expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, May 21, 2010

Ini cerita pasal babi.

Tet tettetetettttt... One new message. Oh dari Sue rakan seranjangku ketika di rumah sewa. Wekk! Muntah hijau.


'Na, u ingat x cane kita buat tym Ja kena pig skin tym diploma dlu?'

'Ala x ingat la. Samak 7x kot. Cuba tanya Nana, dia yg buat ms 2. Sape yg t'pegang babi?'

.....


No reply. Mungkin tengah sibuk cari tanah nak samak.

*Please mind the spelling.


Dulu ketika diploma rakan seranjangku seorang lagi iaitu Ja (macamkan takde orang lain nak tidur dengan aku) pernah terpegang wristband made of pig skin di sebuah kedai accessories mana entah. Masa tu selagi Ja tak samak kami semua taknak dekat dengan dia malah memandang dengan pandangan selagi-ada-kesan-babi-pada-kau-kitorang-taknak-kawan-dengan-kau. Haha rasakan. No no no, kami tidak sekejam itu. Malam berikutnya on the midnite kami berlima terbongkok bongkok tolong Ja korek tanah untuk kerja samak menyamak ni. Tapi fun betul la malam tu, terlampau fun sampai aku lupa macam mana Nana (paling matang ketika itu) tolong Ja bersamak.


Well, cakap pasal pig skin ni memang macam macam hal. Pernah sekali abang ipar saya hadiahkan Kakna sebuah handbag berjenama yang dibeli di China. Selepas diteliti my sister noticed that corak pada kulit bahagian dalam beg tu lain macam je. Ada pattern 3 bintik bertompok tompok, which is one sign of pig skin. Sekarang ni tak tahu la Kakna buat apa dengan handbag tu, langsung tak pernah guna rasanya tapi memang sayang je sebab handbag tu cantik.


Cerita lain pula. Pernah suatu masa tu saya tengah sibuk mencuba pelbagai jenis slingbag di MNG dengan Encik Hanis, tiba tiba ternampak sign 'Pig Skin Lining' exactly on the rack where i took the slingbag. Menjerit terus aku masa tu dan pantas aku berjalan ke arah seorang promoter di situ. The girl said that Pig Skin Lining sign is actually refers to high heels just next to the slingbag i've tried. Duh, kau ni memang buat hal la. Boleh lak kau letak sebelah sebelah je barangan kulit babi dengan barangan lain. Sddkwdgbplkm.


Paling tak boleh lupa masa di Sandakan la. The ultimate one. FYI, Sandakan ni boleh kira macam Chinatown, majoriti penduduk di sini berbangsa Cina. Susah betul nak cari tempat makan. Habis meeting, salah seorang manager of the mother company who's happened to be a Chinese lady bersemangat nak bawa kami pergi dinner. Since dia memang orang Sandakan, dia tau la mana tempat makan yang sedap di situ. Kami mengikut je la, ada 3-4 kereta ketika itu. Masuk je restoran tu, saya dah rasa takbest sebab bau restoran tu semacam sangat. Abang Zack dah nak duduk, Rohan masih dalam kereta, and others ramai yang sudah di meja makan menunggu hidangan. First thing saya tengok is the menu. It was OK until i spotted.. Kinzir Asam Manis! Wtf??!! Gila rasa macam semua seafoods yang dilantak masa lunch tadi naik ke tekak. Mual, sebu, kembang tekak aku cakap kau! Pantas saya tunjuk menu tu pada Abang Zack dan kami terus melompat keluar (melompat tu tambah tambah cerita). The lady yang bawa kami ke situ berulang kali menjelaskan, "Don't worry, I tak order pork, don't worry". Dia tak faham rupanya konsep babi dalam Islam ni (T_T)


Long story short, most of us including several directors berpindah ke restoran lain. A better one, atas bukit with a nice view. Kesian juga that lady, dah order makanan banyak gila. Untuk menjaga hati dia kami call semua subcons, consultants and suppliers datang makan di situ menggantikan kami menghabiskan makanan yang sudah ditempah. Sampai balik ke KL saya masih mual lagi membayangkan hampir termakan di restoran jual babi.


Moral of the story, berhati hati ketika membeli belah especially barangan seperti beg, kasut, tali pinggang dan sebagainya. Nak shopping pun kena ada knowledge adik adik. Jangan pakai sebat je semua. Be alert, terutama kalau melibatkan jenama antarabangsa.


Dan akhir sekali kalau nak ke tempat yang susah nak cari tempat makan yang halal, bawak la bekalan Maggi. Tak la kebulur kau dah la jauh dengan family kesian betul. Biasanya kalau saya outstation saya order fastfood je. Usually pizza, sebab very convinient. Just dial the number and setengah jam kemudian dingdong ada orang tekan bell bilik hotel for pizza delivery. Manja rasanya sebab tu la lemak bertingkat tingkat dah dah benci betul aku kalau cakap pasal lemak. Goodnite ;)



7 comments:

  1. hari tu aku pergi kedai kasut with my mum and adik pastu terpegang kasut jenama apa ntah,ada gmbar macam babi.mati2 aku cakap kat mak aku tu gambar tapir la,tak pun tenuk..2 3 hari jugaklah dorang tak nak sentuh aku.padahal bukan kulit babi pon..dah gambar jenama dia camtu kan..haha!

    p/s:macam aku tulis entry plak kat komen kau ni..siap ada p/s p/s lg..keke!

    ReplyDelete
  2. hmm..babi tu terang2 kite bley kenal pasti..ni kat kl banyak org yg mengaku islam tapi jual sate anjing.kari anjing..camne?

    ReplyDelete
  3. aah...klu pergi MNG,Zara,esprit n byk lg r kedai2 brg2 mcm ni kena hati2 sgt2 sbb byk kasut ada pig skin lining... kdg2 dorang tulis kecik sgt,smpai pengguna xperasan...

    ReplyDelete
  4. hahahaha! u cakap pasal pig skin i teringat la pasal anis kak una. nanti i tulis post i pasal tuh. gile lawak! haahha. ;p

    ReplyDelete
  5. asam manis?mcm ikan pulak..kalau na termakan, macam mana ek nak samak tekak?

    ReplyDelete
  6. Adila Ady:
    eh kalau terpegang benda ada gambar babi takyah samak kan? (soalan bodo :p)


    cikmemy:
    eh ada ke sate anjing? mana jual?
    tak pernah jumpa lak..


    zella y:
    ye betul tu. brand2 tu la yg paling banyak kulit babi. kena hati2 ni.


    f.a.r.a.h:
    hahaha. dah baca dah baca!
    kesian la anis ni, lahai..
    nasib baik korang teman gak dia bersamak.


    Radin Fadli:
    dah makan tak dapek la nak menyamak.
    redha je la kot. huhu..

    ReplyDelete
  7. salam...di sini ay ada menjual handbag, wallet, jam original direct dari US....HARGA sangat2 murah dari butik....around 500-1200...berbanding butik yang berharga 3000 4000...dijamin 100 percent original...jika berminat boleh lawat page fb saya oristuffbizonline .. tq :)))

    https://www.facebook.com/OriBizonline?ref=hl

    ReplyDelete