Wednesday, December 20, 2017

Cinta Anak Anak

Cuti sekolah sudah masuk minggu yang keempat, dan sepanjang 4 minggu inilah aku bersama anak anak selama 24 jam, 7 hari seminggu, setiap minit, setiap saat haha. Kesabaran aku memang berada pada tahap yang tinggi, begitu juga dengan tahap kefahaman aku tentang keperluan emosi anak anak aku. Cinta dan kasih sayang aku terhadap mereka semakin menebal, rasa kasih dan simpati pada mereka seperti melimpah limpah. Ada suatu perasaan yang timbul dalam hati, "Apalah yang telah aku lakukan pada mereka suatu ketika dahulu.."

Sebab untuk pertama kalinya, aku rasa seperti aku baru benar benar memahami apa sebenarnya yang mereka lalui setiap hari dan apa sebenarnya yang mereka mahukan selama mereka membesar ini.

Waktu bekerja dulu, 8 jam di pejabat kita rindukan anak anak dan bertekad balik ini nak sayang sayang sahaja, nak hug hug sahaja, nak manis manis sahaja. Balik rumah, sudah tentu semuanya tidak semudah seperti disangka. Seriously ya Allah, everyday I back home from work I was constantly torn between nak manjakan anak atau nak mendisiplinkan anak. You faham kan? Kita sampai rumah pukul 6-7pm, anak perlu tidur selewat lewatnya pukul 10pm jadi kita hanya ada 3 jam bersama mereka. 3 jam itu, bukan aku boleh 100% tengok anak saja. Kita perlu uruskan rumahtangga juga, kalau malam tu perlu memasak lagilah, dah korbankan masa dengan anak lagi bila kita di dapur. Lepas masak nak hidang, kemudian nak bersihkan pula dan kita as human being, we need to rest too. So adakah 3 jam itu aku spend 100% dengan anak anak? No, unfortunately no 😥

Waktu itu anak anak tidak sentiasa in their best behaviour, it makes us frustrating sometimes sebab kita dah bernekad taknak lagi marah marah bila balik kerja, tapi kelihatannya anak seperti tidak bekerjasama dengan perancangan kita. Aku cuba memahami yang mereka mungkin acts out just to get our FULL attention, tapi ketika itu aku sendiri gagal untuk memahami, sebab kita sendiri dah penat sebenarnya. Badan penat, otak penat. Susah sangat nak balance, dalam fikiran aku ketika itu jika kami tidak mendisiplinkan anak, siapa lagi yang akan mendisiplinkan mereka?

Waktu sekolah tadi mereka ada belajar tentang disiplin tak?
Atau main main sahaja?
Di sekolah tadi sudah puas main, di rumah pun mahu main bersepah sepah jugakah?
Mereka tidak fahamkah Mommy Daddy baru saja pulang bekerja, Mommy Daddy penat?

Reality is, we don't know what happened in their daily life. We didn't know.

Hakikatnya, mungkin mereka baru sahaja melalui the worst day in their life (as per their perspective). Mereka sebenarnya sangat sangat tertunggu tunggu kepulangan kita, dan sudahpun merancang pelbagai 'aktiviti' untuk dilakukan bersama sama kita. Mereka belum berada pada tahap umur yang boleh memahami kepenatan kita, no, mereka memang tidak faham. Hati mereka penuh dengan keterujaan, eagerness to see us, to be with us, and they are full of expectation that we are going to be exactly as what they want us to be. 100% attention for them.

Itulah yang aku nampak pada anak anak aku, dan aku yakin itulah perasaan semua kanak kanak yang ditinggalkan seharian oleh ibu bapa mereka untuk keluar bekerja.

Anak anak aku adalah anak anak yang sangat dibiasakan dengan keluarga yang lengkap, mereka mahu BOTH Mommy dan Daddy ada dalam kehidupan harian mereka. That is children in general actually, cuma mungkin ada sesetengah kanak kanak dah biasa tanpa salah seorang bila salah seorang sentiasa kerja luar, but not my children. Serious, apa apa pun mesti nak dua dua ada. Sebab itu sampai sekarangpun kami masih tidur berempat 😂

So Mommy yang berada 24 jam bersama mereka ni, I have the privilege of TIME. I have enough time to discipline them and even enough time to spoil them whenever I want without feeling any guilt that I might be overdoing it. Waktu siang hari, aku nampak depan mata aku yang anak anak memang ternanti nanti kepulangan Daddy mereka. Sebab hari mereka biarpun ada Mommy, tetap tidak lengkap tanpa Daddy. Alangkan ada Mommy pun mereka seperti itu, apatah lagi bila sepanjang siang mereka bersama orang lain, di daycare sekolah, atau bersama babysitter. Hati anak anak memang penuh dengan kerinduan dan cinta mereka pada kita ibubapanya, hati suci mereka yang polos itu memang tertunggu tunggu untuk bercerita apa yang mereka main tadi, cerita kelakar yang mereka tonton di televisyen, atau apa apa sahaja yang bagi aku tidaklah penting tapi bagi mereka sangat penting dan RUGINYA DADDY TAK ADA.

Bila aku bawa jalan jalan, mesti akan ada salah seorang anak aku akan cakap, "Rugi kan Daddy tak ikut?". Padahal pergi Tesco je pun haha.
Bila aku bawa pergi keluar makan, mesti si Yusuf atau Muaz akan cakap, "Lain kali kita datang sini dengan Daddy sekali nak?"

Begitu sekali hati anak anak teringatkan ibu bapa. Kalau kita selalu dengar kasih ibu bapa terhadap anak anak tiada tandingan, aku rasa besar lagi kasih anak anak kecil pada ibu bapanya. Mereka benar benar ikhlas, mereka tiada agenda tersembunyi, mereka menyayangi tanpa syarat, mereka mengagumi dan mendambakan kita despite segala kelemahan dan kekurangan kita dalam membesarkan mereka. Merekalah pencinta yang sebenar.

Dan bila Daddy pulang bekerja, aku nampak sendiri karakter anak anak tiba tiba berubah. Tiba tiba jadi hyper, terutama Adam Muaz. Siang hari dialah yang tidak putus bertanyakan Daddy sampai perlu video call, bila Daddy balik tiba tiba nak marah marah Daddy tanpa sebab. Kadang kadang Daddy frust juga, sudahlah penat, anak anak tunjuk perangai pula. Tapi sebenarnya ianya berlaku disebabkan apa yang anak harapkan tidak berlaku. Mereka expect Daddy sampai rumah hanya layan mereka sahaja 100%, Daddy akan tinggalkan perkara lain dan terus bermain main dengan mereka, sedangkan Daddy perlu mandi, rehat, makan. Daddy needs to rest too, but they didn't seemed to understand. For kids their age, you have to know that THEY WOULD NOT UNDERSTAND.

Aku nampak semuanya, and it really gives a reflection of what have been going on the whole years when I was a working mom. Sedih gila perasaan itu, sedangkan aku jaga sendiri anak dan tahu apa yang berlaku pada anak sepanjang siang hari itu. Apatah lagi ketika sebelum ini di mana kami berdua tidak tahu pun apa yang berlaku setiap hari dalam kehidupan anak anak. Entah apa yang mereka hadapi setiap hari, mungkin terkencing dalam seluar dan dimarahi, mungkin berebut mainan, mungkin tak cukup makan, kita tak tahu.

Parents, especially yang kedua duanya bekerja, please please please try your very very best to spend time with your children sebaik sahaja pulang dari bekerja. Bila waktu itu anak berkelakuan tidak seperti yang kita harapkan, fahamilah yang ianya terjadi disebabkan perasaan dan hati mereka terluka dengan ketidakhirauan kita. Anak anak kecil, mereka belum mempunyai vocabulary yang cukup untuk menjelaskan soal hati dan perasaan. Mereka hanya tahu meluahkan perasaan mereka secara perbuatan, dan itulah yang biasanya membuatkan kita hilang sabar. Janganlah sampai setiap kalipun anak anak perlu buat perangai then only they will get our full attention, yang mana ketika itu perhatian yang mereka terima bukan lagi dalam bentuk belaian dan kasih sayang.


1 comment:

famzmhj said...

sedih pula baca post ni... saya masih bekerja dan memang nampak anak-anak tersangat rindu kat kita. Sebab tu bila balik, kita cepat-cepat nak masak supaya boleh main-main dengan diorang dan rest awal, tapi diorang 'mengamuk' pulak dengan cara tersendiri sampai kita pun stres.

So sekarang ni selalunya akan spend masa 15-30 minit main-main dulu, kemudian baru mandi, masak etc. Layan dulu 'cerita' yang diorang nak sampaikan. Dah habis apa yang terbungkam dalam dada, anak-anak bertenang so mummy pun dengan aman damai boleh sambung buat kerja.

Kesian kat anak-anak, hati sendiri saja yang tahu. Siapalah yang tak mahu anak-anak membesar di depan mata, tak perlu hantar ke daycare/pengasuh. Tapi apakan daya. Semoga satu hari Allah permudahkan niat yang satu itu...