expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 11, 2010

A friend is one who knows you and loves you just the same

Ingat tak entri Surat Untuk Kawan Baik tu? We've made up! Heh heh. Wedding Ina today, aku awal awal lagi dah sms Elly untuk menunjukkan aku tak lupa langsung majlis itu. Hee..

Plan asal nak pergi ke sana awal sikit sebab petang tu nak pergi PKNS Shah Alam dengan Mama cari baju raya. So pukul 11 pagi aku dah keluar, pergi basuh kereta dulu sebab kereta dah macam 8 tahun tak berbasuh. Pakai baju kurung tu basuh kereta gilalah panas -_-.

Siap basuh kereta pergi rumah Elly. Dari kecil lagi rumah Elly memang menjadi pusat pengumpulan kami berenam, Elly, Adah, Aja, Mas, Ina, dan aku. Patutlah Elly jadi ketua rombongan. Eh ada kaitan ke?

Anyway it was so much fun! Six of us together, geng ponteng kelas mengaji bak kata Aja, serious i don't realize how much i miss them, until i met them. Bila tengok Ina bersanding, tiba-tiba Mas cakap,

"Rasa nak nangis la. Dulu kita kecil lagi main sama sama. Dah kahwin dah Ina"

Huhu. Aku ingat aku seorang je yang rasa sebak T__T

Lepas dah siap makan semua, tunggu Aja pula. Rasa tak lengkap kalau tak cukup korum. Banyak kali jugalah kami bergilir gilir call Aja, mana taknya rumah sekangkang kera je tapi dari tadi tak sampai sampai. Bertubi tubi call Aja, sekali kena sound,

"Korang senang la takde anak, ni anak aku berak pulak dah"

Haha. Lupa pulak makcik tu dah ada anak :P

Bila Aja sampai lagi meriah. Anak Aja comel. Comel sangat. Geram aku. Bila tengok Aja cakap dengan anak dia dan membahasakan dirinya Mama.. Dem. Jeles doh! Gilalah aku rasa macam cepatnya masa berlalu Aja dah anak dah la! Thrill rasa. Punya seronok sampai call Mama cancel tak jadi pergi PKNS. Sayang nak tinggal, dah lama tak jumpa. Okay anyway why don't we just let the pictures do the talking :)
Dari kiri: Mas, Adah, Elly dan diriku yang kelihatan macam perut buncit tapi sebenarnya baju yang mengelembung (tiba tiba explain walaupun tak ada orang tanya). Ni gambar sebelum pergi. Tiada dalam gambar: Aja si mak orang, dan Ina si pengantin baru.
Gaya Puss In Boots versi eye-bag tebal -_-"
Lepas kenyang makan, jadi penyambut tetamu di pintu gerbang pula.
Aja dah sampai! Dengan anak beliau yang comel serius rasa nak gigit pipi.
Kan aku dah kata. Comel gila doh. Fotostet habis muka Aja. Sebijik!
Berangan duduk atas pelamin sementara tunggu Ina yang busy gila. Taknak ganggu Ina dulu, nanti dia stress. Eh pehal Aja duduk pelamin lagi? Patut bagi Elly tu. Kan dia ketua rombongan.
Pakat belasah Adah!


Last sekali baru ada gambar dengan pengantin heh heh. Ni baru cukup korum! Seorang tengah pegang anak, seorang tengah bersanding. Yang lain lain will be next (very soon kot :p). Apa yang lebih membahagiakan daripada melihat sahabat baik sejak kecil berkumpul macam ni?


Among geng sekolah rendah, kira aku ni nombor 3 la kahwin. InsyaAllah.
Kenapa among geng universiti aku nombor satu yang kahwin?! Gelenyar mu nih.


Dear readers. Value your friendship. Jangan sesekali mengetepikan kawan kawan. Especially kalau sebab boyfriend. Bodoh gila.


Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything (Muhammad Ali).



10 comments:

  1. mcmmane lak kawan berlainan jantina?

    ReplyDelete
  2. eh..
    i knl itu ct hajar..
    same kolej ngn i..kpm..kn2?
    comey anak dia..
    kem slm dia ek..

    ReplyDelete
  3. yeahh agreed. kwn2 ttp teman yg terpenting dlm hidup!

    btw, baju akak cantik gilaa. i likeeee

    ReplyDelete
  4. N2kU:
    ala, pandai fikir sendiri la kot mana yang elok.
    kita bukan budak budak lagi nak kawan merata.
    setiap benda ada batasnya, kalau jenis tak boleh nak kawal perasaan, better jangan kawan rapat sangat dengan berlainan jantina.
    kawan sama jantina punya berlambak, yang berlainan jantina juga la yang dicari.
    nanti dah terbiasa sampai dah kahwin, susah doh. fikir la sendiri.


    Miss Sapera:
    aah, KPM.
    kalau sama dengan Aja sama la jugak dengan Hanis kan?
    insyaAllah nanti sampaikan salam :)


    Cik Akma:
    huhu. baju tu akak pakai masa merisik hari tu.
    biasa biasa je sebenarnya, beli last minute.
    thanks anyway :)

    ReplyDelete
  5. aww so sweet. lu nih sejak2 nak kawen banyak plak buat gua sedih ngan entry lu. cheh. haha

    ReplyDelete
  6. friendship will never end..

    memang betul2 dara pingitan nie..:)

    ReplyDelete
  7. best,,
    cm jaoh je lagi sis
    kami nk pikir kawenkawen nih
    anak apatah lg
    bahahahaa

    ReplyDelete
  8. f.a.r.a.h:
    tu maknanya lu pun kena cepat cepat kahwin. ada faham?? :p


    princ3ofperlu:
    ai pakai crocs yu~


    Hapiz Rahman:
    dara pingitan campur mak dara :D


    nadirah_nor:
    kau habiskan belajar dulu.
    jangan gatal gatal nak kahwin sekarang okay~

    ReplyDelete