expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 13, 2010

Believe in the Law of Attraction, have faith in whatever you are doing and keep on moving!

Ok. Secara tak sengaja terprivate kan blog seharian semalam. Actually i'm trying to adjust my blog layout so saja biar private sekejap, bila nak public kan semula tiba tiba internet down pula. Duhh. Anyway thanks to those yang tinggalkan message di Facebook dan email tanya kenapa private blog. Terharu ai tau. Ingatkan tak ada orang baca :P

19 March 2010 ni, genap setahun saya kerja di sini. So gaji bulan ni adalah naik lagi sikit. Tak banyak pun, tapi syukurlah. Cukuplah untuk belanja Mama jubah baru, bagi Kakak blouse baru, belanja Oyah tengok wayang, bawa budak budak jalan jalan.. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. (Teringat kawan sekolah dulu cakap, "Pejam mata pejam mata dah nak habis Form 5 dah kita kan?". Lamanya pejam mata.. Haha).

Bila ingat balik, tak sangka saya betul betul teruskan apa yang saya dah mulakan.

Habis diploma dulu saya pernah buat gila nak tukar course tau. Seriously lepas habis final exam diploma saya dah nekad nak ambil course lain kalau nak sambung degree. Nak tukar ke something i love more, like Degree in Mathematics? (Wujud ke course ni?) Ironinya, bila keluar result saya dapat Dean's List pula. So Mama cakap dah tak ada sebab dah nak tukar course dan jangan mengada-ngada nak buat hal (T_T)

Then habis sem 4 masa Degree saya kena undergo Industrial Training. Konon taknak berpanas berhitam duduk site kalau kerja dengan contractor, saya dengan pandainya apply praktikal dengan consultant as Design Engineer eventhough saya sangat lemah in Reinforced Concrete Design subject.. Serious minggu pertama saya di consultant company tu hari hari saya balik moody gila dan nangis dengan Mama cakap nak berhenti praktikal and ambil cuti sem. Gila betul. Sebab saya benci design! Taaapii.. Saya teruskan juga, belajar betul betul, bermuka tebal bertanya mana yang tak tahu (sampai ada senior di situ sound, "Kau kat universiti tak pernah belajar design ke hah?") siap selongkar kotak buka semula buku buku sejak diploma dulu. Dalam 10 minggu sahaja saya menjalani praktikal, saya dah jadi sangat sangat suka design dan bila masuk sem baru siap boleh ajar kawan kawan lagi :)

Bila dah grad, saya nekad nak kerja dengan consultant. Sebab saya kan dah suka design. Saya hanya hantar resume pada consultant company sahaja, tapi masalahnya saya nak gaji besar. Sengal. Dalam bidang engineering, susah nak jumpa consultant company yang offer gaji besar or at least reasonable dengan taraf hidup di Kuala Lumpur ni. Lagipun saya nak kerja yang dekat dengan rumah. Almost 3 months saya menganggur memilih punya pasal. Bila dah lama sangat menganggur, saya mula apply dengan contractor pula. Last last sekarang saya kerja dengan contractor, and it is a Class A Contractor..

Mula mula kerja apa pun saya tak tahu. Totally lain dengan consultant company. Dan site jauh pula (T_T). The moment i joined this company, kami baru je memenangi kontrak projek Kinabatangan ni. So maknanya saya berpeluang belajar handle projek betul betul dari mula. Syukur ramai yang sudi membantu. Masalah? Of course ada. Kau perempuan. Kau bekerja dalam bidang dikelilingi lelaki. Diumpat didengki mestilah ada. But thank God it was not among the technical team. Kalau tak mesti susah nak kerja. Memang biasa didengari perempuan dalam bidang teknikal dan perempuan dalam bidang office management jarang boleh ngam. Pesal entah. Di office saya berkawan pun dengan lelaki sahaja, so bergosip pasal artis/fesyen/mekap sudah tentu jarang sekali. Tak kuasa ai tau. Buang masa. Tapi tak semua macam tu. Contohnya saya dengan Kak Farahiyah secretary Bos Ruslan tak ada masalah pun, sebab dia best! So tak boleh la nak kata semua secretary/receiptionist/kakak kerani memang jaki dengan engineer perempuan dan tak ada kerja lain selain mengumpat dan bergosip, sebab bukan semua pun macam tu. Semuanya bergantung pada individu sendiri, bukan pada pekerjaan mereka. Betul tak??

Duhh.. Panjang pula cerita. Lately rajin betul taip panjang panjang. Macam kau orang rajin je nak baca kan.

Motif entri ini, jangan mudah mengalah dalam apa pun yang kau buat. Kadang kadang kita rasa macam tak mungkin kita mampu nak habiskan course ini, tak mungkin kita mampu nak bekerja dalam bidang ini, tak mungkin kita layak nak tergolong dalam Top 10 Malaysian Idol, tak mungkin dan tak mungkin.. Itulah silapnya. Thoughts become things. Apa yang kau fikir itulah yang kau dapat. Cakaplah benda benda positif, benda benda baik walaupun dirasakan mustahil. Percayalah, tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni. Fikir kena baik, hati kena bersih. Okay :)


17 comments:

  1. ntah nape tibe2 meremang bulu roma aku baca entry ko yg ni, best2! i like..:)

    ReplyDelete
  2. owh,lepas baca aku kembali bersemangat...
    sebab tadi dah rasa pening dah

    ReplyDelete
  3. thanx akak. tetibe cam semangat nak jawab exam isnin nih. huwaaa but it is a life! keep moving even it is hard! huhu~

    ReplyDelete
  4. i takut nak apply kat consultant internship kak una. i pon seram ngan design. this may i'll start my industrial training kat PLUS. jauh x structure to highway? haha

    ReplyDelete
  5. malaysian idol ade lagi ke?
    haha..

    sumtime benda yg kita tak prefer akan suit us well..
    yup.. tak prefer.. bukan x suka..

    ReplyDelete
  6. Yeah!! Semangat! Semangat! :D

    ReplyDelete
  7. wa..kak husna!!!kagum seh!rezeki kak husna murah btl...ada la degree in mathematic..wani ambik tau!hehehe tapi wani ambik degree in managment mathematic...my friends ambik degree in mathematic..

    ReplyDelete
  8. baik..baru je pikir nak bakar fakulti sbb keje berlambak nak mampus ni...

    ReplyDelete
  9. kite baca yg bawah je... fikir kena baek, hati kena bersih... thks!

    p/s: ada problem kawan gn budak account sorang ni takkk??? errrr... (cbuk je)

    ReplyDelete
  10. hahahahaha... pejam mate.. pejam mate....
    aku lupe name laki yang cakap macam tu.

    ReplyDelete
  11. feeda:
    lorh.. biar betul?
    meremang macam baca cerita hantu ke cik mek?
    hehheh

    hans:
    great, keep it up :)

    Cik Akma:
    you're welcome. kita sama sama ok! :)

    f.a.r.a.h:
    PLUS is a great place though.
    anyhow you SHOULD once in your life try working with the consultants.
    seryes tak rugi.
    goodluck babe :)

    i'msosupernotcool:
    aah kan, dah lama tak dengar pasal Malaysia Idol :p
    yup, just because something doesn't do what you planned it to do doesn't mean it's useless.
    (tiru post title someone ni :P)

    Arifah:
    semangat semangat! :D

    Wanie-san:
    ouh really?
    should be interesting kan Maths ni.
    ala semua orang ada rezeki masing masing kan :)

    avid gunner:
    good boy :)

    Sha Syalizz:
    dengan budak account ni?
    banyaaaaak sangat problem.
    tapi rupanya perangai kita sama pulak.
    haha :))

    arisa-fujiwara[farah]:
    haha..
    tu la, ko pun ada eh masa tu?
    tak ingat la sape, geram rasa nak fikir gak siapa yg ckp tu :P

    ReplyDelete
  12. nice entry
    ni x sabar nak keje neh!!
    ehehehe~

    ReplyDelete
  13. hahaha pejam mata..pejam mata...
    lawak tul... ;)

    wah...husna bdk bijak!

    ReplyDelete
  14. ala hanis cakap dia dulu pun bukan prefer hang, tapi dah tu jer yang tinggal dalam kampeni nih, TERpaksa lah pilih gak. betul tak hanis?
    wakaka
    maen2jerlah
    anyway, tak sume benda yang kita nak tuh kita dapat, sebab bukan semua benda yang kita nak tuh sebenarnya suit terbaik dengan kita.
    sebagai contoh; mungkin kita mahukan BB, tapi sebenarnya dah takdir N97 lagi suit untuk kita. kita mahukan kurus mengurus kering, tapi berisi sikit ala2makcik pakai tudung emergency tuh sesuai untuk kita. kita nak itu dan ini, tapi sebenarnya yang kita terlepas pandang tu lah takdir kita.
    betul tak?
    tak betul?
    betul?
    tak kot.
    ah lantak lah

    aduh.
    sah-sah komen aku nih gagal di approve nih
    aduh.
    panjang lagi komen aku nih. siut jer.
    maap le una, tak boleh tidak mesti nak mengata hang. ye lah, jeles sebab hang boleh nak pi sawak ngan sabah kot. wakaka.

    ReplyDelete
  15. hanna:
    thanks yang.
    bila kerja ni biarlah kerja yang buat kita happy.
    kan?:)

    zella y:
    tak bijak mana pun la (T_T)
    rezeki je semua tu..

    AJ Nismihan:
    tak pasal pasal pulak brader ni masuk bab hanis.
    tapi contoh yang kau bagi memang kelakar la.
    walaupun berasap je telinga aku ni kaannn..
    aku sekarang dah tak filter komen la bro.
    cakap apa pun semua dah auto approve.
    sonok la kau kann..
    heh

    ReplyDelete
  16. betul3..
    setuju2.
    thanks utk entri ini. msti best kan bila dpt tahu entri kita mmbantu ssorg.

    ReplyDelete
  17. Bungakopi:
    mekasih juga.
    glad that i could be able to help somewhere :)

    ReplyDelete