expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 20, 2012

Ammar Yusuf Learns To Walk



Geli hati aku tengok video ni. Mulut je lebih. "Cepak, cepak.." HAHA keluar bahasa Kelantan awak. Geram aku dengan budak bertuah ni tau. Orang biarlah pandai jalan ke depan dulu barulah belajar pusing ke apa, ni belum master jalan ke depan nak buat aksi fancy-fancy. Lepas tu, mulut kemain bising. Blame the Dadda, yang terlampau banyak potpetpotpet dengan Ammar Yusuf sejak dia dalam perut lagi T__T

Adoi anak Mummy, penghibur hati Mummy. Semakin besar, semakin buat Mummy tak sabar nak balik rumah. Ada je benda baru dia buat, ada je perkataan baru dia belajar. He's not just mumblings with no meaning tau, he says exact-meaningful words! Haiih.. Kalau nak cerita pasal anak ni, memang anak kita jelah segala-galanya kan? Tehehe typical mother :p

Ammar Yusuf kena cepat pandai jalan tau, nanti Mummy beli banyak kasut fancy-fancy. Tahu tak sekarang ni kalau masuk butik-butik sukan ke, Studio R ke, memang kasut awak je yang Mummy semangat nak tengok?? Buying baby shoes is so addictive! Ask other mothers :D


With his first 'fancy' shoes. By Adidas, got this for RM120 only, at JPO. Isn't it the cutest? Konon beli untuk dia pakai masa 2-3 tahun, sebab umur-umur macam tu rasa macam okay dah nak pakai sneakers. Masa baby-baby pakai jelah Kiki Lala ke Baby Kiko ke amboi ingat mak apak awak cop duit nak pakai fancy-fancy sejak baby? Sekali try dah elok-elok dah, longgar sikit je. Cepatnya panjang kaki dia T__T








9 comments:

  1. clap clap clap! good boy Ammar Yusuf! mari berlari2 bagi mummy n daddy penat kejar awak hehe. Husna, cantiklah kasut Adidas AY itu. Last time i pegi JPO which is December 2011, xde pun kasut2 baby/toddlers... must go. again! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum berjalan dah mengejar Dina oi! Dia merangkak laju macam rambo HAHA. Haa itulah, pergi JPO hari tu masuk Nike, Adidas, memang tak banyak pun kasut baby. Toddlers ada la sikit, itu yang beli untuk umur 2-3 tahun tu. Sekali dah muat pula sekarang :/

      Delete
  2. Bila dia senyum, mmg photostat muka akak la. Haha. So cute! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Masa baby dia nampak jelas macam akak. Makin besar makin berubah muka. Thank you! :)

      Delete
    2. Tak pa berubah muka, tetap cute! ;)

      Delete
  3. kasut baby adalah sangat tempting..but pikir 4,5x nak beli sebab sume pakai kejap2..last month ameer dapat prezzie Clarks shoe..tengok harga memang mommy xkan belilah hewhew..nasiblah dapat adiah..tu pon baru pakai sebulan ni...cam dah nak sendat..haish sayang betul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. True! Kasut yang beli masa dia masuk setahun dulu (Baby Kiko kot), dah sendat dah sekarang. Ini yang umur 2-3 tahun pun, nasib baik teringat nak keluarkan dari wardrobe dia and saja-saja try. Rupanya dah muat, kalau tunggu juga umur 2-3 tahun memang sayang je tak boleh pakai. Tapi memang tempting sangat kan? Dari zaman belajar suka tengok baby shoes hehe ;')

      Delete