expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, July 12, 2016

Hati Mama Sebenarnya....

Beberapa hari sebelum raya hari tu, aku dan Oyah sleepover kat rumah Mama. Saje je, dah lama tak tidur sana macam anak dara dan betul betul spend masa dengan my parents. Walaupun selalu je datang sana tapi bila datang dengan husband dan anak anak kita bukan boleh fokus sangat kat parents kan, so since H pun bagi keizinan (malah encouraged me to have some me-time before Raya, thanks baby!) aku pun apa lagi teruslah ambil peluang! ;)

It feels soo good to be home, really. Dah kahwin almost 6 tahun kan, rasanya tak ada sekali pun yang aku tidur di sana seorang diri (without husband dan anak anak), so rasa macam seronok sangat. Kami berbaringan 4 orang di lantai; Mama, Kakak, Oyah dan aku while Baba sorang boboy baring atas katil haha kesian. We stayed up until around 2am, berbual bual, berkongsi cerita, even Baba pun join sekali perbualan kami tapi taklah sampai pukul 2 pagi. Around 5am, Mama Baba kejut bangun sahur OMG how I missed having a sahur at that place!

So between the conversation, I casually teased my mom,

"Ma lepas anak anak Mama dah kahwin, ada rasa rindu tak kat anak anak?"

You know my mom is not the type of mother yang jenis lovey dovey, yang cakap I love you or I miss you, yang jenis peluk kita bila kita sedih and say everything we want to hear when we were down, no she is not that kind of mother. Mama adalah jenis yang hati keras, in fact sepanjang 25 tahun aku hidup sebumbung dengan Mama dulu, I only saw her crying once, when I was 12 I think. Mama bukan jenis merajuk kalau anak dah lama tak balik, Mama takkan call cakap "I miss you kenapa dah lama tak balik rumah Mama?" ke apa sebaliknya she will just call us cakap "Esok Mama masak something something kalau nak rasa datanglah sini" I think that is the way she's trying to say how much she misses us. Bila kita sedang bersedih, jangan expect Mama akan cakap "Sampai hati dia buat macam itu kat anak Mama yang innocent dan baik ni blablabla" TAKDE MAKNANYA. Mama akan cakap benda yang betul, Mama akan cakap hakikat sebenar, yang biasanya bukan benda yang kita nak dengar. Mama will talk some sense to us, bagi 'tamparan realiti', suruh kita jadi perempuan kuat, jadi perempuan yang berdikari, bangun dari kesusahan dan kesedihan dan berdiri semula dengan gagah.

Mama memang jenis selamba rock je, Mama hidup susah dari kecil dan bila berkahwin pun masih hidup susah juga sebab anak kecil deret deret kan so Mama memang sangat tough, dan kami dibesarkan untuk jadi perempuan yang tough juga. Kami anak perempuan semuanya jenis keras hati, berdikari, tapi dalam hati ada taman tiada siapa yang tahu kekeke. Mungkin, begitulah juga hati Mama. Bila kami dah besar ni baru Mama dapat rasa dimewahkan oleh anak anak itupun Mama langsung tak pernah meminta minta malah bila aku bagi duit every month pun Mama boleh tanya "Kau cukup ke duit nak belanja ni kan anak dah sekolah/dah nak Raya/nak pindah rumah baru?" adoi please dong, Ma. Mama cute sangat dan membuatkan kami adik beradik berlumba lumba nak buat Mama Baba happy.

So, when I asked that question,

"Ma lepas anak anak Mama kahwin, rindu tak kat anak anak?"

Aku sebenarnya expect Mama akan bagi jawapan yang keras juga, seperti,

"Ah takdenya nak rindu rindu korang dahlah selalu je muncul kat rumah aku ni" ataupun

"Nak rindu apanya, seronok apa tak payah dah nak masak banyak banyak untuk korang" hahahaha that's possible okayyy. Mama memang bukan jenis jiwang jiwang.

Sekali Mama jawab,

"Mestilah rindu.... Nanti anak anak kau dah besar nanti, kau tahulah macam mana perasaannya......."

Semua orang terdiam.

Sedih gilaaaaaaaaaaaaaaaa....... Menyesal aku tanya....... =((((((


2 comments:

  1. Alaaaahaiii..tiba-tina rasa sedih baca!
    Wuwuwu

    ReplyDelete
  2. hahahaa.....kite pun slalu muncul kat umah mama..kalau kite xdtg dlm 2,3 hari je dia dh call2..so rindu letu kan...Selamat Hari Raya una..

    ReplyDelete