expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 15, 2010

Aina monki nak pergi playground

Aku sedang menerangkan C&S drawings kepada Electrical Engineer Encik Anuar a.k.a Gary, apabila telefon bimbitku berbunyi dan tertera tulisan H.O.M.E. Ni mesti Mama ni..

"Samekom Ma.." aku memulakan bicara.

"Helo ni sape?" kedengaran suara nyaring Aina.

"Aina, mana boleh telefon orang terus tanya ni siapa, kan Aina yang telefon Antina" aku menasihati beliau.

"Oh, betul ke? Antina, Aina nak pegi playground la. Antina balik la cepat.." suara nyaring dan nyempreng bak kata Oyah tu lancar menuturkan kata2.

Aku tengok jam. Duhh.. Baru pukul 3.. "Tengok la dulu sayang. Antina banyak kerja ni.."

"Ok, nanti Antina balik kita pergi playground tau" beliau memang budak 6 tahun yang tak pernah berputus asa.

"Yela2.. Bye.."

Aku meneruskan kerjaku. Hari ni tak la sepadat semalam, pagi petang ada meeting. 10 minit kemudian handphoneku berbunyi lagi. H.O.M.E lagi.. Duhh.. Apa lagi la budak ni.. I just answered.

"Helo ni sape?" suara nyaring tu lagi.

"Ish Aina ni, Antina cakap apa tadi?"

"Antina dah balik ke?" Aina tanya tanpa menghiraukan soalanku..

"Antina balik pukul 5 laaaa.. Grandma ada situ tak?" tanyaku lemah.

"Ada" Aina menjawab pendek lepas tu diam. Lama aku tunggu dia panggil Mama.

"Antina nak cakap dengan Grandma ke?" eh suara dia lagi? Aduhhhhh!

"Yelaaaaaa.. Antina nak cakap dengan Grandma laaaaaaaaaaa~~~~~!" lepas diberi arahan yang jelas barulah aku dengar sayup2 suara nyaring dia panggil Mama.

"Ma cucu mama tu asyik telefon Dikna je ni... Mama cakap la dengan dia pukul 6 baru boleh pergi.." elok je mama bagi salam aku meluahkan ketidakpuashatianku terhadap budak tu yang kacau hari saya yang sibuk ni..

Adoi la.. Ni baru anak buah, kalau anak sendiri macam mana la.. Apa2 pun tepat pukul 5 aku dah bergegas balik, budak perempuan tu bukan reti bahasa kang beratus kali lak telefon suruh balik... Sampai rumah aku hon dan Aina terus keluar dengan riang.

"Laa.. Kenapa pakai kasut sekolah ni? Mana selipar Aina?" aku berkata bila nampak dia keluar pakai kasut putih.

"Kat rumah Aina la, Aina lumpe nak bawak"

**Lumpe = Lupa

Haish budak ni. Malas nak cerita banyak, malas nak tukar baju, aku terus gerak menuju playground berhampiran. Dalam kereta takyah cakap la betapa bingitnya suara dia ikut lagu2 di radio.. Kalau ada Oyah mesti dah kena tumbuk dah Aina tu, Oyah mana tahan dengan suara nyaring budak kecik tu. Haha..
Buah hati pengarang jantung = Alaina Izzahdurra :)

Balik tu dalam kereta kat radio keluar lagu Party In The USA nyanyian Miley Cyrus.

"Eh lagu ni kan.. Kan.. Macam sama je macam dalam cerita erm.. Hem.. Hema Notana" excited Aina bagitau dengan bangga.

"Hannah Montana lah!" malu besar dia bila aku betulkan. Terus terdiam sepanjang perjalanan. Haha.. Aina ni control cun sikit, pantang dimalukan. Dulu dia terkentot pun cepat2 dia cakap dengan muka serius, "Bukan Aina kentot tau, bukan Aina!" Haha..



15 comments:

  1. he...nme dia durra kt balakng...sme cm nme kita..haha....

    comelnye ank buah dia.....

    ReplyDelete
  2. hehe....kiut je aina pakai kasut sekolah..haish,tapi memang cute la..huhu,jelesnya nak anak..(over sdah)

    kecik2 pon da pandai control kentut..eh silap..kontrol cun la.

    ReplyDelete
  3. sedap gak nama anak buah.
    penyabar gila antina ni. ngan peluh2 sempat plak g taman. itu anak abang ke anak kakak..?

    ReplyDelete
  4. whitedaisy:
    ada nama durra jugak ke? mesti sedap nama ni ;)

    dila:
    tu la. bila kita sebut nak kahwin org ckp kita gatal, tapi sebenarnya x sbr nk ada anak je.. huhu..

    farah:
    antina comel x? :D

    Bungakopi:
    hehe.. boleh tahan gak la sabar.. tu anak kakak sulung :)

    i'msosupernotcool:
    org comel je boleh kentot ke? haha ;)

    ReplyDelete
  5. antina pung pegi maen dekat taman pakei kebayer ye?
    nampaknya sempat ilang le bau downy4x dekat treksut jogging hari tu.
    baru 2x guna.eh silap, SUDAH 2 kali guna ('baru' tu bunyinya macam sikit sangat jer hehe)
    :)
    comei muka gambar sorang atas skali tuh.hehe
    ni yang teringin nak dapek anak pompuan nih (lepas tu jenuh la beratur dekat konter bayaran nak byor gown dia, blause dia,skirt dia.makan nasi lemak jer la pagi petang siang malam macam ni!)

    ReplyDelete
  6. AJ Nismihan:
    hello2. petang ni orang pergi joging lagi tau! heheh.. ingat org hangat2 taik ayam ke :P

    well, anak pompuan ke anak lelaki ke sama je maintenance nya. in fact anak lelaki lagi makan duit. diorg kalau mintak sekali PSP, Nintendo Wii, Gameboy.. hambik! hehe..

    ReplyDelete
  7. ahahaha...hilang penat baca entri lepas tgk budak hepi...

    ReplyDelete
  8. apesat kemre nampak lawa je? apesat aina pose gedik?
    *tak puas ati*

    ReplyDelete
  9. hans:
    hehehe.. kalau dgr dia kentot lagi comel :D

    avid gunner:
    betul3. kita pun hepi dapat entertain budak :)

    enyheartsdiamond:
    belum dengar suara nyaring dia lagi. terus cancel cakap comel. keh keh keh :)

    humaira hadzarami:
    sebenarnya sebab ada si ayu berkebaya brown tu membuatkan gambar nampak lawa.
    pose gedik aina tu belajar dari ko la! lagi mau tanya (-_-")

    ReplyDelete