Sunday, July 25, 2010

Tentang Pilihan

Ingat tak poem The Road Not Taken ketika sekolah menengah dulu?

Ya. Dalam hidup ni kita sentiasa berdepan dengan pilihan. Nak pilih sekolah selepas UPSR, kemudian PMR, kemudian memilih aliran sains atau sastera, selepas SPM kena pilih jurusan pula, kemudian nak kena pilih universiti, kemudian kelas, memilih kerja, memilih teman lelaki (wah wah konon hot stuff sampai kena pilih bagai), ada yang pilih teman lelaki dulu baru pilih kerja.. Nak pergi kerja pun kena pilih baju, nak berucap perlu pilih perkataan yang sesuai.. Everything is about choosing..

Memilih itu tidak mudah, kerana setiap pilihan yang telah dibuat itu pasti sedikit sebanyak memberikan kesan dalam hidup kita. Pernah tak satu masa kita menoleh belakang dan berkata,

"Kalaulah.."

"Kalaulah dulu aku tak ikut cakap si Senah.."

"Kalaulah aku ambil jurusan itu dulu, kan lebih mudah tak perlu nak pening kepala.."

"Kalaulah aku terima tawaran di syarikat itu, mesti gaji aku dah lima angka sekarang.."

"Kalaulah masa boleh diputarkan semula, tak mungkin aku jatuh cinta dengan lelaki keparat itu!" (ayat biasa selepas putus cinta)

Tapi yakinkah jika kita tidak memilih jalan hidup sekarang, kita akan lebih baik? Atau hidup kita lebih bermakna berbanding sekarang?

Setiap yang telah terjadi pada kita telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Qada' dan Qadar namanya. Jangan sesekali menyesali takdir. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Setiap jalan yang telah dipilih, pasti ada baik buruknya, pasti ada onak duri ranjau berliku OMG please stop me. Tapi itulah yang telah dipilih. Ingatlah, setiap yang hadir dalam hidup kita sesungguhnya mempengaruhi jatuh bangunnya kita.

Kau mungkin menyesal dipertemukan dengan seseorang. Tapi sedarkah kau, jika kau tidak dijumpakan dengan manusia seperti dia, tak mungkin kau sekuat sekarang, tak mungkin kau setabah sekarang, tak mungkin kau sebahagia sekarang. Pengalaman adalah satu pelajaran yang sangat berharga dan tak boleh dijual beli. Apa yang berlaku dalam hidup kita sekarang adalah kesinambungan dari apa yang telah kita lakukan di masa lalu. So face it. Deal with it. Make the best of it. Allah itu kan Maha Adil?


So Muhammad Hanis, untuk menjawab soalan awak hari ini..

Saya tak pernah menyesal memilih untuk bersama awak. Saya tak pernah terfikir wujudnya lelaki lain yang boleh menyayangi dan menghargai saya seperti awak. Apa sahaja ujian dan dugaan yang mungkin berlaku di masa depan, saya akan tetap berpegang teguh pada jalan yang telah saya pilih. Worst come to worst, saya masih ada awak. Dan jangan berani tanya soalan itu lagi..



5 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

bertuahnya incik hanis.scr jujurnya aku mmg suka bc apa yg ko tulis. hiklas ni. bukan aku nak suruh ko komen page aku ke apa, lgpun skarg aku dah jarang update.
tp, bc crta ko, ada nilai2 murni yg terselit.
sila bangga skrg.

ayin~weeweet said...

aduhai..seyes sweet.seyes!!

semut lelabah said...

hadoi untungnya beliau dapat ko..

takdir itu memang ketentuan Allah. Tapi kita jugak kena usaha ubah takdir. Lepas tue, berjaya atau tak terpulang kepada Yang Esa

macam ni, kalau malas belajar, malas serba serbi, itu tak mau, ini tak mau... Macam mana nak senang?

sesuatu tak akan datang bergolek. Kita kena carik lah..

FAA said...

tibe tibe i sedih bace post u kak una.
abg hanis, u have a sriously wonderful woman utk dijage. take gud care of her bro!

Husna Hadzarami said...

thanks semua. tapi aku rasa aku kot yang untung dapat dia..
aku ni kan macam macam sikit (T__T)