Adam Muaz my sweet little angel turns 7 months old today!
Gigi baru nak naik sebatang 3 hari lepas HAHA. Pertumbuhan gigi dia ni awal
sebulan je compare to Abang.
Semakin membesar dengan ‘sihat’nya, sangat ceria,
lasak dan paling best, manja dengan Mummy hehehe. Enjoy it while it last, sebab
Abang pun masa baby baby dulu manja dengan Mummy bila dah besar terus jadi
anak Daddy semua benda nak dengan Daddy -____-
Sekarang tengah lasak mengesot. Nampak tak cushions kami susun sekeliling tu? Haaa itulah kubu untuk halang soldier boy ni, punyalah banyak tempat lain, bawah meja juga dia nak pergi. Pantang lepa, lajuuuu je dia terus ke situ. Cara mengesot berbeza betul dengan Ammar
Yusuf, abang dia dulu mengesot macam ulat bulu, yang guna perut tu. Adik ni
mengesot macam komando askar tu, guna siku kiri kanan kiri kanan tarik badan dia
ke depan.
Berbeza dengan Ammar Yusuf yang start makan at 7 and a half months, Adam Muaz
ni dia masuk 6 bulan je aku dah terus bagi makan hohoh. Tak larat nak supply susu
saja oi! Tahu tak berat badan dia masa 6 bulan sama macam berat badan Ammar
Yusuf masa 1 tahun? 9.1kg???
Sekarang ni dah makan bubur nasi dah. Aku plan untuk sumber protein dia aku nak
bagi ikan je sampai setahun, lepas setahun baru kenalkan dengan ayam. Ikan tu
aku akan pelbagaikanlah, ikan sangat bagus untuk perkembangan otak kan, macam
Ammar Yusuf dulu sejak awal lagi aku bagi makan bubur salmon lah, pasta salmon
lah, grilled salmon lah. Hasilnya… takdelah aku nak puji melambung anak aku ni
pandai sangat ke apa, cuma rasa best bila baru baru ini Grandma borak borak
dengan Ammar Yusuf lepas tu cakap kat aku,
“Bagusnya otak anak kau ni. Mesti sebab kau selalu bagi salmon kan dulu? Nanti
adik dia ni kau jangan dah malas pulak nak masak, jangan nak bagi nestum nestum
pulak. Bagi salmon juga tau!”
Rasa seronoknya bila Mama yang cakap macam tu. Rasa macam, now at
least I’m good at something in her eyes wuwuwu biasalah aku ni kan anak yang dari kecil
sampai besar asyik bagi masalah kat ibu bapa, memang bab bab macam
ni sangatlah beremosi :p
Adik Muaz sangatlah menjadikan Abangnya sebagai idola. Sangat suka tau kat
Abang, kadang kadang kesian aku tengok dia sibuk sibuk nak main dengan Abang,
Abang pulak marah dia. Tapi Adik ni pun satu hal, punyalah banyak toys, toys yang
Abang tengah pegang tu juga dia nak tarik tarik nak rebut rebut. Dia nak join the crowd agaknya kan? Abang tu kalau mood dia baik memang dia akan main sama sama, kalau tidak
memang hiruk pikuk suara masing masing heesh karang dua dua Mummy rotan baru tahu!
Tak ada sehari pun yang berlalu tanpa merindui si kecil ni. Kat office tu teringat telatah dua dua orang ni memang boleh tersenyum sorang sorang. Geram je hari hari rasa tak sabar je nak balik rumah :')
Setiap kali lepas solat tak putus putus
Mummy doa supaya anak anak Mummy membesar dengan sihat, dijauhkan dan dilindungi dari segala
penyakit, dari segala bencana, dari segala hasad dengki manusia. Itulah emak
emak ni, bila berdoa memang nama anak jelah yang diulang ulang sebut. Mummy sayang Adik seratus peratus, sama macam Mummy sayang Abang seratus peratus, dan ehem.. Daddy juga, seratus peratus.
Muhammad Adam Muaz, anak yang sangat menyenangkan hati, sangat menceriakan suasana, penambah bahagia yang ada. Semoga Adam Muaz membesar sebagai anak yang soleh dan taat pada Mummy Daddy, taat pada Allah. Amin..
5 comments:
Ya Allah...sama sungguh...Adik, memang apa yg abang main, itulah yg dia nak. Bagi benda lain, dia campak. Nak capai yg abang punya jugak. Abang, sometimes very loving brother, sikit-sikit cari adik, bagi adik mainan. At times, semua pun dia punya..hahaha..Give them some times to know the true meaning of brotherhood..Tapi mmg penghibur hati tengok telatah dierg berdua..Seronok jugak bila 2 anak lelaki umur dekat-dekat ni..hehe..
Semoga Adam Muaz & Ammar Yussuf jadi anak yang soleh, mukmin yg bertaqwa, yg bermanfaat pd agama. InsyaAllah..
Ya Allah,comelnya dua2 anak akak :') lelaki pulak tu..baik2 pulak..harap anak saya pun comel + baik + pandai macam anak akak jugak, amin :)
apa la kita ada selain dari anak-anak & suami kan? rasa bahagia :-)
baca post ni teringat aida semasa nurin & syuhada kecik-kecik dulu, just like muaz and abangnya.
now izzat plak dok rampas mainan kakak-kakak :-)
Husna! Dina mcm x percaya Ammar Yusuf dah ada adik tau... tiba2 tengok dah besar dah makan solids dah adik AY!!! OMG OMG time flies! you know what, dina slalu tanam cita2 nak 2 boys and 1 girl, so I'm hoping, if i get pregnant next year, I'll have a boy so ZA can main guling2, main wrestling n main cars berlambak dgn adik dia hehe.... your boys are too adorable Husna. pls post more pics of them =) take care dear!
Your heroes are amazing and cute!! Ha, this exclude their daddy okay!! Hahaha.. Adam ni susah nak cari ikut wajah sapa, tapi Ammar nampak sangat wajahnya ikut akak ni! Ahaks.. Apa pun, smoga both of them membesar dengan sihat! XO
Post a Comment