Friday, June 18, 2010

Untung jadi Mama..

Anda perasan tak, dalam kehidupan ni kita selalu refer sesuatu sebagai kepunyaan ibu kita. Tak tahulah kau orang macam mana, tapi saya perasan dalam family saya Mama memang selalu dapat nama atas kebanyakan benda.


Bilik parents saya = Bilik Mama.
Rumah family saya = Rumah Mama.
Almari baju parents = Almari Mama walaupun share dengan Baba.


Banyak lagi lah, tikar Mama, kerusi Mama, katil Mama, dapur Mama. Kebanyakan barang yang kepunyaan bersama memang Mama lah yang dapat nama.


Untung jadi orang perempuan ni. Even perkataan ibubapa pun, ibu juga yang didahulukan. Cuba kalau bapaibu, langsung tak sedap kan?


Dalam family saya, Mama lebih banyak berleter berbanding Baba. Mama yang banyak merotani anak anak berbanding Baba. Tapi Mama jugalah yang pertama sekali dicari kalau ada apa apa masalah berbanding Baba. Kalau result exam gempak, Mama lah yang pertama sekali dihubungi. Kalau result teruk gila pun, Mama juga yang dicari. Masa kecil gaduh dengan adik beradik, kalau nak ugut mesti, "Aku bagitau Mama, padan muka kau" takde pun nak ugut bagitahu Baba. Putus cinta dengan boyfriend kapel 4 tahun, cari Mama. Boyfriend baru kenal tak sampai setahun ajak kahwin, cari Mama juga. Kena puji dengan bos and naik gaji, terus call Mama. Kena marah dengan bos tapi taklah sampai kena turun gaji, terus call Mama juga. Mama itu, Mama ini. Mama, Mama dan Mama. Mana Baba?


Entri ini bukan bertujuan apa apa, bukanlah bertujuan menidakkan peranan Baba dalam kehidupan kami, cuma terdetik bila dengar anak buah cakap,

"Esok Ipan datang rumah Grandma lagi tau"


Hehe. Sampai ke cucu pun sebut rumah Grandma. Kesian kat Baba. Penat keluar duit sediakan rumah and segala galanya, Mama juga yang dapat nama. So guys out there, biasa biasakan lah diri jadi second choice bila dah kahwin nanti ye. Heheh.. Bias nampak Husna kali ni. Ok ok next time akan buat entri pasal Baba pula :D


P.S: Love Mama and Baba equally :)




4 comments:

Kaito said...

ini disadvantage jadi laki...sume benda pmpn dah amik...huhu

Adila Ady said...

hehe...baba punya tapi mama dapat nama..sabar je la baba..

baba kau tak makan hati ke ni...?hehe

Husna Hadzarami said...

Kaito:
ahahh. tapi pompuan kena lalu sakit bersalin. kau orang lelaki tak payah.


Adila Ady:
takde pun. baba cool je.
dah terbiasa kot :p

Wanie-san said...

hahahaha tian baba...tapi mmg realiti mcm tu kan kak husna..wani pun slalu mcm tu..ape2 kol mak..tapi kdg2 bab moto mmg refer kat ayah la..kalau tanya mak sure kena ketuk ngan senduk!haha