expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 9, 2010

Barang baik punya :D

Jam saya dah dekat sebulan habis bateri. Saya ni dah la jenis malas nak pening pening tau. Dulu masa jam lama habis bateri, saya terus beli jam baru. Scientific calculator habis bateri pun saya macam nak beli calculator baru. Then one day tayar kereta bocor, saya kena marah dengan Encik Hanis bila saya tanya, "Mahal tak nak beli tayar baru? Tayar kereta saya bocor la".. Memang kena sound gila gila dengan orang office, "Dah tu kalau enjin kereta rosak nak beli kereta baru?" Macamkan gaji kau puluh puluh ribu kaann (-_-")

Jam saya yang buat hal. Ye, memang besar dan kelelakian. Saya suka! Tengok semua engineers pakai jam pattern ni nampak macam cool je. Saya terikut ikut pula..

Duh, duduk office ni saya asyik nak terikut ikut je. Abang Zack beli iPhone, saya dah terliur tengok. Tak lama lepas tu Rohan pula beli BlackBerry, saiko rasanya. Rasa macam nak jual je my N97 kat Mudah.my. Ke ada siapa sesiapa nak beli? Ni saya beli original Zitron dari Nokia outlet tau, bukan dari kedai kedai sebarangan yang kurang diyakini kualitinya. Baru pakai 4 bulan kot. Basically elok je. Pakej ini termasuklah:
  1. Warranty NOKIA sampai Oktober 2010
  2. 2 chargers (satu anda letak kat rumah satu lagi letak la kat office atau rumah kawan tempat anda selalu lepak tak reti reti nak balik)
  3. Car charger
  4. Handsfree
  5. CD Ovi (saya tak pernah guna ni tak tau macam mana nak guna, kot la korang tau guna)
  6. Gambar-gambar saya gaya budak budak remaja perempuan zaman sekarang - ambil sendiri buat muka comel mulut muncung dan mengecilkan mata yang semua gambar pun muka sama je konon gaya itulah paling comel. Haha. Ok that was sarcastic.

Apa lagi eh, pendek kata apa yang saya dapat masa beli tu saya bagi sekali lah even paperbag original Nokia kaler biru tu pun saya ada lagi. And saya boleh bagi sekali dengan CAPDASE pouch genuine leather warna hitam yang saya baru beli berharga RM80. Asalnya masa beli tu dapat sekali pouch original Nokia, tapi tercicir dalam kapal terbang laaa (T_T). Ala lagipun pouch Nokia tu tak best, dia just sarung je ke dalam and ketat gila bila nak keluarkan phone. Kalau ada orang call memang esok je la baru dapat jawab call sebab susah nak keluarkan. Ok now kita cakap pasal harga. Ehem.. Kalau saya jual RM1500 ada buyer tak? Heh ni dah macam seryes nak jual ni, asalnya nak cerita pasal jam je tadi.. Ok la tu RM1500, saya beli RM2450 tau! Dah kurang dekat RM1000 dah ni (T_T). N97 ni best tau, saya kalau tak ada this kind of smart phone saya tak tahu macam mana nak arrange hidup saya. Eceh macamkan kau busy macam Perdana Menteri. But its true, all my meeting schedules, my financial management plan, to-do lists, and even what i have planned for my wedding (i mean, for 15 years later) semua saya harapkan handset ni. Boleh baca Microsoft Office, boleh main internet wireless merata, even boleh update blog bagai through this. Kalau anda selalu sesat macam saya, i mean sesat jalan ye bukan sesat akibat bergaul dengan golongan rosak akhlak, dalam ni saya dah install sekali Garmin GPS yang boleh membantu anda ke arah jalan yang benar. Hambik aku promote. Apa lagi eh, tak pandai lah nak cerita cerita lebat ni. Just come and see to believe la. Heh guna ayat mamat jual kereta..

So kalau ada yang interested boleh la email ye.. Nak nego pun boleh, bodek la sikit cakap aku kurus ke, mana tahu mood baik boleh la kurang seringgit dua. Heh heh :D


16 comments:

  1. hang mana nak kurus. jalan jauh naik kapei terbang jer. makan duduk kendian tidur, sah-sah la makin gemuk. mesti punya lah.
    wakaka
    dah le joging pun atas kapei terbang jer.
    wakaka
    best jer aku kutuk hang.
    tapi empon hang best gak; cuma aku belum ada sen nak nego pun. err kalau trade in enpon sny eriksen w880i yang ala2ketinggalan zaman nih boleh tak dapat kurang dalam 700? untuk pengetahuan empon aku rege 415 ketika baru di beli (bukan ori, ni model klon yang di cetak rompak lagi tuh)..
    wakaka
    adeh
    tensen sebenarnya
    dok dekat pejabat lagi nih
    baru habis closing; tu yang cari hiburan dekat blog nih...

    errkk
    kalau nak tengok2jam yang best, hang boleh pi blog nih
    http://ltwatchgallery.blogspot.com/
    jangan la tengok yang juta2tuh, tengok yang ratus pun best gak.
    kalau betul2nak, aku boleh tolong nego. tokeh dia kawan aku. hehe

    eh awat aku tulis panjang2pulak nih?
    saja nak bagi hang semangat.

    footnote:
    sebenarnya aku memang hajat nak pakai tepon pandai. tapi sanggup ke hang tunggu hujung taun nih untuk tolak dekat aku?sah2tidak punya kan...

    ReplyDelete
  2. kite nak try pakai hp tu leh... serasi wujud then baru decide nak beli... and at the end, lum tentu Una Dol rasa nak jual... gilosss tak sayang ke beb??

    p/s: hp kite skrg xde GPS... herge rm1000 aje... :(

    ReplyDelete
  3. wow! best tuh..nak tuka ngan iphone? Hahha!

    ReplyDelete
  4. jam tu taknak la beli baru, tuka battery je.
    sedap kau kutuk, ni nak beli ke tak nak ni?
    mana boleh tunggu akhir tahun, dah sangap BlackBerry ni..

    Sha Syalizz:
    dah tu sha try kita nak pakai hp apa?

    Arifah:
    taknak. nak BlackBerry. cooler :)

    ReplyDelete
  5. Amboihh..kononnye offer nak tuka ngan iphone, padahal, diri sendiri pon xde iphone..:D ooo, nak BB ye...tukar ngan dato' CT la.. :)

    ReplyDelete
  6. huh.. tak nak kalah ni.. Nak lawan 2 Manager ngan 2 Director.. :P

    ReplyDelete
  7. Arifah:
    hehe, ye ke takde lagi ni?
    org gov kan gaji besar?:)

    Datuk Z:
    hahahahahaha!
    hambik kena sindir dgn manager :p
    aaaahh tak kira, mana boleh kalah!
    *tengah berhempas pulas bergolok gadai*

    ReplyDelete
  8. Oi Una, kata nak simpan duit nak kawin! Diet la; kerat steamyx la. Ni, alih2 nak tukar hempon. Ingat; 2.5k tu buleh beli fridge high-end tau; tahan 10 tahun lagi. Beli BB, 6 bulan nanti nak tukar lagi.(Hambik kau nasihat makcik2 nih!)

    ReplyDelete
  9. BTW, boipren ko tak risau ke, dah kawin nanti, kut dia patah kaki ke, hilang telinga nanti ko tukar laki baru? Aku wonder je...

    ReplyDelete
  10. rm1000 boleh?berapa gig ney?
    or just tukar dengan my iPhone =p

    ReplyDelete
  11. noorulhana:
    makcik ni kalau berleter no.1.
    org nak kawin 15 tahun lagi lah!
    (T_T)

    princ3ofperlu:
    RM1600 la. up 100 :D
    32 gig tau!
    orang nak BlackBerry la :(

    ReplyDelete
  12. zella punya jam pon mcm tu,habes bateri langsung mls nk tukar2 bateri br...smpai skrg xpakai jam..naseb baik la zella ni bkn jenis org yg suka pkai jam...

    istallment boleh ker??
    kui3....

    ReplyDelete
  13. wahhh! macam menarek. i pon mmg tgh usha nak beli phone!

    ReplyDelete
  14. blackberry?tak bagus...
    blueberry cheese cakes is better huahuahuahua
    uidh..kasi kurang skit 1200 lor...bayar cash...copat copat

    ReplyDelete
  15. zella:
    kita ni pulak memang tak boleh kalau tak ada jam.
    kalau tak pakai jam rasa macam tak terurus je.
    date semua tak ingat.
    installment?
    dua kali bayar boleh la.
    RM800 sekali bayar.
    haha tiba2 naik harga :P

    f.a.r.a.h:
    hehe.. tengah usha nak cari phone ke?
    try la BlackBerry, gila cool.
    kalau baca novel banyak watak yang pakai BlackBerry.
    *terpengaruh dengan novel*

    princ3ofperlu:
    BlackBerry cool laaa!
    ah 1200 memang tak dapat dik non :p

    ReplyDelete
  16. then rm 1400 final offer..copat copat..
    aik jadi adik?mude nyer kwang kwang kwang

    ReplyDelete