Monday, July 5, 2010

Sesungguhnya matlamat langsung tidak menghalalkan cara..

Something caught my attention recently. Okay i'm giving you situation:

Rita dan Aini yang bertudung litup sedang berjalan jalan di sebuah pusat membeli belah yang sangat crowded. Di depan mereka terdapat dua orang gadis seksi gila maut tahap nak terkeluar segala gunung. Mereka berpandangan, dan tiba tiba bercakap dengan kuatnya..

"Aini, best sangat ke tunjuk semua benda kat semua orang? Kesiaaaann. Handbag bukan main branded. Tapi nak beli kain pun tak cukup."

"Itulah Rita. Dia orang ni dah tercabut urat malu kot. Panas kot pakai tutup tutup. Tak takut ke dengan panas akhirat kaaanngg.."

Punyalah kuat suara dua orang ni, sampai semua mata di sekeliling mereka tertumpu pada mereka dan dua gadis seksi itu. Memang hangin satu badan la orang yang diperkatakan tu, terus sahaja menyerang.

"Hoi perempuan, kau jangan nak cakap banyak la. Orang pakai tudung pun bukan baik sangat. Sekurang-kurangnya kita orang tak hipokrit macam kau!"

Dan berterusanlah berbalas balas kata.

Persoalan sekarang. Siapa yang bersalah? Boleh tak Rita dan Aini tu berbangga konon dah menjalankan kewajipan menegur? Dah kira boleh masuk syurga ke macam tu? Dan adakah dua gadis seksi yang cuba membela diri tu digolongkan dalam golongan teraniaya, kerana dimalukan sebegitu rupa? Tapi bukan ke diorang dah ditarik sifat malu dari diri mereka disebabkan berpakaian sebegitu?

Rajakapoor kutuk agama si Sudin. Sudin naik angin, terus dibakarnya kuil si Rajakapoor. Sudin puas, konon berjaya berjuang untuk agama. Terasa macam dah confirm masuk syurga. Tapi sembahyang bukan main liat lagi.

Korang rasa orang Melayu yang tak habis habis emo gila babi bila Islam dihina dan dikutuk tu, ada sembahyang tak?

Bukan aku nak jadi alim atau apa sekarang. Cuma sejak dulu lagi kita didedahkan dengan konsep matlamat menghalalkan cara. Asal kau rasa matlamat kau betul, kau langgar la semua kaedah pun tak kira la halal ke tidak. Betul atau tidak. Berhemah atau tidak.

Sally memang terkenal dengan perangai bitchnya di kalangan masyarakat. Jirannya, Bahrom memang akan kutuk dia gila babi apabila berkumpul bersama rakan rakan. Setiap kali timbul hal Sally, memang habis semua kata kata carutan dan hinaan yang terdapat di dalam kamus digunakan sepenuhnya untuk dirujukkan kepada Sally. Dah habis perkataan dalam kamus, siap digabungkan lagi cursing words moden dan old school, tak puas hati betul la si Bahrom ni pada Sally. Konon malu berjiran dengan perempuan sepertinya.

"Sally tu memang sundal. Macam babi. Babi lagi elok kot dari dia"

Habis, Bahrom tu apa? Elok sikit dari babi? Mungkin dia dah lama tak tengok cermin.




4 comments:

semut lelabah said...

setuju sangat dengan entri ko nie. matlamat memang tak akan menghalalkan cara.

dan ko bagi contoh yang sangat mudah untuk orang faham..

Nor atau Nad said...

err...
rita ngn aini patot baca nih!

Anonymous said...

serendah-rendah iman adalah benci dalam diri.
dan andai kita ada sedikit lagi kekuatan iman, tegurlah kesilapan itu;
atau kita lebih kuat dari itu, betulkanlah salah itu dengan tangan kita sendiri.

dan semua itu, bukan suka-suka. Tapi ia bab iman.

benci-benci gak, tapi esok lusa kita buat gak apa kes?
ya, iman tuh ada turun naik. macam pasaran saham gak. ada kala bagus, ada kala sial.tapi tak ke takut kita mati terkejut masa iman kita tengah jatuh?
so, yang penting kuat kan pegangan diri dan tawaduk dengan Allah.biar kita kuat dulu. dan terus membenci hina hidup manusia ini. ambik iktibar dan jadi yang lebih baik.

dan bila kita lebih yakin, tegurlah kesilapan yang ada di mata kita.
perasan tak? tegur itu bila kita sendiri lebih yakin dan lebih BERIMAN. jadi, tingkah orang beriman itu adalah bersopan santun dan menghormati yang lain. Andai kamu menutup aib orang lain di dunia ini, nescaya Maha Suci Allah akan bantu kamu menutup aib kamu di akhirat nanti; dan itu sendiri lahir dari orang beriman. So, kalau tegur itu teguran yang tidak ada ciri iman, kita sendiri sudah tergelincir dari landasan iman yang sepatutnya. dan itu di khuatiri menjadikan kita riak dengan sedikit ilmu kita. dan perkara paling hina boleh berlaku pada orang berilmu dan warak adalah, RIAK DENGAN ILMU MEREKA. Waulahualam.

Betulkan dengan tingkahlaku mu.
ya, yang ini lebih tinggi darjatnya.
dan kamu sendiri kena betulkan dengan tingkah laku orang-orang yang beriman.
sesungguhnya kita dilarang menghina dan mencaci maki agama lain, kerana esok lusa hina dan caci maki itu sampai menempek di muka kita. Maka berhikmah lah dalam perbuatan. fikir dengan iman, bukan dengan emosi mahupun amarah, sebab emosi yang amarah itu jalan singkat syaitan mengajak kita ke Neraka al-Jahannam. Waulahualam.

jadi.
bencilah kemungkaran dengan penuh hati kamu. ambil iktibar dan jadi insan yang lebih baik dan jauh dari kemungkaran yang kamu sendiri benci itu.
Tegurlah dengan iman, kerana ikhlas dan jujur itu yang dapat menyentuh hati. jangan kamu jadi penyebab penyemarak benci dalam diri yang lain; sebab itu bukan jalan dakwah yang jernih!
Betulkanlah dengan tingkah iman kamu. Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada untuk melindungi kamu dan agama kamu. Waulahuallam.

Wanie-san said...

WA...suke2 entry ni!!:))
bagus la kak husna!sokong sgt!