expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 25, 2010

The apple of my eyes =)

Penatnya hari ni. Habis kerja kat rumah bertekak pula dengan Asha.


"Asha puyak!"
"Antina nak buat kerja la!"
"Asha ya puyaaakkkk!"


Nak pecah gegendang telinga aku bila budak ni menjerit tepat tepat kat telinga (T_T). Oh, kami berebut main internet. Budak 3 tahun ni pelat L, sebutan L dia akan jadi Y. Kalau angkat telefon, "Heyo?"


10 minit kemudian, kami sama sama menjinjing tuala di bahu beriringan ke bilik air.


"Eh eh, Asha yang gaduh dengan Antina tadi nak mandi sama sama dengan Antina?" ejek saya penuh sarkastik sambil ketawa. Dia buat tak tau je.


Then dalam bilik air hingar bingar lagi bergaduh, dia nak pakai shampu yang saya pakai. Mana boleh. Pedih mata nanti. Jerit jerit juga la dalam bilik air sampai kena sound dengan Mama. Dia nangis, saya malas nak layan.


Habis mandi, dalam bilik, dengan hidung dan pipi masih merah baru lepas nangis dia sikat rambut saya dan ketawa ketawa sambil mulut potpetpotpet bercerita keseronokan mandi tadi. Hehe.


Hmm..


Budak budak memang membahagiakan. Sekejap tadi kita bergaduh beria ia, tak lama lepas tu dah boleh ketawa sama sama cepat je dia lupa kita pernah bergaduh dengan dia.


Kenapa la orang dewasa tak macam tu kan? *sigh*


Asha & Antina Bestfriend Forever :)


Pukul 8:30 malam..


Kali ni bergaduh berebut buku My Wedding Plan yang ada gambar princess on the cover page. Saya takut dia koyakkan sebenarnya.. So memang tak mengalah la tadi.


Antina: Ni buku kawin Antina la!
Asha: Ni Asha nye pinsheshhhh yaaaaa!!!

*pinsheshhhh = Princess


Setengah jam kemudian...


"Baby baby baby ooohhhh.. Like baby baby baby ooooohhhh~~"


Huru hara nyanyi lagu Justin Bieber. Asha termengah mengah nyanyi sambil lompat lompat atas katil, kakak dia (Aina, 6 tahun) nyanyi sambil dancing depan cermin, dan makcik dia (Antina, 25 tahun).... Ehem.. Pegang sikat macam mikrofon.. Pakai sunglass.. Jadi lead singer :">






10 comments:

  1. ahahaha :D
    seronok je sis ngn anak sedare
    anak sedare saye sorng nih
    asyik bg task yg susah2
    bg susulahh,, basuh taikk lahh
    aiiih

    ReplyDelete
  2. patut post gambar aunty die yg tgh nyanyi pakai sikat...

    ReplyDelete
  3. a'a..betol tu nadirah nor..task una ni masih ok lagi..berbanding saya ni..susahhhhhhhhh.. :P

    ReplyDelete
  4. gado2 tu la yg buat u syg kat dia kan?? ;)

    ReplyDelete
  5. ahahaha.. bahaya ni cerita² pasal mandi-manda di kamar mandi. hehe

    ReplyDelete
  6. haha. i nak cakap asha je comel. u tak comel langsung gaye nye kak una. ;p (nada2 dengki. ;D)

    ReplyDelete
  7. depa jadi macam tuh sebab gen hang la.
    dah makcik dia macam tuh anak sedara pun jadi macam tuh la.

    contoh?
    simple ja.
    pi jogging park bukan berjoging, tapi pi tangkap gambar ala-ala model fitness first. aiseh... kurus sangat lah nanti!

    lagi satu.
    kalau kita dapat didik dia dan groom dia jadi sesorang yang berilmiah dan bersahsiah terpuji, insya'Allah nikmat ber-anak, ber-anak sedara dan bersepupu sepapat akan manis sampai bila-bila.

    kalau gagal?
    jadi dennis the menace la citernya..
    ghrrrruam

    ReplyDelete
  8. nadirah nor & arifah:
    eh pernah la cibuk berak buat susu semua!
    tapi jarang2 la, sebab bekerja kan (alasan).
    heh heh.


    Radin Fadli:
    nak ke? kang terpikat lak susah la den.


    zella y:
    tepat sekali ;)


    jij Abdul Hamid:
    hoy hoy, jangan imagine bukan2 ye!
    biasa ni.


    f.a.r.a.h:
    takpe. i lebih tahu isi hati u macam mana.
    i tau u segan nak berterus terang hakikat sebenar kan?


    AJ Nismihan:
    tssskkk.
    pesal ramai yang cakap budak2 ni ikut perangai aku (T_T)
    tapi takpe.
    mungkin diorang maksudkan kecomelan tu yang ikut aku kot *tersipu sipu*

    ReplyDelete
  9. -.-* apehal amek tugas erha jadik lead singer? kak una bekap singer dah la!

    ReplyDelete
  10. humaira hadzarami:
    kau bukan ke cameraman je? -_-"

    ReplyDelete