Wednesday, February 14, 2018

Cerita Setakat Awal Tahun Ini

Assalamualaikum!

Perghh last update 20th December! Di manakah azam baruku yang konon nak berblogging dengan lebih kerap pada tahun ini?! 😁

This year is so hectic mashaaAllah, but I feel so blessed though. Ammar Yusuf dah masuk darjah 1, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sangat lancar semenjak hari pertama lagi. Dia sukaaa sangat pergi school, betul weh! Lainnya karakter dia sejak join taekwondo tahun lepas; entah, nampak macam lebih berani, lebih berkeyakinan diri, yelah taekwondo kan bercampur dengan budak budak besar, kalau tadika tu semua budak sebaya je kan. Bila dah biasa bercampur dengan bigger kids, dia macam langsung takde rasa intimidated masuk darjah 1 ni. It's like a usual school days je for him. Memang hari hari dia looking forward nak pergi school, ada ramai kawan, share bekal dengan kawan. Haaaa dia bawa bekal setiap hari ke sekolah tau, so far belum pernah missed lagi tapi bekal ringan ringan jelah. Sebab Yusuf sekolah petang, so sebelum pergi school tu memang dah lunch siap siap kat rumah, sejak school ni makan pun bersungguh sungguh or mungkin Mommy masak sedap kot kahkah diamlah. Pencapaian hebat Mommy tahun ini, Mommy belum pernah lagi missed memasak setiap hari weekdays cepat tepuk tangan cepatttt!! 😆😆 Sebab nak anak kenyang ke sekolah kan, anak je yang boleh mengubah diri seseorang betul tak??

Taaapiiii, memang weekdays je Mommy masak, that's my rule ☝. Sabtu Ahad memang takkan ke dapur, off-day for Mommy please. Sabtu Ahad adalah hari untuk jalan jalan dan enjoy outside foods. Fair for everybody kan? Daddy pun okay je, sebab seronok kot hari hari balik kerja dah terhidang nasi, mithali betul isteri Daddy tahun ni bahahaha apa ni entri pertama tahun baru asyik eksyen je 😆. Seronok sebenarnya dapat update blog, rindu tau nak taip panjang panjang camni!

Adam Muaz pula, tahun ni we decided to just homeschool him. Sebab utamanya adalahhh, sekolah tadika dia sekolah pagi, aku tak laratlah nak hantar dia ambik dia pastu hantar Abang pulak, letih okayyy mak buyung nak naik turun tangga banyak kali sehari! Dia baru 5 tahun pun, kami sekolahkan dia tahun lepas just for his exposure sementelah Abang pun masih ada di situ. Based on my observation, dia lebih banyak belajar bila homeschool kot, entah, macam lebih cepat pick up walaupun Teacher Mommy garang macam singa! Maybe sebab kita fokus kat dia seorang setiap hari kan.

Jadual harian memang padat, now that we're about to send them for swimming class pulak. Sementara masih bertenaga dan berkemampuan ni, nak manfaatkanlah sepenuhnya untuk pendidikan dan aktiviti anak anak. Tengah study mana tempat yang sesuai, sebab kami nak swimming school yang memang mesra budak. Ada 1 school tu, belum apa apa dah beralasan, "You know ah, kids 4-5 years ah, banyak main main tau. Dia orang belajar sekejap je dah taknak belajar dah. Kita boleh ajar, tapi budak bukan semua boleh ikut." Huh, apahal kau? Kalau tak boleh cope dengan budak budak janganlah open for kids! 😤 

Letihnya Tuhan saja yang tahu, setiap hari pukul 9-10pm aku dah terlelap dah. Letih, tapi seronok sangat. Of course la kehidupan seharian aku bukan bulan bintang semata mata, banyak je hari yang mana aku rasa frust dengan anak anak, frust dengan diri sendiri yang tak dapat nak capai target yang telah ditetapkan, frust dengan dapur gas hahaa, tapi tak apa, there's always tomorrow. Itu yang aku selalu cakap dengan diri sendiri. Bangun pagi, today is a new day. Alhamdulillah masih bernafas, alhamdulillah masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan semalam. Always aim to have a better day that yesterday. We should always strive to be a better person kan?

On my pregnancy, alhamdulillah I am now at my 22nd week, berat badan naik tak banyak sangat so far. My sisters pun cakap this pregnancy aku tak segemuk dulu huhu benci. Maybe sebab busy kot. Dulu walaupun keluar bekerja, sampai office duduk depan komputer je 8 jam. Now memang takdelah masa nak bersenang lenang sangat, macam rasa bersalah je nak berbaring baring bila dalam kepala terlalu banyak perkara dan perancangan untuk dilakukan. Aku banyak rehat masa first trimester dulu je, sebab kerap pening dan tak tahan dengan banyak bau bauan. Harap harap total kenaikan berat badan biasa biasa jelah, sebab my previous pregnancies both berat badan aku naik 20kg tau! Walaupun berjaya buang semua tu balik, tapi bukan senang pun. This time aku makan banyak je padahal, pendek kata memang tak berhenti la makan. Especially manis manis, memang craving benda maaaaanis je kali ini haishhh memang nak kena control la. Asyik teringin je! Harap harap tak membulat sangat, sebab ramai yang cakap bila dah anak 3 ni susah dah nak turun berat badan. Lemak dah tepu!

Fuh banyaknya ceritaaa. Laju je aku taip dari tadi takde berhenti ambil nafas pun haha. Excited sangat, harap korang boleh bersabarlah ya dengan keterujaan aku 😁. Nanti aku update blog lagi, thanks for reading!


No comments: