expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, June 30, 2012

Issues I Won't Ever Blog About

#1 Polygamy

I've read a lots, lotsa blog written by married women, about their views on polygamy.

Ada yang kata tidak kisah jika suami meminta izin untuk berpoligami dan menurunkan nas-nas Al-Quran tentang poligami. Nak payung emas katanya. Siap mengutuk orang yang menghalang suami berkahwin lain. 

Ada yang penuh emosi berhabis-habisan menentang jika suami meminta izin untuk berpoligami. Akan minta cerai, lebih rela hidup bersendiri daripada berkongsi kasih.

Ada yang yakin suami tidak akan berpoligami. Mungkin dia dah rasa dialah yang terbaik untuk suaminya. Mungkin dia nampak suaminya takkan berani buat hal, dan yakin suaminya akan setia dengannya sahaja sampai bila-bila.

Aku.. aku tak berani nak ulas apa-apa. Even dengan Suami pun kami tak bercakap pasal ini. Takut kata-kata memakan diri. Takut tercakap sesuatu yang aku sebenarnya tak mampu nak buat. Benda belum terjadi pada kau, beranilah kau nak cakap macam-macam. Don't you dare to talk the talk, when you can't walk the walk.

#2 Politic

Aku akui pengetahuan aku tentang politik lebih kurang sahaja. Pendek kata, ala kadar sahaja. This side cakap macam ini, the other side cakap macam itu. To be perfectly honest, I don't really believe in both. Aku baca newspapers pun lebih kurang saja. Cuma untuk tambah pengetahuan semasa supaya tidaklah nampak ketinggalan sangat kalau berbual dengan kelompok di luar zon selesa aku. Kadang-kadang aku meluat dengan pembangkang, kadang-kadang sakit hati dengan kerajaan. Tapi tak pernahnya aku nak obsess sangat dengan mana-mana pihak pun so baik tak payahlah nak semakkan blog kasual aku ni dengan isu politik atau something yang mendorong ke arah politik.

#3 Kisah Rumahtangga Orang Lain

Kau kawan baik dengan A. A sedang dilanda masalah rumahtangga. Kau kesian dengan A, dan sakit hati dengan suami A. Lalu dengan penuh emosi kau meluahkan kemarahan kau di dalam blog dan berhabis-habisan menghentam suami A, konon untuk membela nasib A. Do you really think A would appreciate what you have done? Oh please. Dah banyak sangat blog aku tengok orang yang semangat setiakawan tak bertempat ini. First, kau dah memalukan A sebenarnya. Then, kenapa kau sibuk sangat nak jadi pembela nasib A, tidak cukupkah hanya dengan menjadi pendengar setia sahaja? Dan kalaupun seronok sangat nak jadi kaunselor perkahwinan, tidak cukupkah kau jadi kaunselor untuk dia seorang sahaja? Kalau kau rasa nasib A perlu dibela (in case A didera atau sebagainya), salurkanlah aduan kau di tempat yang betul. Bukan di blog please. Meluahkan emosi kau secara keterlaluan di blog doesn't bring any good to your friend pun. Don't you have your own marriage to care about? 

#4 Gosip Artis

I won't make fool of myself by blogging about celebrity. Artis ini bercerai, artis itu bercinta dengan artis ini. Kau suka artis ini dan penuh emosi kutuk artis itu. Gila takde life kau ni sampai beria habiskan masa kau untuk something yang langsung tak bawa sebarang makna dalam kehidupan kau?? Siapa tak suka baca gosip, tapi cukup-cukuplah blog gosip yang ada sekarang ni, tak perlulah kau pun nak cari makan tambah lagi satu blog gosip artis.

Setakat ini, rasanya tak ada satu pun artis yang aku minat secara fanatik pun, cukup ala kadar sahaja. Ada orang sampai bergaduh sesama fans, sampai menangis bila artis kegemaran kalah bertanding. What the fish?

#5 Bolasepak

I've to admit that aku bukanlah peminat bola sepak tegar. Aku start tengok bola secara beria-ia pun hanya selepas berkahwin, dan kenal ramai pemain bola sepak pun lepas kerap sangat teman Suami tengok bola. Well dah bercinta dengan orang tu, kena belajar bercinta dengan hobi dia jugalah kan? Sepertimana dia cuba memahami siri kegemaran aku seperti Desperate Housewives, Raising Hope, How I Met Your Mother (this is mutual favourite) kan? Hee. Tapi cukuplah sekadar tahu team mana yang macam best, team mana yang selalu menang liga, siapa yang terer ambil freekick, dan faham lebih kurang football terms like Off-Side, Away Goals Rule, Free Kick, First Leg, Second Leg.. Tapi tak adalah bimbo sangat asal tiba World Cup or Euro je tiba-tiba kau nak blog beria pasal bolasepak, siap bagi pandangan macam bagus-bagus pula. Tapi kadang-kadang sengaja jadi bimbo, just to annoy my husband ;)

"Euro ni Abang sokong mana?"

"Holland."

"Eee tak femes pun Holland. B nak sokong German lah. B kan terer Bahasa German," baru tahu guten morgen aufwiedersehen zum geburtstag dah self-declare terer Bahasa German -__-

Selepas dua-tiga hari...

"Abang, B nak tukarlah. Nak sokong Spain. Ramai yang hensemmmmmm.." sambil naikkan ibu jari tanda baguuuusss.

A complete bimbo -__-










No comments:

Post a Comment