expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 4, 2010

When you awake alive in the morning, thank God for it :)

Hari ni saya bermula dengan baik seperti biasa. Bangun awal, siap-siap, mekap-mekap, mekap juga Aina dan Aicha yang bertenggek tunggu giliran kat tepi saya depan meja mekap (sabar je la aku tiap-tiap pagi macam ni), hantar Aina ke tadika. Segalanya berjalan dengan baik walaupun Aina pakai Crocs pink dia sebab kasut sekolah tertinggal kat rumah Kakna (-_-").

Sampai-sampai office beli nasi lemak Kak Ina, naik office buat air. Buat air untuk Encik Hanis sekali, walaupun dia selalu komplen saya buat air ikut selera saya je.

Style Cik Husna
- Letak Milo packet 3 in 1, and letak air panas menggelegak separuh cawan. Barulah terasa kepekatan Milo tersebut.

Style Encik Hanis
- Letak Milo packet 3 in 1, letak air panas menggelegak separuh cawan, and campur air sejuk sampai penuh cawan.

Duhh.. Apa pun tak rasa.. Tawar hebeh bak kata orang Terengganu (betul ke? Macam pernah dengar je kawan Terengganu cakap). Dulu selalulah dia berleter, "Dia ni buat air ikut tekak dia je.." sebab saya memang buat ikut cara saya. Sekarang malas nak dengar bising-bising, saya ikutkan jelah selera beliau..

Our new pantry. Abang Zack request microwave dengan peti sejuk. Sekali kena sound dengan Bos, "Korang jangan nak berlagak ye.. Tak pernah-pernah ada orang request microwave". Last-last peti sejuk je approved. Haha.. Nasib baik Abang Zack yang kena :P
Then seperti biasa ada technical meeting with all the engineers.. Tiada dalam gambar adalah Anuar a.k.a Gary, our Electrical Engineer yang berada di site sekarang. Dengar cerita beliau nak memohon kerakyatan Sabah, memandangkan beliau baru join group SAYA BANGGA SAYA ORANG SABAH di facebook (-_-")

Clockwise: Cik Husna, Abang Zack (Project Manager), Abang Naim (System Engineer) dan Bos Ruslan (Project Director).

Cik Husna dengan tegasnya menegakkan, "Tidak tuan-tuan, Lady Gaga lagi famous dari Zaiton Sameon. Jangan terpedaya dengan hujah Encik Hanis. Dia tu peminat Zaiton Sameon."
Kalendar Encik Hanis di atas CPU beliau. Awwww...! Terharu ai taauu...


Keh keh keh :P


13 comments:

  1. Kata nak buat air untuk dia, takkan nak ikut selera jiran sebelah rumah kot; mesti la ikut selera Encik Hanis. Aparah hang ni husna

    [background sound]
    aper pulok, sepatutnya si dia terima jer lah apa yang kita bagi.kan ke itu kire macam hadiah dari kite. Lagipun itu dah kire baik kita buat tau,nyampah lah dia nih

    Erk, korak hang la. Kalau buat dia tak minum langsung lagi kecik perut tau. Erk hati. Ikutkan ajer.

    Dia kan nanti nak jadi bos gak.
    Macamana pun, bos selalu betul kan. Wakaka. Aku dah pusing2cakap macam budak Uganda cari jalan dekat ulu tembeling dah nih.

    Footnote:
    1. Gambar dekat pantry tu sejujurnya nak buatkan pembaca berkata; oh kurusnya husna. Itu jer. Aku yakin, itu jer niat dia.
    Hanis, hang jangan la puji lebih2, karang jadi bersawang la azam nak berjoging dia tuh!
    2. Kelender tu sah2husna yang pusingkan.Kalau tak, buat apa dok tengok kelender April awai2? Betui tak Hanis?
    [yang tulis tu husna buat sendiri kot]
    erkk tu bukan aku kata.orang belakang aku!
    Oit!

    ReplyDelete
  2. keh3...14 april rupanya...tulis sendiri ke hanis yg tulis?=p

    ReplyDelete
  3. mesti hang yang tulis si jelita kat calendar tu kan kan kan kan?? hahahaha!

    * klu kedah tawar = tawaq hebiaq!

    ReplyDelete
  4. duhh.. kenapa semua tak percaya hanis yang tulis?? (T_T)

    ReplyDelete
  5. hahaha, kantoi abg hanis. dah la ade love love.

    ReplyDelete
  6. Saya tak payah cakap apa apa cik Husna sayang. Semua tau komplot awak nak jatuhkan saya kat blog awak. AJ Nismihan, semua yang hang cakap tu betul belaka.

    ReplyDelete
  7. aahhh... mana nama org di sebalik tabir??? yg tgkp gmbr Una Dol kat pantry & meetin room???

    p/s: ini kes kacang lupekan kulit nih!!!

    ReplyDelete
  8. tawor heber la kakk. hehehe *owg tganu*

    :D

    ReplyDelete
  9. best la cik hanis tu..bila nak kawin ni?

    ReplyDelete
  10. emmmm...'birthday si jelita' tu tlsan u sdri kn na...huhuhu...=)

    ReplyDelete
  11. hahaha
    kesian si Jelita nie kena pangkah
    kalau btul cik Jelita tanda sendirik pn ape salahnye
    kdang2 org yg kite nk sgt igt prkara2 yg PATUT DI INGAT selalu lupa
    so alternatifnya ialah mengingatkan!
    saya sokong cik jelita!! ehh, sori, cik Husna! :D

    ReplyDelete
  12. humaira hadzarami:
    nasib baik love love tu kaler biru bukan kaler pink ;)

    Muhammad Hanis:
    malu nak ngaku la tu. takut hilang kemaskulinan ye :D

    Sha Syaliz:
    gambar sha dah tersemat di hati kita, so takyah upload.. haha.. baik punya alasan :P

    Cik Akma:
    yeke? mekasih2. satu lagi manis leting kan?
    see? kak una memang terer :D

    Bungakopi:
    kan dah cakap kat previous post kahwin 15 tahun lagi (T_T)

    nana jaafar:
    mana ada! dia yang buat laaaaa... betolll~~
    tolonglah percaya..

    larasephia:
    hahahaha~!!
    ai sayang yu lebih la lara.
    btw welcome back gojes :D

    ReplyDelete
  13. dulu slalu buatkan air utk enchek matahri...

    zella jarang minum air manis n pening bila bau kopi...enchek matahari suka nescafe 3 in 1...
    buat juga lah utk dia wlupn kepala pening2 lalat hehehe

    ReplyDelete