expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 4, 2010

Sengal2 la badan sekarang.. Sebelum jogging kena warm up ke eh? Lupa la.. Eh ni baru title rupanya, ingatkan tengah taip content dah. Hahaha..

Hari kedua jogging. Heheh. See? Saya tak hangat2 tahi ayam tau! Erm.. Bro, baru dua hari kot. Kecoh la lu. Saya habis kerja tadi terus berkejar balik, sampai rumah kelam kabut sembahyang Asar, pastu terus siap2 pakai outfit untuk jogging. Aina dan Aicha ada sini, Aina akan duduk secara tetap di rumah Grandma ni sebab beliau akan bersekolah tadika di sini. Memang saya la yang akan menghantar dia pergi tadika hari2 sebelum pergi kerja. Balik biar Grandpa dia ambil, macam tak munasabah pula kalau saya kena keluar ofis semula pukul 11 untuk jemput dia balik. Dah sambung cerita. Tengah2 nak keluar tu tengok2 Aina pun sama2 kelam kabut dengan saya bersiap ambil selipar bagai. Eh aku ada sebut nak bawa dia ke?? Huh, dah Aina ikut, Aicha pun haruslah memberontak nak ikut juga. Terpaksa la saya bawa semua sekali pergi jogging. Mama dah berleter macam2, sebab takut kawasan tu sunyi lepas tu ada orang culik cucu2 beliau.

"Ala kalau tempat tu sunyi Dikna balik terus la Ma, Dikna pun takut kot kalau tak ada orang sangat.." terpaksa la saya meyakinkan mama, padahal saya pun malas juga nak bawa budak2 ni.

Sampai2 sana tengok ramai je orang. Mostly family yang bawa anak2 la, ada juga abang2 hensem yang mengajakku berlari seiringan. Haha tipu je. Siapa nak mengorat? Punya la hodoh saya masa tu, dengan tak mekapnya (jadah la aku nak mekap2 pergi jogging), dengan track bottom singkatnya, dengan T-shirt tak iron nya.. Kalau bukan sebab anak2 buah jerit2 panggil saya Antina sambil main buaian, mesti orang ingat saya ni bibik bawa anak majikan beriadah. Ah pedulikan mata2 kasar, biar nampak comot, asalkan bila berlari nampak sangat anggun. Wakaka! Gambar? Jangan harap saya nak ambil gambar dalam keadaan comot macam tu lepas tu upload pula. Buat bahan jenaka korang je. Saya plan nak berlari keliling tasik hari ni, tapi disebabkan ada anak2 yang perlu dijaga, saya end up lari pusing2 playground tu je. Memang agak tak macho la lari keliling situ je, nampak sangat macam tak larat nak pusing tasik. Dah tu takkan saya nak sedap2 tunjuk hebat lari keliling tasik biar budak2 main sendiri? Saya lari pusing2 tu pun mata saya tak lepas pandang anak2 buah supaya sesaat pun mereka tak hilang dari pandangan. Gila risau. Dah berjangkit dengan sifat overprotective mama la ni. Naik kereta pun saya pakaikan seatbelt pada kedua2 budak perempuan tu lepas tu kunci pintu belakang guna 'child lock'. Bengkek je muka masing2 kena duduk diam, tak la diam mana, mulut tak berhenti2 juga bercakap kan..

On the way balik budak2 merengek2 nak aiskrim, saya buat hati kering je. Takkan saya nak beli untuk budak2 tu lepas tu saya tengok je diorang makan? Sia2 la aku bersenam bagai kalau balik tu membaham aiskrim.

Sampai2 rumah, mama menyambut kami dengan wajah horrified,
"Baru je mama nak suruh Lah pergi turut kau kat sana.. Risau laaa.."

Duhh.. Mama memang macam tu, when it comes to her grandchildren, Mama akan sangat2 protective..

Aicha & Grandma
Grandma berdiri, Aicha berdiri. Grandma ruku', Aicha terus sujud. Hehe..
(Sila abaikan background bersepah, kami baru habis lipat baju masa ni. Hehe. Budak baju kaler hijau Shrek kat belakang tu adalah Aina. Tengah main online games. Kalau setahun dia duduk sini sekolah tadika sini, nampak gayanya tiap2 malam la saya perlu bertekak tarik2 rambut dengan dia berebut2 nak main internet.. Betul tak?)

The apple of my eyes - Arissa Ilhamzahra
Now you tell me, patut tak saya sayang budak kecik ni berlebih-lebihan?


12 comments:

  1. nama husna ni memang penyayang rupa-rupanya. u know what, sy pon baru save draft berkenaan my nephew 1st day kat tadika. tp x publish lg sbb xckup pic.

    and, love them in your own way,

    percaya x if I tell u that bila kita ada seseorang yg innocent gini utk disayangi, hidup kita sgt colourful.

    Percayala k.

    ReplyDelete
  2. alahaiiiiiiiiiii
    sgt cute n comelllllllll

    ReplyDelete
  3. kesian dorang tak dapat eskrim..=P.



    aicha versi ju on lagi cute..hehe.

    ReplyDelete
  4. comel gile bdk tu..

    pnjam 2 hari bleh?

    ReplyDelete
  5. Bungakopi:
    its so sweet of you babe :) betul2. bila rasa down sangat mesti akan cari budak2 ni. diorang ni innocent je. bila dia cakap dia sayang kita, they truly mean it kan. best!

    jane:
    hai! thanks for visiting. sampai ke sudah dia taknak tanggal telekung tu tau. pergi ke depan ke dapur pakai telekung.

    i'msosupernotcool:
    she is, indeed. tapi byk cakap, sabar je la aku..

    dila:
    kalau bagi eskem rosak la diet saya! versi ju on tu memang laka. heheh

    Sang Joker:
    ish.. nanti dia jadi senget macam ko susah la aku. wakaka!

    ReplyDelete
  6. meh ikut abg meh, beli aiskrim meh...na pinjam 3 hari boleh si kecik tu>

    ReplyDelete
  7. kak una! perlu ke die jadi sangat comel cmtuh?
    isk isk. geram gile!!!

    ReplyDelete
  8. Ala comei nya.. jauh betul beza dr Antina dia yg comot tu.. :P

    ReplyDelete
  9. princ3ofperlu:
    saje taknak bagi, nak mengelakkan dr terkena kencing manis :p

    f.a.r.a.h:
    sudah tentunya beliau mewarisi kecomelan ku, keh keh :))

    Datuk Z:
    eleh, padahal hari2 puji kita comel kat opis. haha

    ReplyDelete
  10. adoiiiiiiiiiiiiii comey gile2 la itu budak
    nk kidnap! haishhh

    cik una, lenkali type je sume entry kt tajuk tu. lagi cool kot. hehe

    ReplyDelete
  11. larasephia:
    hehe.. kita pakat2 kidnap nak? ;)

    ReplyDelete