expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 9, 2010

Budak itam dah balik!

Saya la tu si budak itam. Gila sunburn lepas site visit. Oh ya, saya outstation to Sandakan since Thursday. Itulah kali pertama saya melawat construction site kami yang terletak di daerah Kinabatangan tu. Tu daerah Datuk Bung Mokhtar tau. Ok2, taknak komen apa2 :P. What can i say is, the trip was extremely adventurous! Sumpah mencabar betul. I wish i can show you the photos there, tapi saya perlu tunggu our consultants email semua gambar sebab saya tak bawa kamera. Beg kecil saya muat2 wallet dengan my two handphones je. Nak keluarkan handphone saya untuk ambil gambar? Tak mungkin, sia2 je kalau terjatuh dalam hutan belantara tu. Ok sini saya cerita sikit apa yang saya kecoh sangat pasal tu:
  1. First day - Kami yang terdiri daripada 17 orang which include engineers dari SESB, the consultants and also the sub-contractors went to our first site at Kampung Tanjung Batu, Kinabatangan. Site yang ni biasa2 saja. Cuma masa nak masuk dan keluar site tu kena merentas kawasan laut lalu jambatan sepanjang lebih kurang 500 meter. And i'm telling you this; jambatan tu kayu nya jarak2, nampak reput dan lebarnya kurang dari 1 meter (kena jalan satu barisan!). Gila gayat. Jalan tak pandang depan langsung, pandang bawah je takut terpijak kayu reput dan terpelosok jatuh. Huhu..

  2. Hari kedua kami ke tapak kedua, Kampung Kuamut yang lebih pedalaman. 3 hours boat ride merentasi Sungai Kinabatangan. Anda tahukan Sungai Kinabatangan memang banyak buaya? Sepanjang perjalanan atas bot tu bulat je mata saya tengok sekeliling, bersepah buaya bersidai kat pasir. Tu yang kat persisiran sungai, kecut perut saya bayangkan tiba2 bot kami dilibas buaya dari bawah sungai... Waaarrggghhh~~!! Dah la semua orang asal nampak buaya je semua panggil nama saya suruh tengok. Dalam hati saya berfikir, apa yang nak dihairankan sangat, atas bot ni pun semuanya buaya juga. Oh ya, saya seorang je perempuan dalam 17 orang ni..

  3. Turun2 bot kami perlu berjalan kaki meredah hutan belantara pula untuk sampai ke tapak pembinaan powerhouse kami. Jangan tak tau, saya depan sekali tau! Eh tipu la, Project Manager saya si Rohan la depan sekali, dah dia je tau site ni di mana. Saya insan hebat kedua di belakang beliau. Hehe :) Malas saya nak jalan depan sekali, kang tiba2 terbawa semua orang jalan sampai Zimbabwe puas pula saya nak menjawab dengan anak bini mereka. Lepas selesai melawat tapak, kami dijemput menjamu selera di rumah ketua kampung tau, makan daging rusa wa cakap lu! Sini rusa dipanggil payau, tapi bila saya makan tak pula rasa payau, rasa sedap gila adalah. Saya tanpa segan silu menambah nasi sambil memuji2 kesedapan lauk pauk. Betul sedaaap~ :))

  4. Masuk site ketiga, 10 minutes boat ride dari site kedua tadi. Kali ni mendaki bukit pula. Aku ni punyalah penuh perut makan banyak tadi, sumpah senak nak mampos! Mahu saja saya buat2 pengsan supaya dikecualikan naik. Tapi saya tetap control macho di depan dengan Rohan walaupun dalam hati menyumpah2 ikut nafsu makan banyak tadi. Dah la sini susah nak cari tandas. Macam tak bertamadun pula kalau aku ikut gaya orang lain kencing je tepi pokok sebab tak tahan sangat. Kau lelaki boleh la! Wuuu~~ Lupa nak bagitahu, semua site kan, turun je dari bot nak ke tebing sungai yang tinggi tu kena lalu titi yang diperbuat daripada kayu balak yang bulat tu. Gayat tau tak! Puas la saya jalan mengimbangi badan, semua orang melangkah macam penari ballet. Saya yang perempuan ni agak comel la jalan macam tu, bayangkan lelaki2 berbadan sasa jalan selangkah2 terjengket2 sambil mendepakan tangan, lucu juga tengok. Tapi di saat2 genting macam tu memang tak rasa nak ketawa langsung la, tersilap langkah sikit memang tergelincir jatuh dalam sungai. Seram wooo!! Nak2 sungai yang ada Encik Crocs.. Huhu..
Balik tu 2 hours boat ride je, sebab mengikut arus sungai. Masa pergi tadi jadi 3 jam sebab melawan arus. Saya tidur je sepanjang jalan tak minat dah nak tengok buaya. Penat cik kak. Beberapa kali juga saya dikejutkan oleh rakan2 sebab banyak kali siku saya terkeluar dari bot. Letih pula mereka nak menjelaskan kalau saya bangun bising2 sebelah tangan dah tak ada dimakan buaya..
Sampai hotel, masuk lobi je semua mata tertumpu ke arah saya. Mana taknya, punyalah comot dengan kasut berlumpurnya, tudung ikat ke belakang macam minah indon nya, sebijik macam buruh kasar. Mesti mereka ingat aku tak mampu nak duduk hotel macam tu. Memang jenuh la cleaner nak membersihkan karpet The Mark's Lodge Hotel yang cantik berkonsepkan British stail tu. Dah siap mandi bersihkan keladak semua, saya terus terlelap tapi terjaga semula Rohan call suruh bersiap2 pergi dinner ramai2. Saya tak ikut pun, tak larat bangun la. Tapi lapar juga. So saya call Pizza Hut delivery je instead. Makanlah saya sambil berbaring atas katil tengok TV. Macam paus terdampar pun ada kalau korang tengok. Seryes malas gila nak bangun..

Flight balik tadi saya duduk sebelah Mat Saleh lagi, tapi kali ni saya tak la borak2 macam hari tu. Heheh.. Dia senyum kat saya, saya senyum balik dan terus tertidur. Terjaga pun sekejap je bila dikejutkan oleh stewardess cun yang serve makanan..


Azam baru selepas site visit:
Saya perlu berusaha keras untuk siapkan projek ni secepat mungkin supaya orang2 di pedalaman tu cepat dapat bekalan elektrik. Kesian sangat tau, malam2 semua orang berpanas dan bergelap. Ada cahaya lilin je. Kalau yang mampu sikit boleh la pakai generator untuk menjana kuasa elektrik. Tapi most of them memang orang susah tau. Our safety officer Haji Ahmad cerita beliau sampai mengalir airmata bila sembahyang Isyak dengan orang kampung di surau yang pakai lilin je....





17 comments:

  1. wahh..panjangnya karangan..siap ada point2 lagi.hehe!

    keje nampak macam best je..mencabar giler.siap dengan buaya..jambatan reput..menari ballet segala..haha,macam fear factor dah ni..

    ReplyDelete
  2. mcm tu kesahnya, patut lama xder entry baru..wei hitam2 jgn dok sbt kuat2 sngt..hahahaha!

    ReplyDelete
  3. wah
    sakan juga ko berjalan yer
    huhuhu
    xper
    pasnih putih balik

    ReplyDelete
  4. haha..best apa..org len susah2 join program panjat gunung la panjat bukit la, tp ni siap bertepuk tampar dengan buaya, memang kelas.
    Badan still maintain tp kuat makan. Ini yg bikin gua jelesssss..adeh.

    ReplyDelete
  5. Oya, ingatkan entri ni pasal anak buah lagi, nak jenguk la jugak tengok muka anak buah yg hitam, tetiba..

    ReplyDelete
  6. kakna jom date!! miss u larh!!

    ReplyDelete
  7. kak una! u structure engineer ke?
    macam challenging gile je. ;p

    ReplyDelete
  8. dila:
    cukup 500 patah perkataan tak? hehe..
    betul babe, macam fear factor da.. at one point rasa macam betul ke ni construction site kita ni??

    feeda:
    hahaha.. wey2 no offense tau! hahaha.. ngade dia ni :P

    hans:
    xpe, dah tak kisah da kulit macam mana pun. malas jaga da sekarang.. (macam dari dulu pun aku malas kot :P)

    Bungakopi:
    adoyy.. bertepuk tampar dengan buaya! kalau buaya comel macam dalam cerita the princess & frog tu takpe la.. huhu..
    weyh2 cik kak, mana ada badan maintain. kasi jumpa dulu tengok. haha :P
    dah lama lak tak jumpa anak buah *sigh*

    juney:
    bila2? heheh.. nanti kalau tak ada apa2 kak una text june k :)

    f.a.r.a.h:
    yup. projek buat solar hybrid system utk bekalkan elektrik pada kawasan pedalaman. i incharge untuk pembinaan powerhouse tu, once the powerhouse has been built, baru boleh masuk sistem tu. masa tu turn system/electrical/mechanical engineers pulak yg sakit kepala..
    panjangnya reply, passionate tak nampak? hehe :)

    ReplyDelete
  9. juney:
    (^_^)v

    princ3ofperlu:
    indeed. gunakanlah dengan sebaik2nya :D

    ReplyDelete
  10. huhu bestnya.. ruginya tak dapat ikut.. tak kira lepas ni nak pergi jugak..

    ReplyDelete
  11. sebut pasal titi teringat citer titi gantung jatuh dekat kinta hari tuh. mujur gak una dengan 16 lagi gergasi tuh tak terjatuh gak. kalau tak, mesti masuk nan yang siang pau yer hang.
    Anyway, keje macam ni lagi bagus. boleh jadi alternate kuruskan badan selain dari joging yang baru masuk 2hari tuh kan. cuma kalau masuk bab melangsaikan hutang nafsu makan sampai sakit perut tu kita kena nilai balik ler. hehe


    Apapun, kerje hang nampak macam best la :)

    pause.
    dalam hanya berlilin jer pun, depa pi solat jemaah. kiter (err, i mean myself!)?

    ReplyDelete
  12. Datuk Z:
    best, nanti next trip abg zack kena gak pergi. rugi tau!

    AJ Nismihan:
    best gak la, cuma parents macam risau gak la lepaskan kita pergi sana.. huhu.. tu la pasal, memang cepat kurus la kalau pergi sana, kurus+itam.. heheh..
    pasal solat jemaah tu, renung2kan dan selamat beramal la ye :P

    ReplyDelete
  13. hitam itu Perilly's :)
    tak apa, warna gelap akan menguruskan anda.
    Ala relax la,
    tona warna gelap tu sekejap jer,
    comot dan penat wajah tu tak lama mana,
    yang tinggal nanti,
    pengalaman.
    tu yang orang sanggup pi kinabatangan tuh, cari pengalaman.
    (this statement have no direct or indirect relation with Zetty Izzet or her family. End)

    ReplyDelete
  14. Kaitan hitam = kurus
    Fakta ni.. kalau kita kurus mmg kita akan nampak hitam.. bila kita gemuk sikit kita akan nampak putih.. dah kena pada diriku sendiri.. dah lama tak jumpa my former boss.. sekali jumpa ni ayat dia "Eh.. Zack.. lama tak jumpa you dah putih ye sekarang.. agaknya sebab you dah gemuk kot.." conclusion: ala kulitkan macam getah makin tertarik makin la putihnya.. so jangan la takut kalau gemuk.. fikir2 kan la.. :D
    (moral of the story: diaorg semua komen panjang2.. saya pun nak jugak)

    ReplyDelete
  15. AJ Nismihan:
    betul2. hitam nampak kurus. well, yeah. saya tak ralat bersusah2, sebab saya memang nak collect pengalaman sebanyak mungkin. bukan semua orang dpt chance macam ni kan? :) thanks!

    Datuk Z:
    ye bang. memang panjang komen ni. hehehe. tapi saya setuju yg ni. sebab tu la orang mengandung wajah berseri2 kan? :)

    ReplyDelete