Sunday, June 20, 2010

Sebab tu la saya malas nak cakap pasal persiapan kahwin..

Entri ini sebagai menjawab pertanyaan rakan rakan tentang persiapan kahwin saya, sebab biasanya apabila ditanya mesti saya akan jawab macam nak taknak je. Kenapa? Sebab saya taknak stress. Kenapa stress pulak? Chill la babe, don't worry be happy. Chill palotak kau. Ok lets go through the list one by one.


1) Catering

Belum ada, dan tinggal 2 bulan lebih je lagi omaigosh omaigosh sempat ke?! Perihal catering memang sangat memeningkan. Asalnya saya nak ambil je mana mana catering dari majalah pengantin or website ke, and even dah buat test food merata pun, tapi semuanya ditolak oleh Baba. Sebab Baba nak ambil catering Pakcik Tahir our neighbour selang beberapa buah rumah je dengan alasan pakcik tu orang masjid, kita kenal dia dan makanan mesti bersih. Lagipun makanan dia sedap sedap bukan macam lauk kenduri lain yang ala kadar je, itu saya tak nafikan. Tapi saya jadi susah hati bila Baba belum betul betul confirmkan dengan dia. Memandangkan hal catering ditaja sepenuhnya oleh Baba so baik aku diam je jangan nak banyak bunyi. Kang Baba berubah hati taknak taja, aku ni ada ke duit nak tanggung sendiri 8-10ribu? Hah jawab jawab. InsyaAllah okay kot. Cuak la (T_T)


2) Pelamin

Korang tau aku takkan bersanding kan? Tapi aku ada cakap nak juga ada pelamin untuk sesi bergambar kan? Korang rasa berbaloi tak untuk ambil pelamin berharga RM1300 semata mata untuk bergambar? Sebab tiba tiba rasa nak ambil yang RM500 lebih je. Simple je la, sekadar cukup syarat ada background untuk bergambar. Ke bagi korang takpe lah mahal sikit bukan selalu kahwin ni. Sedap kau cakap kan. Meh sini duit.


3) Barang hantaran

This is the best part. Boleh tak masa beli cincin last week tiba tiba saya cakap dengan Encik Hanis, "Sayang, boleh tak kita takyah buat barang hantaran ni? Awak bagi saya cheque untuk duit hantaran, cincin dan mas kahwin, saya bagi awak Al-Quran. Maya Karin pun nikah bagi Al-Quran je". Heh heh bajet best guna contoh artis. Sebabnya saya dah pening la nak fikir barang apa yang saya nak jadikan hantaran. Nak letak set mekap, saya mana mekap sangat so membazir je, dah la bukan murah. Handbag dan kasut ok, tapi saya dah penat la nak jalan jalan cari yang sesuai. Then nak fikir decoration lagi. Encik Hanis setuju je memandangkan dia pun mengalami masalah yang sama. He agreed to remove barang barang hantaran from the list and increase the amount of wang hantaran. However dia suruh bincang dengan Mama dulu. Malam tu saya nekad bagitahu Mama, dan seperti dijangka Mama memang tak setuju pun. Setelah habis berbincang Mama cakap okay kalau ibu Hanis setuju. Okay, that's not gonna be easy. Last last supaya tak jadi conflict ke apa, kami sepakat untuk adakan juga barang barang hantaran sebagai adat sahaja, but reduce to 5 berbalas tujuh instead of 7-9 as before. Deal. Dia beli apa yang dia suka, saya beli apa yang saya suka, then later we exchange. And semalam Mama dah belanja telekung for my hantaran. Heh heh :)


4) Baju nikah

Saya mengalami sindrom down, eh bukan, sindrom pasrah sahaja dengan tailor saya. Kami pernah bertelagah pasal baju nikah saya, and for some reasons saya hilang kepercayaan pada dia. However dia dah halfway done my nikah outfit. So now pasrah je lah. Apapun outcome nya, itulah yang akan saya pakai di hari nikah nanti..


5) Outfit untuk majlis bertandang

Takde lagi. Encik Hanis pun tak cakap apa apa. Untuk tidak menambahkan stress, saya pun diamkan sahaja hal itu. Biar dia uruskan je, sibuk je aku ni belah dia punya pun nak masuk campur.


6) Kad kahwin

Tak siap lagi. Tunggu final confirmation dari belah Encik Hanis. On my side macam dah okay je map semua. His mom minta jangan letak ayat BISMILLAH dalam kad tu, sebab nanti orang buat sambil lewa je buang buang or mungkin boleh terpijak ke apa. Tak pasal pasal kita yang tanggung dosa. Good point there, auntie. Ramai Muslims yang overlook perkara tu.


7) Doorgifts

For VIP guests, dah confirm nak buat macam mana. For ordinary guests sahaja yang asyik berubah ubah fikiran. Rasa tak sampai hati pula nak double standard. Tapi kalau semua nak buat seperti VIP lingkup la aii~ So masih dalam perbincangan lagi.


8) Photographer

Seperti yang digembar-gemburkan oleh Encik Hanis di sini, kami sepakat untuk mengambil Lan sebagai our OC. Lan ni kawan Encik Hanis, so takde lah saya segan nak minta itu ini seperti mengambil gambar dari plan view, sambil berlari, berbaring dan sebagainya untuk mendapatkan shot yang menarik. Heh heh. Cakap lebih je minah ni, sekali depan kamera jadi kaku keras kejung. Tapi tak bayar deposit lagi ni. Duit lagi. *sigh* Then i'm thinking of having a videographer as well, worth it tak ye? And ada cadangan yang cantik dan affordable tak? Erm.. I mean, below RM1000 per session?? ... Ok takyah nak buat pandangan annoying, cakap je takde..


9) Borang nikah, HIV test, tok kadi dan sebagainya.

This is crucial. HIV test kami plan akan buat sama sama this week. Borang yang lain lain tu saya kena tunggu Encik Hanis buat dulu baru saya boleh bergerak. Ni aku tengok laki aku tu buat selamba je tak nampak buat apa apa pun lagi. Waaaaaa~~~ Dia taknak kahwin ke? Dia dah ubah fikiran nak kahwin dengan orang asli ke???


10) Diet

Ahhhhh! Benci aku bila fikir pasal diet ni. Takde berdiet apa pun. Tapi tadi timbang berat badan turun 2 kilo. Bila tengok dari luaran takde apa yang berubah pun. Mama tadi suruh saya try satu korset ni, baru cuba pakai 10 minit dah naik biru jugalah muka susah nak bernafas. Tak boleh bayang kena pakai sehari suntuk omaigod..


11) Skill memasak?

Senyap la kau. Ni pun nak tanya. Ubah topik.


12) Perhiasan bilik pengantin

Tak beli apa lagi. Tengah cari masa yang sesuai untuk keluar cari cadar pengantin. Kalau boleh taknak la cadar yang ropol ropol come on la ketinggalan zaman betul fesyen tu. So nak cari yang plain sahaja, memandangkan langsir di bilik pengantin nanti berbunga bunga vintage English style gitu. Selain itu saya terfikir nak letak scented candle sebagai penyeri, dan juga hiasan bunga segar, dan juga frame besar yang mengandungi photo collage me and him. Wah wah kena ambil pre-wedding photoshoot la ni. Duit macam dah tinggal RM4.80. Macam mana ni??



----
Banyak lagi rupanya kan. Stress! Sebab tu saya taknak ulas sangat pasal ni, kalau boleh taknak fikir langsung la.. Tau tau dah siap cantik tunggu disarungkan cincin. Ehem ehem. Tinggi angan angan kaauu~




9 comments:

Wanie-san said...

wa!!kagum giler dgn kak husna!
biasenye org laen nak kawen gempak2...tapi kak husna mcm nak buat yg wajib je..sgt respect!!!
tumb up!! \^^/9

Cik Akma said...

nak kawinnnn.. huuu :P


heppp tenang saja. settle slow2 evything will be fine!

zella y said...

hehehhe...
una,klu xnk pbersanding but nak wat photoshoot je,amikla yg pelamin utk bertunang...mb murah sket...

Anonymous said...

Catering
ala hint2kan lah Baba dengan soalan kias.
"erk, baba dah kompom dengan cik tu pasal katering kan. Time kasih ye baba. Na nak buat checklist jer nih" dan buat muka *wink*wink*

Pelamin
jangan mahal pelamin dari photograper la. Anyway, up to you. Jangan esok lusa depa dok sebut "alang2dah ada pelamin, rugi la tak bersanding.ribu2nih" dan ribu2gak la mata mandang mulut bercakap dan dosa..(erk yang tuh aku tak nak cakap)

Hantaran
FOR ME, aku suka sense of suprise; and i willing to gamble if it is really a BAD suprise :)
fikir la mana baik.
cumanya, al-Quran tuh cukup tinggi tempatnya. dan lebih baik jangan buat hantaran (nak bagi gak, boleh, bagi masa dalam bilik malam tuh; macamana aku suruh hang bagi gitar malam tuh (ingat tak))
barang hantaran nih orang tak letak tinggi2, so takut al-Quran nih pun depa pandang remeh masa bergambar, dan takut martabat nya kita terlepas pandang dari terjaga yer tak?
tapi, INI KAWIN HANG DENGAN ANIS, SUKA ATI HANGPA LA. It is purely my personal opinion tau!

Baju nikah, diet, kad, etc, etc...
Memang banyak benda yang akan jadi isu. But be calm. Jangan nak stress sangat. Kita buka opinion orang yang expert dan try to adjust as best as we can.

baju nikah tuh, try la be calm balik dengan tailor. trust them 100%. thats the only choice you have; unless you want to start fresh!
outfit nikah-have a short discussion with anis. a very short one. then decide, terus beli!macam tuh jer skangnih, kena ada impulse decision. kalau tak, penat la nak argue dan tukar plan :)

Kad kawin sempat lagi. Finalise designed first; then say OK to print. Bismilah tak yah. Ayat Quran tafsir jer sudah. Plan tempat kejadian check for second time tau!

Doorgift and potographer dan bilik pengatin. err no komen.

Borang nikah.
En HANIS, sila ambik perhatian. First things first. ada kes dekat perak, sumer dah settle tiba2tak dapat book kadi. last2kenduri kawin jalan dulu seminggu sebelum majlis nikah, sebab kadi dah fully book. So, apa cerita nak gambar nak apa semua kena delay lah. Kan naya! so, again, FIRST THING FIRST. Hang kena settle dulu baru bakal pengantin pompuan boleh settlekan bab kadi apa semua.

Diet dan skil masak. :) Anis acccept you as you are i suppose. bab masak cuba saja. you may discover your true talent. wife aku pun baru belajar masak sebab dulu MAK dan OPAH dia larang anak2memasak. memang pelik. But, she did marvelous :)

dan maap kalau aku busybody.
dan IGNORE ME is still your choice.
anggap jer aku ni iklan wedding planner tepi jalan yang takmau pandang pun tak salah :)

salam

FAA said...

Kak Una! Kak Una! I agreed the mostly point abg Aj. (sebab aku da malas nak taip panjang2. haha)

well kak una, kad, hantaran tuh sume lek laa. leh sempat settle lagi. just make sure yg tok kadi tuh, caterer settle dulu. major thing kan.

baju nikah tuh i rasa tak la teruk kot. sebab mesti la tailor tuh professional. baju nikah kan. takkan la die nak buat teruk2. takpe2. nanti time u nikah i tgk baju u cantik ke x.

Anonymous said...

haha.. ni kalau nda mau fikir nda te-kawin pula nnt. =p pelan² una. gudluc !

Husna Hadzarami said...

Wanie-san:
alahai ada yang kagum ke.
ingatkan ramai yg akan kutuk betapa cheapskate nye akak.. *sigh*
thanks ye dik..


Cik Akma:
start saving dari sekarang tau.
nanti buatnya faiz tiba2 ckp "mak ai suruh kita kawin" takde la rasa sempit sangat budget.


zella y:
good idea. akan dipertimbangkan. thanks :)


AJ Nismihan:
thanks bro.
aku tak tau nak ulas apa, tapi komen kau sangat membantu menaikkan semangat aku ni.
kalau kau jadi wedding planner memang save la budget ramai pengantin :) anyway aku tadi dah buat HIV test, nanti la cerita pasal tu. tapi rasa lega sikit la ada gak benda dah setel.


f.a.r.a.h:
okay. sekarang memang aim benda yang major tu la. benda tu la yang buat aku tak senang duduk.
pasal baju nikah tu entah la, i taknak cakap apa2 kot pasal tu. eh u datang la time nikah nanti. nanti i bagitahu date.


jij Abdul Hamid:
yup. pelan pelan. thanks :)

asma Pak Wahab said...

una..dah tgk website photographer..harge die brape ye??xkesah la pakej mane2..just nak tau anggaran..nak banding harge..hehe..beselah aku..sgt jimat!!!!!!!

Husna Hadzarami said...

asma Hazelnut:
eh, alamak tak sure la..
cuba call dia tanya sendiri.
sebab harga tu depends pada apa yang kau nak sebenarnya.