Monday, May 31, 2010

A quick update

  1. Perangai fickle minded makin menjadi jadi. Setakat ni dah 3 kali saya tukar baju sanding dari butik yang sama. Resit deposit saya dah penuh dengan conteng dan pangkah sana sini disebabkan saya asyik bertukar tukar fikiran je. Kesian kakak yang serve saya tu (T_T)
  2. Encik Hanis ada prinsip hidup baru semenjak nak jadi laki orang ni. Dulu prinsip hidup beliau adalah, "Biar Kereta Busuk Asal Hati Wangi", sekarang dah bertukar kepada "Tegas, Garang dan Alim". Manjang sound aku lambat sembahyang sambil mengeluarkan kata kata "Dalam diri kita yang penting ada dua, iman dan amal", tak pun kalau saya bising bising stress mesti dia akan tanya, "Dah sembahyang ke belum?" dan akan berleter panjang kalau saya belum sembahyang. Saya dah bayang siapa yang akan banyak berleter dengan anak anak nanti (-_-")
  3. Bakal ibu mertua bagi kain lagi untuk buat baju nikah, sedangkan kain yang dihadiahkan ketika majlis risik dulu saya dah hantar jahit dah untuk majlis nikah siap dengan beading dan sulam bagai. Tapi kain baru ni lagi cantik you. Terus call semua orang bagitahu warna nikah dah tukar, siap tukar color untuk decoration hantaran lagi. Tak lupa call tailor yang jahit baju nikah tu bagitahu ada satu lagi baju nikah nak hantar. Dah terlebih lak baju nikah. Pening kepala dia. Heh heh.
  4. Make up artist dah dikenalpasti dan dihubungi. Tinggal nak jumpa and bayar deposit je. Based on her experience as shown at her blog, memang cantik la dia make up. She is one of recommended make up artist in several wedding blogs la. Harga pun masih affordable lagi (kira ok la compare dengan Saidatul Nisa and Nurul Shukor yang charge over RM1000 per session wtf its just a make up ok? kau cuci sekali je terus hilang kot). Whatever, yang penting dia perempuan. Leceh la kalau lelaki yang mekap sebab kita kena pakai tudung and geli la biarkan dia pegang pegang muka kita masa dimekap. Huhu.
  5. Pelamin pun dah confirm, tinggal nak bayar deposit gak.
  6. Doorgifts - belum firm decision lagi. Asyik ubah fikiran je. Tsskk.
  7. Kad kahwin hampir siap, cuma ada minor amendment pada peta je (minor kau cakap? Punyalah panjang lebar kau comment kat orang tu suruh betulkan..)
Hati tak tenang la. Otak ni sentiasa ligat fikir apa yang perlu dibuat. Sekarang dah bulan 6, lagi 3 bulan lebih je. So dah boleh start buat HIV test, prepare borang nikah semua dah. Memang akan busy gila la. Haishh.



P.S: Jeles dengan Abang Zack and Naim baru balik Disneyland Hong Kong after company trip at China. Tsskk. Next projek kena bodek bodek bos nak pergi jugak! Taknak Italy, nak China.. Best shopping..


4 comments:

Adila Ady said...

kalutnya orang nak nikah ni.hehe.

bagus lah makeup artist perempuan..

takdelah nk tersentuh2 kulit ke apa nanti.

Cik Akma said...

ya Allahh, bestnyeee kawennnnnnnn *ttbee gatalll

zella y said...

hehehhe...
zella dpt rs kan ape yg husna rs sbb adik nak tunang ni... byk juga preparation yg nak kena buat sbb pjalanan jauh n mcm2 lg lah heheheh..

biase la...pengantin ppuan lebih bz dr pengantin lelaki hahahah

xtau la knp mahal sgt la makeup2 artis tu kan?? klu dh dpt yg okay dgn harga yg bagus,ok lah tu....

FAA said...

wahhh busy nye u kak una. pape hal nak mintak tolong bagitau ok?