Monday, May 10, 2010

Pasal kahwin lagi. Sila jangan bosan.

Mood untuk berblogging hampir lupus lantaran kesibukan melampau. Cuti sehari setengah setiap minggu rasa macam tak pernah cukup. Tak menang tangan rasa.


Semalam pergi Nilai 3 cari kotak untuk doorgifts dengan Ja dan Sue. Dapatlah 500 biji untuk tetamu biasa. Doorgifts untuk VIP belum dapat lagi, bekas yang saya adore sangat tu tak jumpa pula. Bekas yang dah dibeli tu simple sahaja, tapi comel! Paling penting ianya within budget dan tak perlu nak tambah decoration apa apa. Asalnya saya memang nak beli kotak putih plain dan hias sendiri dengan ribbon/lace bagai. Tapi bila memikirkan banyaknya perkara nak buat sendiri, so better doorgifts beli yang dah siap jelah. Sakit pula tulang belakang kalau nak hias sendiri doorgifts yang beratus ratus tu.


Saya juga dah siap beli bekas/bakul untuk barang barang hantaran. Memang memborong jugalah semalam. Decoration semua akan dibeli kemudian, sebab di situ tak ada warna pink yang saya inginkan. Kebanyakan yang ada semua pun pink kampung yang terang mantreng bak kata Mama entah bahasa indon ke apa, tak elegan langsung.


So saya listkan lah perkara yang akan dibuat secara DIY:

  1. Pelamin. Inspired dari website perkahwinan. Dah minta quotation tapi mak aih mahalnya langsung tak berbaloi. So bincang bincang kami decide nak buat sendiri je. Mungkin saya beli barang, Kakna jahit background and yang lain lain buat ramai ramai dengan family.
  2. Bilik pengantin. Kakna buat lagi. Saya tinggal beli cadar je dan hiasan lain :D
  3. Hiasan barang hantaran. Inspired from the magazine :)
  4. Berinai. Bestfriend pakaikan. Sweetkan? :p Tapi nak kena cari serbuk inai. Iye serbuk. Tak rajin la mak nak tumbuk sendiri daun inai dik non. Maybe beli di Mydin dan cuba dulu tengok cantik tidak warnanya. Cuba pada siapa? Mestilah pada Ashaa, Aina & Oyah :D

Itu sahaja kot so far. So dah tahu saya buat sendiri ni tak reti reti nak datang tolong ke cik kak? Banyak lagi perkara yang perlu dibuat sebenarnya, terutamanya benda benda protokol macam borang permohonan kahwin semua tu. Kena tunggu Encik Hanis siap dia punya baru saya boleh mula. Takpe chill. Everything will be fine. Segala yang dirancang berjalan dengan baik setakat ini.

Happy betul sekarang, hati rasa tenang je. Bila fikir semula saya rasa tak perlu kot nak stress pasal kahwin. Kalau kita stress orang sekeliling semua rasa bahangnya, tak best kan?


12 comments:

asmariamy said...

semoga apa yang dilakukan akan berjalan lancar, dan saya doakan semoga panjang umur, kekal bahagia sehingga ke anak cucu..

kongsi tips rumah tangga, anak, doa untuk anak, nama Islam dll di: http://edarannama.blogspot.com

Unknown said...

ohho..
puas hati kan buat sendiri semua..
sentimental value gitu..

nnt on my uncle's wedding pun..
semua buat sendiri...
pelamin pn buat sendiri

Daleela said...

Tapi penat wat sendiri.. sy dah laluinya...huhuhuhu

Norul Malakiah Sidek said...

awak da nak kawen ke? waaa bestnye...goodluck ye awak! cgrats sbb bakal menamatkan zaman bujang

h.a.n said...

bz nyer nak kawen :)
lambat la nak kawen camni :p

Poppycock said...

ala dah nak kawen ke? baru nak ngorat. melepas la mcm ni.

Huh....!! said...

Aku tengok hanis rilek je..haha..rilek la sgt..mengelabah tanya soklan yg bkn2 kat aku..huhu..gud luck wey..

Adila Ady said...

wah...pelamin buat sendiri tu.hebatlah..hehe,jimat gile.

syahira ariff said...

baca entri nie rasa teringin jugak nak kawen
ehehehehhehehe
=]

Cik Akma said...

hee. aritu time akak akma kawen. beli brg kat nilai gak. uihh rambang mata okay!

Anonymous said...

sengal jer anis. siap nak mengorat lagi dekat sini yer.

hmm kalau nak buat sendiri kena cepat2buat tau. your wedding just around the corner. jangan nanti stress last minutes. and always be prepared for the worst. why? sebab kita kena paham bahawa nothing is 100% perfect; so kalau kita dah ready dengan segala macam contigency plan, tak lah nanti kita crying for disappointment.

jangan terlalu risau; berdoa banyak pada yang Maha Esa ya una.

kad kawin bila nak edar nih?
alamat kawan2kamcheng jauh dekat dah ambik belum? I do overlook few of friends for my wedding. sedih gak. so, wish you dont repeat the same mistake for your wedding too.

lagi, apa yer...

pelamin; buat sendiri jer. kalau tak, mahal macam apa jer tempah2nih.

tema bilik pengantin penting tau. sebab rumah pompuan nih mesti orang nak masuk bilik pengantin apa segala. so warna kena ceria dan pencahayaan penting (untuk gambar!)

bab berinai. the best is tumbuk-tumbuk la. memang remeh, tapi kekal lebih lama dan warna lebih natural. cuma kalau dah kelam kabut nanti jangan ler. aku dulu mak yang tolong tumbuk. pakai sebelum tidur. bangun tidur, habis baju kain segala penuh dengan inai... sigh...

dan untuk Muhammad Hanis,
woit, doa Qunut hafal tak? lagi satu soalan yang MUNGKIN ditanya adalah pasal sembahyang mayat. be prepared jer... aku dulu depa tak tanya apa2 :)

Husna Hadzarami said...

asmariamy:
thanks :)


a d r e y n i e e l i s y a:
eheheh sentimental value ye.
asalnya lebih pada nak jimat kot :P


Daleela:
ala ni yang aku moral down ni.
takpe2, semangat!


miss hav0c:
ye dah nak kawin.
tak boleh nak merendek lagi :'(
hihi.


h.a.n:
aah. baik kau kumpul duit sekarang.
ada banyak duit senang, pas je kat orang lain suruh buat.


Muhammad Hanis:
lambat la dey. melepas dah.


Huh....!!:
thanks.
macam mana menggelabah pun dia, tak boleh lagi menggelabah dari kita.
kalau tak jadi huru hara ni.
hukhuk.


Adila Ady:
hope menjadi la macam dalam gambar.
neves lak aku.


syahira arif:
haha jom kawin.
besttt~~ (cakap macam dah kawin je)


Cik Akma:
bagus la teman kakak.
boleh cari pengalaman untuk diri sendiri gak tak lama lagi.
teeeetttt~!
haha.


AJ Nismihan:
memang tengah buat sikit sikit sekarang.
kad kahwin semalam dah book, tinggal nak finalise peta je kot.
pelamin memang buat sendiri.
tema bilik pengantin dah decide macam mana. simple je kot, tapi memang buat sendiri je.
berinai tak kuasa la mak nak tumbuk2. tak reti!
thanks anyway :)