expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 2, 2010

Cerai? Oh, no..

Saya sedang membaca novel di ruang tamu, apabila saya terdengar suara seseorang (mungkin lebih daripada seorang) memberi salam kepada Baba dan kedengarannya ingin membincangkan sesuatu yang agak serius. Perbualan yang berlaku di beranda rumah saya itu lebih kurang begini.

Watak lelaki yang bermasalah: Ali
Watak kawan kepada lelaki bermasalah: Abu
(Dua-dua bukan nama sebenar)

Abu: Assalamualaikum Ustaz, maaf ganggu. Saya bawa kawan saya jumpa Ustaz ni, nak minta pandangan sikit.

Baba: Walaikumsalam warahmatullah. Tak apa, masuklah. Nama siapa ni?

Abu: Saya Abu. Ni kawan saya Ali. Hah kau cakaplah sendiri dengan Ustaz ni..

Ali: Macam ni Ustaz. Saya ada krisis dengan orang rumah saya. Lepas berbalah2 cakap, saya ada sebut, 'Aku ceraikan hang'.. Lepas tu sambung lagi gaduh. Dan sekali lagi saya sebut, 'Aku ceraikan hang'.. Macam mana ya Ustaz?

Abu: Kawan saya ni nak rujuk balik dengan isteri dia Ustaz.. Macam mana ya? Cerai tu sah ke? Dia ni betul2 nak rujuk balik ni.. Tu dah kira cerai talak dua ke?

Hmm.. Saya terus masuk bilik untuk sambung bacaan saya dengan lebih aman. Malas nak ambil tahu. Ini bukan pertama kali orang2 datang jumpa Baba dengan masalah begini.

*Mengeluh*

Lelaki. Kuasa mutlak berada di tangan lelaki. Hanya lelaki yang berkuasa untuk menceraikan isterinya. Tapi harus diingat, diharamkan syurga bagi isteri yang meminta cerai dari suaminya. Talak adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah (s.w.t). Refer pada kes di atas, bahaya betul kalau seorang suami tak boleh kawal perasaan dan nafsu marah. Talak dua terus jatuh. Kalaupun berjaya rujuk semula, kita ni nak hidup bersama dalam jangka masa yang panjang, mungkin 10-20 tahun lagi. Mampukah si suami itu mengawal amarahnya sekiranya berlaku lagi pertelingkahan yang sama atau lebih teruk lagi di masa depan? Sekali lagi sebut 'Aku ceraikan hang', dah jadi talak tiga. Masa tu baru menggelupur nak cari cina buta kalau nak rujuk..



P.S: Semoga hal cerai-berai ni dijauhkan dari hidup saya. Amin.


8 comments:

  1. aku cerai kan hang. alamak, kantoi kite lesbo -_-". cmne ni?

    ReplyDelete
  2. jauh~~~~~~~
    sangat jauhkan...humban keluar(tah pape pulak)

    ReplyDelete
  3. h.a.n:
    Amiinn..

    humaira hadzarami:
    ngek la lesbo.

    f.a.r.a.h:
    yup, talak dua.

    princ3ofperlu:
    yea.. minta dijauhkan..

    ReplyDelete
  4. Cerai. benda halal yang paling Allah benci (al-Quran said so)
    Kenapa rukun talak itu ada pada niat dan lafaz si suami?
    Sejenak.
    Allah dah ciptakan wanita itu dengan 9 nafsu dan 1 akalnya. Sedangkan lelaki itu baik ciptaannya dengan 1 nafsu pada 9 akalnya.
    Betul kah macam tuh?
    Bagi aku, kalau itu kata kitab rujukan kita, macam itulah betulnya.
    {Malang bagi kita, contoh yang ada disekeliling kita bagaikan diterbalik. Lelaki yang nampaknya macam berjuta nafsu pada akalnya sedikit, sedangkan wanita itu lebih bijak pada aturannya. Jadi tahniah untuk wanita dan gadis2 yang terbabit}
    Jadi, dengan itu, lelaki pada adatnya, mestilah lebih bijak mengawal emosi dan member pertimbangan sebelum cerai di lafaz keluarkan.
    Kembali pada situasi.
    Bagaimana dengan lelaki ini. Bagi aku, jelas lelaki ini zalim (meletak sesuatu bukan pada tempatnya). Zalim kerana ada aqal yang waras (sebab berkahwin) tapi gagal mendalami ilmu munakahat itu sendiri. Gagal menjadi tunjang keluarga. Perlu diselidik, adakan sempurna dia menunjangkan solah dalam agamannya?
    Bagi yang zalim itu, Allah tunjukkan dia kesedaran. Kesedaran melalui jalan yang payah. Kesedaran hanya selepas lafz kedua talaqnya. Kesedaran yang perlu lebih effectif, kerana kegagalan untuk sedar kali ke tiga tiada jalan pulang lagi (cina buta bukan pilihan untuk orang yang sedar, kerana perkahwinan yang dirancang untuk penceraian itu sendiri bukan satu perkahwinan. Waulahualam).
    Jadi, lelaki itu bodoh. Bodoh sebab ilmunya kurang. Aku sendiri bodoh, sebab itu aku masih mencari ilmu, dan terus mencari. Ilmu aku tak sampai setitik air di lautan pun lagi…
    Cuma jangan jadi bodoh kali kedua. Jangan jadi baghal. Belajar lah
    [footnote: kita doakan semoga Allah jauhkan talaq dari menjadi lafaz kita, keluarga kita, sanak saudara dan seIslam kita seboleh-bolehnya. Ameen]
    - alamak dah sampai lantai dah nih… aiseh

    ReplyDelete
  5. AJ Nismihan:
    wow, panjang betul ni. heheh.. kata2 yg sangat bagus, thanks. lelaki adalah ketua keluarga, lelaki perlu pandai mengawal situasi. kalau lelaki pun dah ikut emosi, perempuan apatah lagi. suami tugasnya membimbing isteri, bukan sebaliknya. duhh.. thanks anyway :)

    ReplyDelete
  6. huhu khusuk betul la baca comment AJ Nismihan ni.. bagus-bagus.. :D

    ReplyDelete