expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, April 7, 2012

Pengasuh

Dah lama nak cerita pasal babysitter ni, tapi aku hold dulu. Sebab takut everything is too early to judge. Yelah, kadang-kadang kita nampak segalanya okay pada awalnya, tapi tengah-tengah tu, mula nampak semua yang tak best. Tapi Alhamdulillah, setakat Ammar Yusuf dah 8 bulan lebih ni, segalanya berjalan baik, sangat-sangat baik. So here it is.

Babysitter/pengasuh Ammar Yusuf, Kak Ha namanya. Duduk selang satu tingkat sahaja rumahnya. Kami di tingkat 4, rumah Kak Ha di tingkat 3. Asalnya, sebelum bersalin kami rancang nak hantar Ammar Yusuf kat kakak depan rumah ni je, Kak Yah namanya. Sebab memang nampak dia ada jaga budak. Tapi dia cakap dia tak berani nak ambil bayi ramai-ramai sebab dah janji dengan orang lain yang akan bersalin due date lebih kurang aku juga. Hampa sangat masa tu, sebab tak berapa kenal jiran-jiran lain kan. Kak Yah yang cadangkan Kak Ha. Siap tolong cakapkan pada Kak Ha lagi.

Kak Ha tak pernah jaga budak, apatah lagi bayi. Anak Kak Ha sendiri paling kecil darjah 1, Irfan namanya. Yang besar dalam 11 ke 12 tahun entah, kami panggil Abe je.

Hari pertama jumpa Kak Ha, memang baik sangat nampak. Aku cerita dengan detail tentang Ammar Yusuf.
Perkara yang aku rasa perlu diketahui oleh pengasuh.
  1. Ammar Yusuf menyusu badan SEPENUHNYA. Bekalan susu akan diberi mengikut keperluan.
  2. Rutin tidur Ammar Yusuf. Awal-awal dulu Ammar Yusuf jenis tidur meniarap, so kena bagitahu babysitter.
  3. Ammar Yusuf tak perlukan air masak. Susu ibu dah mencukupi.
  4. Walaupun babysitter tu lebih tua dari kita, jangan segan untuk bagitahu dan ajar macam mana nak panaskan susu, macam mana nak tidurkan anak. Tapi kena cakap elok-eloklah. Aku selalu mulakan ayat dengan minta maaf dulu. Contoh: "Minta maaf ye Kak Ha, rasanya Kak Ha dah tahu kot. Tapi saya bagitahu jelah lagi ye, susu ni nanti panaskan macam ini... suhu kena macam ini..."
  5. Perlu juga bagitahu, Ammar Yusuf suka kita bercakap dengan dia. So kalau dia menangis tak semestinya sebab lapar, mungkin sebab bosan ataupun sunyi, nak orang main-main dengan dia.
Satu perkara yang aku rasa sangat-sangat penting. JANGAN BERKIRA LANGSUNG DENGAN PENGASUH! Because you're talking about someone who will look after your baby, it's not your car your handbag or anything, it's YOUR BABY. Macam mana sesak pun kita, you don't compromise your baby. Potonglah perbelanjaan makan kita ke apa, but not for your baby. Perkara yang sama juga ditekankan berulang-ulang kali oleh Mama dan ibu mertua.

Jangan berkira.
Jangan berkira.
Jangan berkira.

Oleh itu, selagi boleh kami cuba meringankan beban Kak Ha.
  1. Masa perbincangan awal tu, Kak Ha tak letak harga yang perlu dibayar. Dia kata tengoklah dulu macam mana dia jaga, sebab dia nampak segan takut cara dia jaga nanti tak memuaskan hati kami. Maka gaji Kak Ha kami beri mengikut market value pengasuh berpengalaman di kawasan situ dan ianya adalah tetap. Tetap tu bermakna, kalau kami cuti seminggu dan tak hantar anak pada Kak Ha, gaji yang diterima Kak Ha tetap sama takde tiba-tiba nak pro-rate pula mengikut hari yang dia jaga sahaja (memang ada orang buat macam tu kepada pengasuh). InshaAllah, Suami ada plan nak bagi lebih lagi bila Ammar Yusuf dah setahun nanti inshaAllah.
  2. Feeding bottles (botol untuk menyusu) kami bagi 4 botol. Supaya dia tak perlu nak basuh botol yang sama everytime nak menyusukan Ammar Yusuf. Lagi teruk kalau ada jenis pengasuh yang tak basuh pun botol untuk setiap sesi penyusuan. Campur dengan susu basi, naya. Dan semua botol yang dah digunakan aku tak benarkan dia basuh (sebab hari pertama kedua tu dia pulangkan semua botol bersih siap dibasuh heee baik je). Aku nak dia fokus pada Ammar Yusuf sahaja. Botol susu tu takpelah biar Daddy basuh dan sterile kat rumah hehee :p
  3. Sediakanlah segala kemudahan. Kalau boleh bagilah bottle warmer. Supaya dia tak perlu nak buat air suam setiap kali nak panaskan susu. Sebab warmer memang sangat-sangat memudahkan pengasuh. Even Mama pun suka pakai warmer ni bila jaga Ammar Yusuf on Saturday, sebab senang kan.
  4. Kalau pergi pasaraya/pasar malam ke, belikanlah sesuatu untuk diberi pada pengasuh. Buah-buahan ke, apam balik/murtabak ke, biskut-biskut ke, coklat ke untuk anak-anak pengasuh tu. Kami memang mewajibkan beli sesuatu untuk Kak Ha dan keluarga dia, sampai Kak Ha yang segan pulak beria-ia dia cakap tak payah susah-susah heee.
  5. Awal-awal dulu aku cakap dengan Kak Ha, mandikan anak sekali je pun tak apa, nanti aku balik kerja boleh mandikan sendiri sebelum malam. Sebab bagi aku benda yang paling leceh part jaga baby ni bila nak mandikan dia la kan. Tapi sampai ke hari ini Kak Ha tetap mandikan dua kali sehari siap-siap hehee suka hatilah Kak Ha oi. Nampak fresh je Ammar Yusuf setiap petang :)
  6. Makanan Ammar Yusuf semua aku masak sendiri, Kak Ha tinggal nak panaskan je. Dan sejak dah makan bubur ni, Kak Ha dah tak perlu panaskan dah sebab setiap pagi lepas masak aku dah masukkan siap-siap dalam thermos. So tinggal nak suap saja. Hari pertama bagi bubur tu Kak Ha ada cakap tak perlu bagi makanan pun tak apa biar dia je yang buat bubur, tapi taknaklah susahkan dia. Plus, kalau masak sendiri boleh control apa yang anak kita makan, dan memasak untuk anak ni best sangat sebenarnya, bahagia je ;)
  7. Tambahan lagi, satu pesanan dari Bos aku. Masa kita berdoa selepas solat tu, doakan sekali kesejahteraan dan kebahagiaan pengasuh dan keluarganya.
  8. Dan Mama juga ada pesan, setiap kali hantar anak ke rumah pengasuh, baca ayat ke-5 surah Al-Fatihah, supaya Allah jaga Ammar Yusuf sepanjang ketiadaan kita.
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan."

What you give, you get back. Aku tahu memang ada kes yang kita dah bagi sehabis baik pun, pengasuh tetap buat taik juga. Itu aku tak tahulah nak cakap. Tapi kami suami isteri sangat-sangat positif tentang Kak Ha, tentang suami dan anak-anaknya. Aku memang berpegang kepada Law of Attraction, thoughts become things. Fikir yang baik-baik, baiklah jadinya.

Rutin kami setiap pagi, kami akan hantar Ammar Yusuf dan barang-barang dia, kemudian naik semula ambil beg/barang-barang kami untuk ke pejabat pula. Jadi memang selalu sangat, masa turun semula tu bila lalu depan rumah Kak Ha mesti aku akan berhenti kejap nak dengar Ammar Yusuf tengah buat apa. Dan setiap hari akan dengar Kak Ha dan suaminya agah-agah Ammar Yusuf sampai mengekek ketawa, borak-borak.. Macam itu barulah senang hati nak pergi kerja. My son is in good hands Alhamdulillah ;) Suami Kak Ha, Abang Zaki tu pun memang suka budak-budak. Anak-anak dia pun rapat dengan dia.

Kita akan nampak jelas anak kita dijaga dengan baik atau tidak, dengan cara melihat reaksi Ammar Yusuf setiap kali dihantar ke rumah Kak Ha. Baru sampai grill nampak Kak Ha dah senyum bukan main lebar lagi. Jealous Mummy tahu. Tapi petang-petang masa Mummy Daddy ambil pun dia senyum lebar juga :D

Kak Ha memang nampak sayang betul kat Ammar Yusuf, kalau petang masa nak ambil dia tu dia tengah tidur, Kak Ha tak bagi ambil. Biar dulu situ. Kadang-kadang sampai 8-9 malam. Sampai Daddy dah berleter sorang-sorang, "Ammar Yusuf ni kenapa tidur rumah orang lama-lama ni Daddy dah kata kan balik sebelum Maghrib blablabla".. T_T. Banyak kali juga Kak Ha offer nak jaga weekend sekali, tapi kami pula yang segan. Plus atuk nenek Ammar Yusuf ni rindu. Weekend jelah yang ada untuk bawa jumpa.

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Semoga Allah merahmati hidup pengasuh Ammar Yusuf (Kak Ha dan keluarga) =)






10 comments:

  1. nice entry .. sambil baca, sambil tersenyum

    ReplyDelete
  2. Bestnya una dpt pengasuh cam K Ha jaga AY sorang jeh, as for us terpaksa anta suri g nursery sib baik baby hanya 2 incl suri. Betul sgtla mmg takleh nak berkira ngan pengasuh ni. Kitaorg tetap byr full wlupun anta suri half day je & upah suri pun quite pricey banding ngan tempat lain. My husband tak bagi mintak kurang takut dia tak jaga suri betul2 hehe..so far nampak la suri dijaga dgn baik just enviroment nursery tu jeh yg tak bape best huhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... Suke dgr cite pengasuh mcm ni yg treat anak jagaan die mcm anak sendiri. You are lucky! Teruskan berbudi bahasa, my mom pun slalu pesan slalu berbudi bahasa dgn orang. InsyaAllah kita dpt balasannya nnt.

    ReplyDelete
  4. Memang susah nak dapat pengasuh yang baik sekarang ni...yana yg keja shift pun pening cari mulanya, tp nasib baik SIL nk jaga Ariff. Ariff pun sangat senang jaga dia jd kat situ dh setel satu masalah...Ada yg komen kata yana bayar mahal, tp bg yana tak mahal sebab SIL dh jaga ariff dgn elok, siap basuhkan baju ariff...yana cuma supply susu, brg2 lain & kalau nak bt moi yana belikan semua brg, besides, adik beradik sendiri takkan nak berkira jgk dgn dia kan?

    ReplyDelete
  5. Seronoknya baca pasal pengasuh AY, rezeki Allah dapat yang sangat baik mcm tu. Pernah dengar cerita ada pengasuh yang tak nak baby yang minum ebm sebab leceh.. Bertuah dapat orang mcm kak ha... Saya minta maaf dulula ek,kerana soalan yang nak ditanya ni. Tiap bulan bagi brapa pd kak ha ye?sbb pengasuh yg saya nk anta baby, standard 250. Tapi nanti warmer utk ebm kotla makan letrik byk skit.. Tak tahu nak tambah duit ke tidak..

    ReplyDelete
  6. Wah, seronoknya jumpa bs mcm Kak Ha. Hana berdebar gla ni, ptg karang nak jumpa bakal bs naurah, buat inspection maybe. :-p

    ReplyDelete
  7. Menarik... Alhamdulillah... Jom Join FB Group kami... KELAB BABYSITTER (KBS)... Byk info ttg hati BS kat c2...

    ReplyDelete
  8. ini pengalaman sy jaga baby..baby yg sy jaga kini da msk 11bln,sy jg sjk ibunya abis cuti bsalin..baju ank die tinggal disini 5helai siang,5 helai malam & sy basuhkan skli..kiranya ckup2 utk 1minggu..bygkn smpai baju ank die da kecik dan lusuh mklumla ulang2 baju yg sama je tiap minggu..ibunya mcm x tpikir ke nk tukar2 baju ank die..sy da bgtau tp mcm xphm..1 lg bila ank die da stat mkn,die xpernah nk bekalkn apa2 mkanan..awl2 dlu die ade bg cerelac,tp ank die xbape nk mkn..pstu dia xde bg ape2 da..ank die lbh suka mkn bubur..siap pesan ngn sy bubur tu jgn cair sgtla apala..kiranya syla yg kene mskkn..hurm,itu xkisahla sy ok lg..kdg2 msa die amik anknya tgh mngunyah,die tnye sy ktala mkn biskut..die siap leh kta bg jek mkn pe,anknya mmg kuat mkn..tp apa slhnya bekalkn biskut ke ape ke tuk ank die kudap2..xkn sume nk harapkn pengasuh ajekn..sy jg ank die isn-jmaat dr kul7pg-7mlm..kdg die ot blk kul9,penah smpi kul10mlm bru amik..pstu kdg2 ari sbtupn hntar..tp yg sedihnya die xdepn nk lbhkn upah jga..sorila kalo pjg sgt komen..hanya luahan hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum puan..sama dgn saya...sy baru jaga anak asuhan 2 bulan sbb pengasuh sblm ni balik kampg nk bsalin jd dia passing kpd saya..ada ke ptot hantar anak x bg makanan..anak dia mkn byk plak tu..bukan nk bkira tp si ibu fikir2 kan lah upah yg diberi tu ialah duit upah jaga n madikan, basuh berak...kalau bab mkn tu ibu kena la bekalkan

      Delete
  9. Nak tanya... Klau buat puree buah theb masak bubur nasik.. Letak dalam termos.. Berapa lama bole thn ye?

    ReplyDelete