expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 1, 2010

01.01.10 - Best! :)

Hari pertama untuk tahun 2010 bermula dengan sangat baik sekali. Bangun awal sebab Lynn mintak tolong hantar dia ke Puduraya, dia nak balik Muar. Lynn nak kahwin 14 Februari ni dengan college sweetheart beliau iaitu Atenk. 2-2 pun kawan baik saya. On the way hantar Lynn tu Ja text ajak lepak Sunway Pyramid, saya cakap tak ingat jalan, tapi saya decide nak redah je pergi. Tak susah pun rupanya. Setengah jam je dari Puduraya yang jem macam haram tu.

Sampai sana, kami terus lunch kat McD. Kenapa McD? Sebab dari pukul 12-3pm kan murah kat sini, saya ni sempena tahun baru dah bertekad nak berjimat cermat dan menguruskan badan. Dua tu je ke azam baru saya? Ermm.. Ye kot, dua tu je. Tak guna betul (-_-"). Makan McD during lunch hour, yes save duit. So azam pertama dah terlaksana. Tapi bukan ke McD tu menggemokkan? Huhu.. Tak boleh pakai betul azam tu..

Tapi betul tau saya nak menguruskan badan. Buktinya saya hari ni berhabis duit beli track bottom dan sport shoes dengan niat untuk berjogging setiap petang Sabtu dan Ahad. Saya dah paksa Ja ikut sekali teman saya, dia yang dah kurus macam lidi tu hanya mampu mengangguk sambil mengalirkan air mata. Mula2 saya masuk butik Elle. Saya ingat nak beli 1 sut of sweatpants and sweater yang kaler pink sebagai outfit jogging saya.

Sweatpants=RM90++.
Sweater=RM120++

Dan saya nak beli lebih dari sehelai. Gila? Dah tu sebulan saya nak makan apa? Selepas dijeling tajam oleh Oyah yang lagaknya tak ubah macam Mama yang mengawal perbelanjaan saya, saya pun membatalkan niat nak beli set jogging dekat Elle tu dan terus melangkah ke Jusco je. Dapat la 2 helai track bottom yang murah dan sesuai untuk berjoging. Then i need to buy a pair of running shoes. Cepat je saya melangkah ke butik Nike. Jumpa satu yang sangat2 cantik, harga pun cantik. 4ratus lebih juga la. Saya dah hampir terbeli dah, then saya call En. Hanis untuk tanya pendapat. Beliau dengan sinisnya berkata,

"Berbaloi sangat la untuk pakai sekali dua bawak pergi joging."

Ni dah kira mencabar semangat saya ni! Huh.. Last2 saya end up beli Adidas je. Saya kurang minat Adidas sebenarnya, design tak cantik. Tapi cheaper la, beza kurang seratus lebih dari harga Nike tadi. OK la tu. Setengah jam lepas tu En. Hanis datang join. Sampai2 je terus bertekak dengan Oyah pasal kasut Crocs masing2.

Teka mana satu Crocs ori?
Lepas dua2 pun menangis kena marah dengan saya yang bertindak sebagai orang yang paling matang pada masa itu, kami ramai2 pergi main boling.

Kiri: Ja dengan gaya maknyah.
Kanan: Oyah bermain boling menggunakan skill bermain netball.
Kiri: En. Hanis berhempas pulas untuk mengalahkan wanita2.
Kanan: Saya melangkah keluar dengan gaya seorang juara. Eh saya yang tengah baling tu la, silap lak. Padan la dari tadi saya asyik fikir bila lak saya keluar freehair ni..
Imej on skrin sebelum main.
(Atas sebab2 teknikal, gambar skrin selepas keputusan akhir tidak dapat diupload. Malas saya nak menunjuk2 saya menang tadi.)


Kepuasan terpapar jelas di wajah Oyah sebab beliau tak perlu keluarkan duit langsung lantaran masih bersekolah.
Habis main boling Oyah merengek2 nak pergi karaoke lak. Kami terus pergi kat tempat karaoke tu dan tanya harga. RM44++/head. Your head la! Combine duit dalam wallet semua orang campur sekali dengan bulu kaki Hanis pun belum tentu cukup nak bayar masuk tau! Semata2 nak dengar kau melalak je. Ceh. Kami2 pun jalan2 la sekitar Sunway tu tengok ada apa lagi yang best. Sepanjang jalan tu En. Hanis tak habis2 cakap, "Banyaknya dah berubah, dah lama tak datang sini". Sebijik macam pakcik2 yang lahir di zaman perang datang melawat Dataran Merdeka lalu menceritakan sejarah kemerdekaan.
Dah lenguh berjalan tu, tiba2 nampak pameran besar-besaran Ogawa di tengah2 foyer Sunway Pyramid tu. Memang pucuk dicinta ulam yang datang la (betul ke peribahasa ni?). Kami berempat berebut2 nak cuba kerusi2 urut yang disediakan.
Sakit kot mesin tu. Geli lak tu! Ke Hanis sengaja tekan button yang akan membuatkan saya cepat2 bangun dan bagi dia duduk??
Hampir sahaja berlaku pertumpahan darah antara Oyah dengan Ja semasa berebut nak duduk kerusi ni. Lenguh gila kaki badan segala lepas main boling tadi..
Selesai berurut, kami ramai2 pergi minum at Oldtown. Lepas tu balik. Esok kerja. Adoyy..


5 comments:

  1. dah hamek ni!
    dah la abg hanis pakai crocs kaler pink. nak tuka, tp cm, die punye x ori, gatal kaki ai.

    ReplyDelete
  2. Nak jimat makan McD time promo price mungkin logik la, tapi kalau nak kurus makan McD err macam gagal jer. cheese (bukan cis berdebah) tuh agak tidak menguruskan :)
    Anyway, lama gak lah tak p sunway piramid. dulu dok shalam, kendian practical dekat SS15 rajin la pi sunway. ( do i sound like Pakcik?)
    Apapun, enjoy one-day-off before back to rutine keje. same goes to me! (and now still mood holiday, sigh..)

    ReplyDelete
  3. huhu...bestnye die.. smoga tahun ini senyuman itu tidak lekang. satu azam yg perempuan xkan tinggal menjelang tahun baru : kuruskan badan.

    ReplyDelete
  4. humaira hadzarami:
    kaki ko lagi besar dari abg hanis eh? yang kaler hitam tu kan lagi besar. keh keh

    AJ Nismihan:
    ala tu la pasal, McD memang perosak diet la. sunway pyramid besar gila sekarang (ke dah lama dah besar macam tu?), ada new wing bagai. dah macam OU lak.

    larasephia:
    thanks babe, happy new year too ;)

    Bungakopi:
    ye, hidup kena banyak senyum :) ala awak dah kurus, tak payah nak buat azam kuruskan badan. best betul. hukhuk..

    ReplyDelete