Tuesday, December 6, 2016

Petua Hilangkan Gagap Anak

Amboi tajuk nampak sangat nak bolot keyword Google search engine 😜

Rasanya sebelum ini aku pernah cerita kerisauan aku dengan Adam Muaz yang gagap kan. Gagap dia bukan sikit sikit tau, dia gagap yang bila nak cakap tu macam struggle nya sampai senget senget kepala dia tarik. Kesian okay. Lagi kesian sebab si Yusuf tu cakap banyak dan laju, kadang Muaz ni tengah struggle nak cakap abang dia terus potong dan ini membuatkan dia sangat kecewa sampai mengamuk balik barang. Ayat dia bila marah memang kesianlah dengar,

"Abang ni asyik cakap laju je!"

"Abang ni asyik cakap banyak je!"

Eh bila marah tak gagap pula? 😅

Sebenarnya aku dah realized dia ada masalah gagap ni masa dia baru belajar bercakap lagi, seawal setahun lebih tu. Aku pernah cakap dengan H sekali, tapi yelah masa itu macam terlalu awal nak decide yang it's either dia memang gagap or dia cuma tak tahu nak cakap apa. Few months later memang aku dah rasa kuat dalam hati yang dia gagap; masa itu most my family members cakap perhaps it was just a phase in his development but no it's not. Usually aku memang dengar dan hadam je nasihat orang tua but this time I know it's not, I'm his mother afterall, kita boleh nampak dan boleh rasa.

Then aku study macam macam pasal gagap ni, or orang putih cakap stuttering/stammering. Banyak jugalah petua yang aku terima, paling kejam dia suruh pi lempang anak tu confirm hilang gagap. Duh, aku lempang kau baru tahu. Ramai yang advise, bila anak nampak gagap nak sebut satu perkataan tu, kita potong terus cakap dia.

We tried that for some times, tapi tak berhasil malah kesannya lebih teruk sebab dia jadi lagi rendah diri dan taknak bercakap dah. Then kami survey pasal speach therapy and we made some call to several hospitals yang provide this kind of service, seriously panjang gila queue! Seingat aku, aku call pada July tahun lepas, dia suruh call balik on this year February untuk set appointment. Bukan datang buat rawatan on February tau, call untuk set appointment je. So kami cuba cara lain;

1. Sabar tunggu dia habis bercakap sambil urut dada/belakang

Ini memang aku dan H praktis pada dia. Setiap kali dia nampak macam susah nak cakap sesuatu, sama ada aku atau H akan terus datang kat dia dan urut urut belakang dan dada dia. Petua ni aku tak pernah jumpa pun, tapi H kata dia pernah baca somewhere ini antara caranya so kami pun buat je macam itu.

2. Banyak menyanyi

A child who sings is a happy child. So kami memang biar je dia menyanyi, mostly dia ikut lagu lagu dari Didi and Friends tu. Bila menyanyi dia akan lebih berkeyakinan diri, lebih gembira. Then masa abang dia nak ihtifal tu sebelum, semasa dan selepas hari kejadian abang dia menyanyi siang malam 😭😭 so Muaz pun terikut hafal sekali.

3. Encourage anak untuk bercakap

Selalu kalau kami sekeluarga bersama memang si Yusuf tu akan memonopoli perbualan, mak nenek tu memang 😤. So setiap malam sebelum tidur kami akan bergilir gilir bercerita, dimulakan dengan Mummy/Daddy, kemudian Abang dan akhir sekali Adik. Setiap orang dapat giliran masing masing so setiap kali sampai giliran sendiri tiada interruption dibenarkan. Masa ini memang Adik akan cuba bercakap dan bercerita, tak kiralah apa apa pun dan yang lain akan dengar. Dengan cara itu dia boleh bercakap dengan tenang, dia lebih berkeyakinan untuk bercakap dan vocabulary pun bertambah.

4. Melompat


From my Insta Stories.

Jumping kids are healthy kids. Tahu tak melompat ini banyak kebaikannya jangankan budak budak, malah untuk orang dewasa pun! Melompat boleh menguatkan otot abdomen, membaiki pengadaman, mengurangkan stress dan depression, meningkatkan keyakinan diri, meningkatkan metobilism dan macam macam lagilah. Sepatutnya kena lompat atas trampoline, tapi sebab rumah kecil kami tak ada trampoline we resorted to jumping on the bed. Sejak aku duduk rumah memang hampir setiap hari aku biar anak anak melompat atas katil, benda ini seronok untuk dia so tak adalah si Muaz tu rasa terpaksa ke apa kan. Everyday he will jump at least for 15-20 minutes dengan bersungguh sungguh, seronok sangat dia melompat haha rasanya aku masa kecil pun suka melompat atas katil kot 😂. Bila cuti sekolah, Ammar Yusuf pun akan sama sama melompat sekali so it double the fun la. Aku rasa melompat ni memang bagus and brain-stimulating, elok untuk perkembangan otak anak. Dan bonus point, it consumes their energy so lepas melompat biasanya akan berakhir dengan depa tertidur kepenatan wah wahh bagusnya senang Mummy nak buat benda lain 😅 Cumanya setiap kali melompat tu memang kita perlu ada sekalilah, kena ada full adult supervision, bahaya takut terbabas jatuh dah jadi masalah lain pula.

Kesannya, alhamdulillah sekarang ini memang dah hilang terus gagapnya, serious dah laju bercakap, mengomel dan berleter just like his brother 😐. Syukur sangatlah. Kesian kalau berterusan gagap, dah sekolah nanti takut affect his self-esteem dan orang ejek, lagipun tengok dia struggle untuk bercakap ni memang meruntun hatilah. Selain perkara di atas memang kami banyak berdoa minta Allah hilangkah gagap, even mak mertua dan adik ipar pergi umrah awal tahun ini pun kami minta mereka doakan sekali. Bersungguh depa doakan balik je dari umrah terus tanya dah hilang ke gagap Adik? Huhu. Masa itu belum hilang lagi, mungkin Allah nak kita berusaha lagi dan nak Mummy belajar lebih banyak ilmu lagi supaya boleh kongsikan pada orang lain. Alhamdulillah.


2 comments:

adianiez AIDA said...

tq for sharing ni, husna.
izzat, aida pun tak pasti nak kata dia gagap ke tak.
dia ckp pon lambat dulu.
4 thn baru bercakap.
just kategori kan dia lambat ckp.
but good idea la utk cepatkan izzat ckp.
tq.

Unknown said...

Tq atas info. Anak saya berumur 4 tahun..ada kalanya agak sukar nak bcakap. Mula2 tu gagap. Mmg risau sgt.. insyaAllah nak praktiskan. Moga2 affan akan lancar bercakap. Amin