Thursday, July 1, 2010

Bunga OH bunga!

Remember this post? I was actually planned to use fresh flowers for my hantaran. But after deep discussion with Mama, i was advised to use artificial flowers supaya tak terkejar kejar nak buat kerja nanti. Yelah, fresh flowers kan kena buat last minute untuk mengekalkan kesegarannya. Last minute work=STRESS. Sekarang pun dah mula rasa stress, mungkin terbawa bawa dengan stress kerja juga ni. Saya taknak jadi pengantin yang stress, so dengan berat hatinya saya ikut la nasihat Mama tu (T_T)


So kelmarin masa lunch hour saya ajak Encik Hanis ke Petaling Street yang dekat gila dengan office. Tapi kami naik kereta sebab malas nak jalan -_-". Lepas parking di Mydin kami terus memulakan operasi, tapi hampeh tak jumpa pun kedai bunga kat sana. Ke kitorang yang tak pandai cari?? Last last jumpa satu kedai bunga, tapi dia jual fresh flowers. Bila kitorang tanya pasal artificial flowers dia terus suruh pergi Mydin je. So patah balik la ke Mydin. Masuk situ, di tingkat 2 memang banyak gila bunga! Cantik cantik pula tu. Tapi takde yang saya nak. Saya nak warna candy pink, dan rose tu mesti blooming dengan cantiknya. So kami balik ke office dengan tangan kosong sahaja. Bunga jenis yang saya nak tu ada dijumpai di SSF Jalan TAR, tapi mahal gila oh. RM25.90 untuk 3 kuntum wtf?


After office hour, rasa tak puas hati. Teringat Kakna pernah beli bunga plastik di Romantika, Wangsa Walk. So saya terus shoot ke sana seorang diri, tak susah pun nak cari Wangsa Walk ni. Di sana jumpa la lebih kurang yang saya suka tu.

Saya nak yang warna candy pink tu sahaja, which obviously the bigger one. Tapi mahal kot. RM5 untuk 3 kuntum. Ke murah dah? Yang dark pink tu RM7 sedozen. Tapi dark pink tu kat Mydin lagi murah, RM1.70 untuk 5 kuntum. Sebijik doh! So saya fikir untuk lebih jimat saya nak campurkan kedua-dua warna ni cuma yang dark pink tu beli kat Mydin. Apa apa pun ambil gambar dulu tunjuk pada Mama.
Yang macam ni pun ada, sama juga RM7 sedozen. Ni saya snap di rumah Kakna :)


Semalam di pejabat, walaupun tangan ligat buat kerja tapi otak melayang layang fikir mana lagi nak dapat bunga palsu yang cantik. Sebab kalau boleh saya nak guna satu warna je yang candy pink tu. Tapi tak tahu la nak cari mana lagi. So saya announced di Facebook minta pendapat orang ramai. Ramai la yang bagi respons, until there's my seniour recommended Krismaya located at Sri Rampai. Thanks Kak Leez!


So saya apa lagi, tepat jam 5 petang saya terus punch out dan memecut ke sana tak menyempat nak say good bye pun pada Encik Hanis yang tengah sembahyang Asar. Kalau dah kahwin ni memang berdosa la aku keluar tak minta izin suami. Heh heh. Sampai sana je i was like WOW WOW! Banyak gila bunga! Tapi disebabkan saya dah ada satu jenis je yang dalam fikiran saya hanya aim yang tu je. Tapi ada warna peach je, no candy pink as what i wished for. Nevermind, peach pun peach la. Saya borong semua sampai kosong rak untuk bunga warna tu tak bagi chance langsung kat orang lain. Heh heh..
Inilah dia! Cantik tak? RM6 untuk 5 kuntum. Then dapat diskaun 10% for membership, jadi RM5.40 untuk 5 kuntum. Murah kan?


Tapi bila sampai rumah.......


Kenapa jadi warna oren???
Or Ipan sebut, orlennjj???

Dem. Terpedaya dengan cahaya lampu Krismaya rupanya aku ni. Tapi kalau nak cakap bunga ni memang warna oren masa di kedai tu bunga seperti ini yang warna oren ada je di rak lain, bukan yang ini. Saya konfiden saya ambil peach tadi. Ke mata aku yang dah rabun? Korang rasa ni warna oren ke peach? Baik kau cakap peach. Cakap cepat! Heh heh. Nevermind, small matter je. Banyak lagi benda lagi penting nak kena fikir.


Saya sampai rumah pukul 7.30. Pukul 8.15 p.m datang lagi Krismaya, kali ni dengan Mama. Sebab nak minta pendapat Mama tentang kain alas dulang hantaran. Kalau ikut hati saya takyah letak kain pun takpe, trend sekarang banyak yang tak pakai kain alas pun, provided dulang pahar dia cantik la. Tapi Mama kata, "Kena ada kain la, biar ikut adat sikit bagi. Macam kau hidang makanan pada orang, boleh takde alas kain?" Macam nak tergelak Mama sebut pasal adat entah mengapa. Maybe sebab selama ini family saya sangat la condemn adat Melayu yang banyak tiru adat Hindu. Apa apa je la.


So malam tadi dah beli semua peralatan untuk buat hantaran, tapi tak boleh nak start buat lagi sebab tak jumpa polisterin bulat yang sesuai untuk cucuk cucuk bunga tu. Weekend ni la cari kat Semua House. 18kali dah pergi Semua House -_-". Malam tadi sampai lewat malam cerita cerita dengan Mama pasal idea nak buat hantaran. Mama nampak sangat excited sekali, kenapa i macam baru realized yang Mama rupanya sangat berminat pasal gubahan??


Ok topik lain. Encik Hanis final exam hari ni. Serabut je tengok dia semalam. Simpati rasa. Saya seboleh boleh taknak bebankan dia dengan benda benda lain buat masa ni. Apa yang boleh saya selesaikan sendiri saya akan cuba selesaikan sendiri. All the best sayang! Through weakness and strength, happiness and sorrow, i will love you.. with every beat of my heart :)
Nampak kan keserabaian beliau?





7 comments:

Nor atau Nad said...

gila busy
takpa takpa
antina BOLEH!!!!!!
~muahaha

Arifah said...

Betul..pasal tu la saya taknak buat guna fresh flowers...Kalau ikutkan, memang la cantik, tapi, takde masa..Dah last minute baru boleh start buat, kalau tak layu.... Lainla kalau kita upah orang kan? Ni nak buat sendiri ni, mahu tak stress...hehhe...ok, takpa2..cayuk Una! :P

dillabaharudin said...

kak, u nak kawen eyh????
waaaaa. congratz dear.
heeee.

FAA said...

kak una. bunga tuh nampak mcm fresh flower laa. bagus betul. selalu i pon condemned gak bunga plastik nih. tapi dis one looks gud. meh i jujur la. i nampak bunga tuh orange je. haha. tapi mcm nice je kaler je. belasah je la kak una. jangan membazir. haip2!

Husna Hadzarami said...

ala.. peach la.
cuba compare dengan bunga kat header.
kan ke sama color.
peach la ni, tak kira la nak cakap peach jugak.

ah apa2 pun memang ni je la yg aku pakai, layan la aku nak cari lain lak. kalau bukan yg ni mana ada color pink lain dah situ. so this is the nearest.

i love the texture of the flowers, soft :)

asma Pak Wahab said...
This comment has been removed by the author.
asma Pak Wahab said...

eh jap..idea cari di nilai 3 ok x??