expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, July 14, 2010

The less you know the better

Suatu malam...

Aku berada di depan laptop.
Mama di meja sebelah, membaca suratkhabar.

"Una kau tengok ni, budak 14 tahun kena hempap dengan konkrit..."

"Erk.. Okay nanti Dikna baca.." Mula terasa semacam. Meremang.

"Macam mana la perasaan abang dia tengok depan mata adik kena hempap kan.."

"Ma taknak laa" lalu tutup kedua belah telinga dengan tapak tangan. "Dikna tak nak dengar lagi". Serius aku meremang.

Mama yang dah masak sangat dengan perangai aku ni mula meleteri sikapku yang tak mahu ambil tahu apa yang terjadi di dunia luar.

....

Aku tak suka baca suratkhabar. Sebab aku lemah semangat, dan susah nak lupa kalau terbaca sesuatu yang mengganggu fikiran.

Kes bayi mati dihurungi semut api di tempat pembuangan sampah,
Kes kemalangan ngeri penunggang motosikal, yang akan berkahwin keesokan harinya.
Kes dera kanak kanak 3 tahun sampai mati.

Asha umur 3 tahun. Siapa yang sanggup dera budak sekecil itu? Celaka gila.

So i've decided, the less you know the better. Lebih baik jangan tahu. Pernah aku menangis seorang diri di dalam bilik sampai basah suratkhabar bila baca tentang bapa yang mengangkat mayat tiga anaknya yang mati lemas tersepit di batu sungai. Berhari hari aku bayangkan perasaan si bapa. Benci doh!

No news is a good news. Tapi kalau terlalu tak ambil tahu keadaan sekeliling pun susah juga.

Mama: World Cup kali ni orang yang famous semua tak menyerlah pun. Rooney, Ronaldo. Kaka lagilah.

Aku: Kaka tu, main team apa eh? (okay aku kenal Kaka, tapi tak tahu negara mana)

Mama: Brazil la! Ish kau ni teruknya, itulah liat sangat baca paper.

Baba: Takpe Husna. Tak tanya dalam kubur pun.

Heh heh.. Baba memang best.

Kalau bola pun tak ambil tahu, gosip artis apatah lagi. Kalau nak cerita pasal artis dengan aku memang buang masa sahaja. Sebab biasanya aku tak kenal pun. Tapi kalau dah ramai ramai satu office bercerita, memang aku angguk angguk kepalalah sambil cuba menyampuk mana yang tahu. Kang orang kata aku ni ketinggalan zaman pula. Dah aku ni kalau sekali sekala baca suratkhabar tu memang sekejap je dah habis satu naskah sebab aku memang skip bahagian gosip artis. Peliklah, kenapa terlalu banyak ruangan gosip? Ada yang baca ke gosip gosip tu?

Tapi kalau ada gambar artis cantik macam Lisa Surihani terpampang besar, mungkin aku berhenti lama sikit kot nak belek muka dia punya pasal. Aku suka dia ni, sebab dia cantik gila. Tanpa mekap pun cantik. Lagipun aku nampak dia macam terpelajar. Cara percakapan pun nampak bijak, bukan gaya bimbo seperti kebanyakan artis. Encik Hanis pun suka dia. Tapi aku faham, mungkin dia suka sebab Lisa Surihani ni suara dia kasar. Macam suara aku. Hahaha. Rasa nak tampar tak?




9 comments:

  1. hoho. i pon same dgn u. ingat x accident bus yg dkat 10 org meninggal tuh? i menangis beriye ok? takut gile kan kak una.

    ReplyDelete
  2. aku tak suka suratkhabar Harian metro, Kosmo. Muka depan tgk pun menyampah dah..

    ReplyDelete
  3. Tak salah kalau tau semua. Even the bad things. Boleh sedarkan kita yang dunia sekarang tunggang langgang. Dera sana dera sini. Buang sana buang sini.

    General knowledge penting. Bila tau macam-macam, senang nak borak dengan orang. Bukan untuk berlagak tapi jangan sampai orang tengok kita ni tak peka.

    Lisa Surihani suara kasar? Saya suka awak sebab awak. Takde kena mengena dengan suara pun.

    Btw, Harian Metro dan Kosmo memang agak sampah. Kalau takde cerita rogol, cabul dan rumah urut memang tak sah. Macam magazine playboy tapi takde gambar. Info kurang, merepek yang lebih.

    ReplyDelete
  4. gulp.
    kena sound dengan beliau laaa.. T__T
    tapi kenapa aku rasa macam best je ni walaupun kena sound?

    :D

    ReplyDelete
  5. owh, itu dia rupanya... hahahaha.. :)

    ReplyDelete
  6. hahahaha i likeeeeee. tgk encik hanis da mmbebel :P

    ReplyDelete
  7. dd minat kaka..
    gilew..
    hahaha..
    :))

    ReplyDelete
  8. ahah.
    so now dah tahu kan siapa yang lagi suka membebel? :P

    ReplyDelete