expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 2, 2010

You don't have to win every argument. Agree to disagree.

Entri tak berkaitan dengan tajuk, cuma saya baru baca ayat di atas ni on my HANDBOOK 2010, rasa macam best lak :)

Okay, previous post actually extracted from the email sent by my Sabah boss, Encik Latif. Gila insaf baca. Saja nak share dengan kawan-kawan.

So last week memang hectic sangat, minggu tender kan. On Saturday pukul 11 malam baru balik, tu pun ramai lagi yang stay kat sana masa saya nak balik tu. Sunday tu saya rilek je la kat rumah macam konfiden je tender dah siap. Sekali dapat dua sms dari my big boss pasal tender. Rupa-rupanya sms tu semua orang dah dapat 2 jam awal, saya je dapat lambat.. Kelam kabut saya siap capai baju tudung jeans and terus keluar. Apa pun tak iron. Nak keluar tu berselisih dengan Mama.

Mama: Kau nak pergi mana ni?
Saya: Office, bos suruh datang. Tender tak siap lagi rupanya.
Mama: (sambil tengok saya atas bawah) Kau keluar macam ni je ke?
Saya: Yelah, kenapanya?
Mama: Dengan baju kedut2nya, muka tak mekapnya. Pakai la bedak sikit kalau taknak mekap punnnn... Malu la sikit Hanis tengok kau macam tak mandi je..
Saya: Ala dah lambat la Ma, Hanis tak datang pun. Dikna dah call tanya tadi.

Apalah Mama ni. Tak engineer la mekap-mekap. Ye tak? Kata saya dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepala. Padahal memang dah malas nak menjaga kecantikan. Bak kata Encik Hanis, "Awak ni masa nak tackle saya dulu bukan main cantik lagi. Sekarang manjaaaaang comot." Alah, dia tu dari dulu comot sampai sekarang saya tak ungkit pun. Itulah, orang perempuan ni kalau dah sayang tu memang menerima seadanya, tak mengenal paras rupa. Tapi lelaki?? Dengan penuh emosi tak pasal-pasal terus saya start enjin kereta dan memecut laju. Tapi sempat pula berhenti sekejap bila Pakcik Jamal jiran sebelah rumah angkat tangan dengan senyuman lebar, "Nak pergi office sekejap, ada kerja sikit. Biasalah cik, minggu tender". Rajin pula saya menjelaskan, rasanya dia tak tanya apa-apa pun tadi (-_-")

Sampai-sampai, tengok-tengok kereta Encik Hanis dah cantik parking kat depan office. Tipu betul la, tadi cakap taknak datang! Saya dah la betul2 comot ni (T_T). Ah, nasib lah. Buat tak tahu je saya masuk dan terus buat kerja. So stayback la saya sampai 2 pagi. Lepas dapat panggilan bertalu-talu dari Mama, saya pun balik. Encik Ruslan, Abang Zack dan Abang Naim stay sampai pagi. Kalau saya lelaki boleh je stayback. Betul tak?


Selendang hitam yang saya pakai tu adalah selendang desperate kalau malas nak iron tudung. Jarang saya pakai ke ofis, selalunya dipakai kalau tiba-tiba Mama ajak pergi Giant beli barang dapur.

Encik Hanis: Macam makcik2 je awak ni.
Cik Husna: Eleh awak tu rambut kembang macam cendawan.
Encik Hanis: Tumbuk nak?
Kalau bos tengok gambar2 yang penuh semangat berpasukan ni, memang confirm tahun depan boleh dapat bonus 6 bulan :)
Ermm.. Betul la, macam makcik2 pula bila tengok diri sendiri dalam gambar (T_T).
Takpe, biar nampak tua, asalkan jiwa muda :D
Ni gambar tadi, Encik Hanis suruh letak. Kenapa entah. Dia rasa dia hensem kot dalam gambar ni.

Lepas bertungkus lumus kat office ni, after submission yesterday bos bagi cuti half day dan additional 1 day annual leave. Yeay!

Oleh itu semalam saya masuk office lepas lunch lah. Tapi still kena bangun awal sebab kena hantar Aina ke tadika dan pukul 11 kena ambil dia. Ermm.. Saya rasa Aina ni kena buli dengan rakan sekelas la. Ke aku yang conscious lebih bila dia macam tak happy dah nak pergi tadika? Lepas tu selalu ada kesan conteng2 crayon kat tudung sekolah dia. Takkan la dia nak conteng sendiri kat atas kepala? Biasanya pagi-pagi on the way pergi kerja saya akan drop Aina kat tadika, lepas dia turun kereta saya hanya akan tengok dia sampai masuk dalam kelas baru saya gerak jalan. Tapi esok saya ingat nak sama2 turun hantar dia sampai pintu kelas la. Nak tengok sikit siapa yang buli dia. Lepas tu nak sound budak tu. Boleh tak macam tu? Or i just being over-protective towards my kid?




11 comments:

  1. haha..chomel la incik hanis tu.

    ReplyDelete
  2. sape buli aina?
    meh sini report kat akak meh!
    oo biase dorang tu!

    ReplyDelete
  3. wei len kali jgn pki selendang tu, seyes makcik2 sangat, sori terpaksa setuju pndapt en hanis..hahahaha!

    ReplyDelete
  4. Bungakopi:
    belum tengok beliau buat gaya 'talk to the hand', laaaagi comel (-_-")

    shakinah:
    betul2, kena bagi kat ko ni.
    baru budak tu takut kakak garang :D

    feeda:
    nak kena tumbuk??
    ala tu selendang tangkap muat la bro..
    kan senang je, sarung je takyah nak tiup2 bagi tegak. haha!

    ReplyDelete
  5. hahahha...

    mak cik2 erk...
    yela..kdg2 xde mood pn nk bermake up2...

    btul tu..ppuan slalu trima lelaki seadanya tp lelaki ni kdg2 pandai plak mengcomplaint hahahah..

    btw, en.hanis u comel la hahahah!! gurau sambil pandang kiri kanan takut enchek matahariku jeles heheheh

    ReplyDelete
  6. Lohhh..takde nampak makcik2 pon..cute je saya tengok..



    nak milo ais satu!! :)

    ReplyDelete
  7. nak ngorat en.hanis bleh??muahahahaha
    xmakeup pon dah natural beauty la kak husna ni..chantik!=]

    ReplyDelete
  8. zella:
    kita bukan kdg2 je xde mood, macam selalu je xde mood nak mekap. hehe..
    ehem2, enchek matahari anda dengar laaaa...
    macam mana ni??
    haha

    Arifah Ahamad Dasuki:
    cute kejadahnya la..
    wey2, ingat org makcik tea lady ke??
    grrr..

    Wanie-san:
    boleh je.. silalah.. hahaha :))
    mekasih la cik adik..
    (nasib baik Wanie-san ni xtau gambar tu dah edit dulu before upload, ngehehehe :P)

    ReplyDelete
  9. bro, nape baju oren tu asik ke hulur kehilir gn bantal 'wangi' nyer tuh... hehehhh..

    ReplyDelete
  10. Sha Syaliz:
    bantal tu mana boleh tinggal.
    kalau tak peluk bantal takkan nak peluk si tembam pulak.
    wakaka~!
    :PP

    ReplyDelete
  11. haha. i pon ade pakai shawl bila tak sempat iron tudung gi kelas. ;p

    kak una, gamba yg abg hanis suke tuh, i pon suke. mcm cantik je korang. *uwek!*

    ReplyDelete