*

    ReplyDelete
  4. suka tengok duck face ammar yusuf!!! very funny! :D *tiba-tiba terbayang ammar yusuf dah besar tengah baca blog mummy..apalah perasaan dia agaknya ;)*

    ReplyDelete
  5. nulut dia comel....da ar amik gambar mulut terbukak selalu....grrrrrrr,,,,napela baby ni cute sgt!

    ReplyDelete