Saturday, May 22, 2010

Fresh flowers, buat peta dan kekasih baik.

Ahhh.. Naik juling mata survey barang kahwin secara online.


Makin banyak survey makin murah dapat pakej perkahwinan. Ni yang membuatkan aku makin nak melengah lengah je, dengan harapan kalau buat last minute akan dapat something yang best and murah laa. Ah kau tak habis habis nak murah, cheapskate betul.


Hasil survey, saya dapat spot satu website yang jual fresh flowers dari Cameron Highland secara delivery wah wah bestnya! Tak payah susah susah nak naik Cameron sana tu. Sedozen hanya RM7, seryes murah macam tak percaya je. And komen dari orang yang dah menggunakan khidmat dia semua pun memuaskan hati. So i think untuk hantaran i akan guna fresh flowers, yang lain lain such as pelamin and bilik tidur tu akan difikirkan kemudian nak guna fresh flowers or just artificial je, murah sikit.


Oh cerita banyak tak guna derr. Klik sini je lah, Bunga Segar Cameron Highlands. Saya dapat website itu dari blog ini.


Tadi after work, saya, Man (adikku yang gemuk) dan Kakak (kakakku yang montel :P) round satu KL untuk buat map ke rumah Kakna. Oh ya saya akan berkahwin di rumah Kakna tau, sebab rumah saya still under renovation macam macam hal dan tak mungkin sempat disiapkan sebelum bulan 9 ni. Asalnya nak buat di dewan tapi bila fikir semula buat apa nak membazir, so buatlah di rumah Kakna. Kepada rakan rakan jangan risau, senang je nak ke sana. Tengok je peta bawah ni.
Sila klik gambar untuk tumbesaran.


Heh heh macam nak bagi penampar kan. Belum finalize lagi lah! Asalnya saya dah draw guna Autocad, tak engineer la lukis guna tangan wah wah berlagak kau ye. Tapi rasa macam tak lengkap je. So tadi sampai nak termuntah aku melukis dalam kereta yang dipandu oleh Man sepanjang perjalanan. Lintang pukang habis semua lukisan. Kami juga tidak ketinggalan memberhentikan kereta di emergency lane di atas flyover untuk meninjau pemandangan dari atas punyalah seram aku dah la kereta semua laju gila rasa nak lempang je Man ni sesuka hati dia je nak stop kat situ (T_T).


Mesti ada yang nak cakap, apa ke sengal la minah ni, guna je la Google Map or Google Earth kan senang. Hey walaupun aku ni orang kampung aku tau la guna benda tu, dah guna okayy! Ini buktinya.
Siap print area from every direction and combine lagi tau. Encik Hanis yang buatkan. Heh heh. Sekarang sila mengaku kau memang orang kampung benda jadah ni pun nak suruh orang buatkan.


Tapi guna Google Map ni tak boleh zoom habis, eventhough guna satellite version pun. Sebab tu perlu gak jalan sendiri naik kereta, sebab saya nak tunjuk landmark penting i.e. Petronas, Maybank, etc. sebagai guideline sepanjang ke sana tak lah kau orang sesat nanti tu la siapa suruh handphone takde GPS ni pehal berlagak sangat minah ni hari ni mabuk ke apa.


Landmark penting konon. Sekali kena sound dengan adik aku,

"Kau pehal Restoran Nasi Kandar Zameer pun nak masuk dalam peta?? Ni pakcik jual goreng pisang ni taknak masukkan sekali?"

(-_-")


Hmm.. Kalau tengok ticker kat tepi tu, tinggal 3 bulan lebih je lagi. Saya rasa macam sangat banyak benda penting saya belum uruskan lagi. Stress la hari ni. Aku ni kalau stress memang takde orang lain la aku nak cari.


"Sayang, stress la pasal kahwin ni"
And mulalah saya mengadu itu ini. Tapi Encik Hanis respond macam biasa je, until about 10 p.m he texted me, "Saya baru sampai rumah ni, penat sangat sayang.."


Then only i realized beliau ada kelas rupanya hari ni. Lupa la. Tiba tiba rasa sebak lak. Stress macam mana pun saya ni, stress lagi dia kot. Dengan part time study lagi, dengan urusan beli rumah lagi.. Banyak kot bebanan dia. Tapi masih lagi tenang berbanding saya.


"Baru habis kelas ke? Takpe la awak rehat la k"

"Ok. Love u so much. Can't wait to be your husband"

Dia baik la... *Tears*


7 comments:

Adila Ady said...

semoga semuanya berjalan lancar husna...=,)

FAA said...

wahhh sweet nya kak una! tak sangka ada pemain bola yang romantik cmtuh ek? wakakaka!

hey u make sure i nih dapat invitation u tau!!

Cik Akma said...

uwaahhhh fresh flowersss ade jugak? sumpahh romantik habisssss

Nor atau Nad said...

semoga sume bejalan lancar sis!!!

zella y said...

org nak kawen mmg stress...
mcm2 nak fkir...

xpela....semoga semuanya berjalan lancar ye... ;)

cikmemy said...

hukhukk..jgn lupa jemput kak..lame da x makan nasik minyak..huhu

3 bulan tu lame lagi...sempat lagi buat semua sis..jangan risau~hhuhu

Husna Hadzarami said...

Adila Ady:
thanks. insyaAllah..


f.a.r.a.h:
of course you're invited sayang :)


Cik Akma:
hehe :) fresh flower berseri sikit. tapi mahai..


nadirah nor:
thanks dik..


zella y:
thanks zella. sekarang cuba atur semuanya supaya tak stress sangat last minute nanti..


cikmemy:
hah cepat email kat akak address awak.
nanti harus datang tau!