Sunday, May 2, 2010

I'm a big fat %#@! Tapi takpe. Its never too late..

Saya baru beli digital weighing scale. Okay not that 'baru', i actually bought it last Thursday at Ikano, when i was supposed to be crazily rambang mata pilih Crocs there tapi tak kesampaian disebabkan jem macam gampang sepanjang laluan ke sana so sampai sampai dah takde size. Orang yang kaki kecil macam Thumbelina dan orang yang kaki besar macam sampan memang beruntung, saiz tak pernah habis. Untuk orang yang kaki jenis average size 5-6-7 macam saya ni memang jangan harap ada size. Cepat je habis. Hoh kaki banyak macam spider ke, banyaknya size kaki! Ye, saya boleh pakai mana mana size tersebut. Yang betulnya size 6 la. Tapi kadang kadang kaki saya juga boleh--dah dah ni nak cerita pasal kaki ke pasal digital scale??


Okay digital scale yang saya baru beli tu sama sahaja dengan bathroom scale yang biasa tu, cuma berat badan anda ditunjukkan secara digital beserta titik perpuluhan. Kiranya lebih accurate la. Wey makcik dah ramai kot ada benda ni kau je yang ketinggalan zaman umur dah puluh puluh baru nak beli. Memang ketinggalan pun (T_T). Dah lama teringin nak beli tapi tak mampu, one day bila Encik Hanis baru balik outstation Kuching dia bagitahu di hotel ada disediakan penimbang macam tu, saya hampir terjerit cakap, "Pesal lu tak rembat jewwww???" *nak buat perangai rempit haruslah menggunakan bahasa rempit*


So inilah dia. Saya beli yang paling murah di situ. Harga asal RM125 tapi ada promotion dapatlah RM99 beserta 1 year warranty. Huh RM99 pun tak mampu beli dulu, kesian betul. *sob sob*


Oh dem, lupa kaburkan bahagian berat badan.. Duhh.. Haraplah tak ada yang enlarge picture. Eh ke takyah enlarge pun dah nampak? (T_T)



Gila berat badan naik mendadak betul sekarang! Result exam pun tak pernah naik mendadak macam ni! Okay perbandingan yang langsung tak setara so sila diam sekarang. Last time saya timbang (which is 4-5 months back) berat saya hanya 53kg sahaja. *sob sob*. Adakah ini penangan cinta? Yang bila kita terlalu bahagia kita akan makan dengan banyaknya lepas tu terus terbaring golek golek atas katil pintal rambut tersenyum senyum ber'sms' dengan kekasih yang jauh di perantauan? Tu la! Cinta memang menggemukkan. Dah takyah salahkan cinta. Orang lain bercinta boleh je slim melim.


So berat badan sekarang 57.6kg. Menipu lebih digital scale ni. Sebab tu murah kot. Sebab bacaan tak betul. Takkan la aku seberat tu. Ish takkan la kan? Kan? Mana boleh saya berat macam tu! Encik Hanis pun baru 59.5 kg. Nanti dah kahwin kalau pregnant in case saya pengsan ke, larat ke dia nak angkat saya bawak pergi hospital??? Tidaaaaak!!!


Apa apa pun, takde guna melatah sekarang. Fikirkan cara penyelesaiannya. APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN APABILA BERAT BADAN DAH MACAM IKAN PAUS? Asalnya saya cuba ikut cara rakan sekerja saya Sha ni. Kau bacalah sendiri apa jenis diet dia buat. Tapi saya cuma bertahan 3 hari. Sebab saya serius nak muntah makan lauk sahaja tak makan nasi. Dan saya perasan diet ni boleh membuatkan kita moody, malas dan otak jadi lembab, mungkin disebabkan kurangnya gula dalam badan. Tapi in 2 weeks Sha boleh reduce 3kg tau! Sebab tu saya nak ikut.


Tapi selepas dinasihati oleh Mama yang memang health-conscious, dan kakak saya yang memang a doctor herself, saya decide to stop la kot. Lagipun di saat saat macam ni saya sangat banyak berfikir dan saya sangat perlu sentiasa ceria dan tenang, oleh itu karbohidrat sangat diperlukan. Sorry Sha! But Kakna was soo dear belikan buku ni untuk saya. Ni kakak siapa baik sangat ni? Kakak siapa ni? Haha..

Di dalamnya ada banyak tips tips untuk tampil anggun dan sofistikated di hari bersejarah anda. Ok sofistikated tu aku tambah sendiri.
Banyak lagilah steps yang mudah dilakukan dan berkesan jika diamalkan berterusan.



Buku tu memang bagus, saya baca dengan penuh semangat every single page. Tapi memang takkan mengubah apa apa la kan kalau kau baca sambil berbaring atas katil tak gerak badan pun. Cehh..


10 comments:

feeda said...

wey una, xkan berat ko bnyk tuh??mcm menipu jer alat penimbang tu..aku tgk ko mcm lg kecik n kurus dr aku,xtau la kan xpnh jmpe live,tp seyes mcm ko lg kurus dr aku!..huhu!

Wanie-san said...

hahaha kak husna ni biar betul!?
tgk kurus jew...
tp xkan penimbang tu menipu lak kan?
xlogic2..so btl la 2 kak husna dah temok..lalala*berbicara tanpa rasa bersalah..*

Anonymous said...

tu kaki yg berat kali tu.. mau penuh satu scale sekali naik. ekeke

zella y said...

zella pun mcm husna gak...
baca buku bab exercise ni berkobar2 tp nk buat tu slalu je rs malas...entah bila nk kurus pn xtau heheh

tp husna kn nk kawen...msti kena lg bersemangat kan?? hehehhe

sorry lama xjenguk sni.... modem kat opis rosak...benci betul!

Anonymous said...

cik una.
bab turun naik badan nih bukan bab makan jer. sebenarnya lebih kepada cara hidup. cara makan, cara pakai, cara bangun/tidur dan lain-lain.
bunyi bodoh jer kan?
tapi itulah caranya.

first; banyakkan minum air masak. eh, bukan aku nak suruh hang kegemukan air, tapi nih nak basuh saki baki mineral yang tertinggal dalam badan. tapi kalau lepas tuh kena banyak pi toilet, tak dapek nak nolong la.

kendian; banyakkan bergerak dalam definisi yang sebenarnya. gerak2 jari dekat button keyboard nih tak kira sangat. dan setakat joging2dalam ofis pun tak boleh nak kira la. joging2nih (seperti AZAM TAHUN BARU HANG!!) kena 30 minit, baru berkesan. takat 5-6 minit setahun sekali memang tak da kesan la yer cik puan.
Tapi, giler ker nak joging time sibuk2dekat KL nih? alternativnya; turun naik tangga dan ignore kewujudan lift (boleh tolong belikan lunch untuk tunang sekali), parking jauh2kete (melainkan hang dok kawasan yang berantu jin yang bahaya), bersesak2dalam LRT, banyak tulun mak di rumah (tapi kalau dok dapur, tulun masak, err boleh gemuk..so gunalah alasan nih untuk tidak ke dapur yer).

lepas tuh baru bab makan.
kurangkan makanan berminyak dan berlemak. nasi lemak? ye la tuh.
kendian; ambik alternative nak drop lunch. breakfast tak boleh drop; sebab badan kita kena ada makan awal. ala macam bersahur. kendian makan petang jer (macam berbuka). kalau sanggup lagi, puasa jer lah. boleh tahan nafsu skali (eh relebent tak nih!?).
Kendian, kurangkan kabohidrat. Kurangkan makan nasik. Ganti nasik dengan roti keping dan taufufa jer. taufufah tuh boleh ganti nasik (kenyangnya) tapi tak der lah menggemukkan macam nasik. Tapi jangan la tibai sampai seperiuk taufufa pulak.

Kena lah rigid sikit. insya'Allah boleh kurus. Ni terbukti tau!

ah udah. entri aku dah panjang pulak dekat box komen nih.
blog aku sendiri pun dah tak da entri nih. aiseh

Cik Akma said...

gud luck cs! btw, xnampak gemuk sgt laa akak ni. huu~

Husna Hadzarami said...

huh. baru pasan kaki aku macam kaki badak dalam gambar ni. %$@##&@ betol.

Radin Fadli said...

una!!!!!!!! u sama berat dengan saya haha

liyana jaafar said...

una dear..u xyah la tensen2 bout ur weight k..lg u tensen lg u rs nk makan sebnarnye..sbb u kn klu tensen mmg suke mkn.hehehe...pape pn try to ignore it n enjoy ur life mcm biase..insyaAllah klu niat tu ade mst menjadi nye...tp jgn smpai x jage mkn lak cume jgn tensen n terlalu pkr bout ur weight...myb u berat but ur body shape its gud enough...pakai baju kawen nti bkn tgk berat kn tp tgk shape...yg slalu menyokong mu..

Sha Syalizz said...

tak pe bro... kite pun da stop kut. ikut biasa je. just control makan. gud luck anyway!