expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 25, 2010

Perihal friend request at facebook


Ok, mesti korang nak cakap aku poyo kann?? Baru 90 requests nak kecoh. Ok itu bukan isunya. Biar saya cerita sikit kenapa saya liat sangat nak approve friend request ni. Bukanlah nak bajet hot ataupun cool, tapi saya ada pendirian sendiri dalam hal ni. Dulu saya ada account Friendster. Masa zaman2 hingusan la. Saya dulu memang sentiasa approve je friend request. But one day this thing happened.

There's someone adding me up, profile picture Christiano Ronaldo, jantina lelaki. Nama apa entah saya tak ingat. Saya approve je la without even browse through his profile. Sebulan lepas tu saya terima banyak gila message kat inbox marah2 cakap saya ganggu somebody else's boyfriend dari Christiano Ronaldo tu. Dia kononnya acting on behalf of his friend. Macam2 la dia cakap, and after a bit of interrogation plus confrontation, we found that 'he' was actually my friend's ex-girlfriend. Adoyy laa.. Saya bukan jenis bergaduh macam budak2, saya ego tinggi kot untuk disia-siakan dengan benda remeh temeh macam tu. Sumpah saya malas gila nak layan. Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk saya fikirkan. Saya delete je dia. End of the story. Until now if dapat request dari orang sebarangan, yang profile picture gambar artis/kartun/anything, yang nama pun bukan nama orang i.e The Dark Knight/Mysazadxinsky/Si Comel/whatsover, saya confirm takkan approve punya. Bukan nak menyombong berlagak ke apa, tapi memang wujud insan yang sangat rajin create profile khas untuk stalk other people's life. Betolll~

Mesti korang cakap, kenapa saya tak delete/ignore je? Kenapa perlu tunggu sampai dekat 100? Macam ni, dulu saya ni kalau ada request dari orang yang saya tak kenal memang saya terus ignore. But it happened that orang yang saya dah ignore tu rupanya kawan sekolah saya la, kawan universiti saya la, kawan tadika saya la.. Saya jadi tak recognize bila diorang ni guna nama lain, or diorang dah totally different by then. Because of that i decided to just keep it as it is, in case one day i baru perasan rupanya dia tu one of my old friend. Another thing is, tolong la cik kak cik abang jangan la guna nama bukan2 dalam facebook. It's so 70's ok?

Contoh terdekat:

Man Boyak - ini adalah nama yang digunakan oleh adik saya yang sengal masa mula2 create facebook account. Punya la kena bebel dengan tujuh keturunan baru la dia tukar nama kepada Rahman Hadzarami.


"Ye, akulah Man Boyak yang terkenal itu.. So? Tak puas hati?"
Hehehe :P

So kalau nak add kat facebook tu, kalau rajin selitkan la message sekali. Bagitau la anda rakan tadika saya ke, kawan jumpa kat tepi jalan tadi ke, pembaca blog saya ke.. Saya appreciate readers yang add saya at facebook tau. Ada juga di kalangan blogger yang dah jadi kawan facebook saya macam AJ Nismihan, dila, feeda, kery.. Siapa ya lagi.. Seronok macam tu, rasa lebih rapat and sincere with each other :)

Ok2, tu je. Seryes saya sakit gila kepala sekarang. Bahana meeting yang memaksa kami semua brainstorming tadi laa.. Adeyy tak boleh tidur malam fikir projek kat Kinabatangan tu.. *sigh*




17 comments:

  1. saya juga tak approve n tak ignore..
    dulu ada sorang laki create account fb dgn nama pemerhati senyap. konon nak tgok apa gf dia buat. last skali,putuss.

    ReplyDelete
  2. betul-betul..kalaulah friend request tu boleh ditukarkan dengan wang...dapat dah rm90 hinggit hehe

    ReplyDelete
  3. haha...ni nak kena tukar nama la ni...

    It's so 70's ok?

    ReplyDelete
  4. aku pon xley bla..
    ntah sape2 add..
    aku slambe ignore..
    pastu kene tiaw..
    sape suh x gtaw identiti.
    haha..

    ReplyDelete
  5. I am so 70's?
    Hehe terima jer lah
    Actualy, i am so naive on the day i create fb account.Do attach everything right from my own personal book.Hp no, add, my real (full) name (with bin), detail background too!
    But there is something weird happen.i hate internet for a while.
    then i shut down my fb account (temporary),delete friendster account,close all my email account (and open one so-called-formal one with gmail).
    delete those friend in which i dont really know who and (for those i know but) i dont want to keep in touch with.then i delete all 5 album in fb (now only left my 'tagged' picture and my butterfinger's picture).
    sound weird rite.good, because i am weird!
    i just want to be alone on that time.
    but time change.
    i still use the same fake name (alteration from my pen-name since form 2).still have no picture, but do adding my blooger’s friend into my fb account (and weirdly, don’t active with fb anymore).
    Sometimes people appreciate you more when they don’t know you, as the don’t have chance to judge you by your look/background/education/status and so on. I believe “I’msosupernotcool” agree on this!

    ReplyDelete
  6. hot siot u nih sampai 90 friend request. hahaha! bape lame u kumpul kak una?

    ey kak una! i tbe2 cm rindu u. haha. terharu x? ;)

    ReplyDelete
  7. kak farah, pesal yu tak rindu ai pun?

    ATTENTION : pompuan gemok ni saje je nak begar die ade 90 requests. Takpe2, ai kumpul. haha, tak nak approve sume org buat mase ni.

    ReplyDelete
  8. Bungakopi:
    ish, annoying kan macam tu? takde kerja lain ke..

    princ3ofperlu:
    betul3. lepas duit bayar streamyx :P

    dila:
    eh nama awk kat fesbuk tu bukan nama sebenar ke??
    haha

    i'msosupernotcool:
    same goes to me, sebab tu tak nak ignore dulu sekarang. tapi lama2 macam nak ignore semua je kot..

    AJ Nismihan:
    dah tu nama sebenar awak apa? misteri nih ;)
    lelaki pun macam tu gak ke? kalau ada problem sikit mesti nak delete facebook la, delete friend la.. ingatkan pompuan je camtu.. huhu

    f.a.r.a.h:
    i tau dah, sebab byk betul bulu mata i jatuh lately. dalam hati i berfikir, " mesti farah tengah rindukan aku ni.."
    betolll.. terharu x? :D

    humaira hadzarami si badak air:
    aku tanak amik kau balik cuti thaipusam ni. ko sambut la thaipusam kat sekolah sorang2. bluekkk!
    tapi.. erm.. kesian lak kat aunty letchumi, sedih la dia kalau anaknya tak balik beraya.. *sigh*

    ReplyDelete
  9. haha
    ader jer jantan yang emo macam pompuan.
    Do i? err maybe not.
    stress tahap cipan hari tuh.
    nak dok sorang2.
    call me coward for that!

    ReplyDelete
  10. sy pun xapprove n xignore...
    ade gak yg sy mmg sengaja ignore sbb saje add sy sbb nk korek rahsia2 di fb sy huhu

    ReplyDelete
  11. hoi oyah. i rinduu la kat u gak. takleh cakap la banyak nye rindu kat ko tuh. haahhaa!

    dari arituh i nak tanye. nape oyah masuk skola?

    ReplyDelete
  12. AJ Nismihan:
    no la, not really. semua org pun ada perasaan kot. but its true, sumtimes guys tend to be more carried away than girls. dah jumpa ramai dah camtu. huhu..

    zella:
    yes, sumtimes ignorance is better. kenapa la ada org yg byk masa utk benda2 macam tu. get a life la kan..

    f.a.r.a.h:
    perlu ke pasangan ni bercinte rindu bagai kat page aku?? (-_-")
    wey oyah ni kan sekolah lagi. walaupun wajah dan bentuk badan beliau seperti 27 tahun, sebenarnya beliau baru 17 tahun. SPM tahun ni.

    ReplyDelete
  13. owhh.
    hehe.
    i learned something from u.
    hee.
    thanks!!
    ;)
    i nk add fb u.
    u approve k.
    nurul farahin. :)

    ReplyDelete
  14. fafa:
    ouh. did i?? great to hear that. heh heh..
    hah add la cepat, i confirm approve :)

    ReplyDelete
  15. btw rakan2, sejak saya post ni kan, in 2 days kat fesbuk saya dah bertambah 20 lagi requests dari entah siapa2. ada orang nak buat lawak sarkastik dengan aku ke ni???

    ReplyDelete
  16. fafa:
    taip je Husna Hadzarami kat search box tu, and add la. takpun click kat facebook badge kat tepi ni. or maybe i can add up ke :)

    ReplyDelete