expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 31, 2010

Its always easy to say than done.

Sekarang saya masih di office, saja stayback sebab internet kat rumah macam &#$*@. Lagipun nak siapkan beberapa kerja yang tertangguh akibat kehabisan ink printer siang tadi. Eleh padahal tertangguh sebab kau sibuk bergambar mentang mentang baru dapat topi CIDB baru.


Perlu ke pakai safety helmet dalam office? Ignore saya yang macam makcik kerja government.


Hari ni hati tak berapa nak tenteram. Entahlah.. Saya dah buat kesalahan besar, yang saya rasa susahnya untuk dimaafkan. Entahlah.. Dua kali dah ni cakap entahlah.. Asalnya saya tak rasa bersalah pun - ego for nothing. But thinking back maybe i have been reacted too much. I just intended to be honest at the beginning, but somehow the honesty cost me terribly now. Entahlah.. Ok sekali lagi aku cakap entahlah korang lempang ramai ramai.


Biasanya bila kita marah dengan seseorang kita memang akan nampak segala yang tak baik je pada dia kan? Lupa habis segala kebaikan yang dia pernah buat pada kita. Lupa atau sengaja membutakan hati? Sengaja membutakan hati untuk mengelakkan perasaan bersalah dan sebagainya. Kan?


Satu nasihat Baba yang saya ingat sampai sekarang: Kalau seseorang tu ada 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah kebaikan dia. Dan kalaupun diri kita ni ada 99 kebaikan dan 1 keburukan, pandanglah keburukan kita tu. Dengan itu kita akan sentiasa merendah diri dan sentiasa berpandangan baik pada orang.


Saya memang tak pernah lupa kata kata Baba tu, tapi susahnya nak amalkan. Teruk la saya ni (T_T)



11 comments:

  1. hehe kene le berdisiplin pada diri ehehe

    ReplyDelete
  2. pic gadis 2 org tu dah ok, tp tgok gmbar cik hanis nampak mcm dirancang plak. boleh buat gelak ni. huhu

    ReplyDelete
  3. pakai safety halmet dlm opis mst takut taik cicak jatuh kn..entahlah.....

    ReplyDelete
  4. una siyes gile..sampai muncung mulut tu..Hehe!

    ReplyDelete
  5. Encik Mimpi:
    berdisiplin pakai helmet selalu ke?

    Bungakopi:
    tu la pasaaall.
    out la encik hanis ni.

    nana jaafar:
    safety first beb. macam org cidb tu cakap, kemalangan boleh berlaku di mana mana. heh heh.

    Arifah:
    tengah kerja ni pah, mesti la siyes.
    haha :P

    ReplyDelete
  6. haha comel je pakai helmet sume tu~

    ReplyDelete
  7. zella xdpt lg topi tu tau sbb hrtu dia hntar xcukup...heheheh

    ReplyDelete
  8. yo..yo...memang pekije yang berhemah gtuh

    ReplyDelete
  9. sibuk wat persiapan ke? nanti kalau ada masa, jawabla tag ni ye cik engineer. huhu

    ReplyDelete
  10. i suke nasihat baba u kak una. ;)

    ReplyDelete
  11. kembalilahh ke pangkal jalan
    ngehngeh^^

    ReplyDelete