expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 27, 2010

Entri yang ditaip dengan pantas menjelang Earth Hour lagi 23 minit maklumlah pakai streamyx bukan broadband eh panjang lak melalut.

Seperti yang ditaip panjang pada tajuk, kalau ikut jam di laptop saya lagi 23 minit towards Earth Hour. Saya sebagai environmentalist tegar sangatlah menyokong langkah ini. Masa dengar Fly FM semalam adalah seorang pemanggil yang telah berjaya menunjukkan ketidakberapapandaian beliau dengan mengatakan, "I do not support Earth Hour because i don't think by switching off electricity for one hour would bring any significant to our environment".. Duh, rasa nak tampar. Kalau 100 orang fikir macam kau macam mana? Kalau 1000 orang? Kalau 10000000 orang? Tak ke significant? Tak faham ke dengan phrase, doing something is better than nothing? This is the least you can do, takkan susah sangat? Adoy laa...


Saya bukanlah mampu nak buat apa sangat, tapi saya cuba juga menyumbang apa yang boleh untuk memelihara alam semulajadi kita hambik kau ayat cikgu Kajian Tempatan. Contohnya kalau beli 2-3 barang kecil kecil, saya jarang ambil plastic bag sebab boleh je dimuatkan dalam oversize bag saya. Hah sebab itulah saya sangat adore oversize bag, sangat membantu kan?? Kalau pagi pagi beli nasi lemak bawah office tu saya takkan ambil plastic, alah bawah office je there's no harm kau pegang je nasi lemak yang dibalut dengan suratkhabar tu tanpa plastic bawa naik atas bukan jauh pun. Buang sampah merata? Huh memang pantang betul kalau nampak orang buang sampah merata, no civic minded okk! Kalau berlaku depan mata rasa nak suruh orang tu kutip balik je walaupun tak kenal.


Kalau fotostat or print something saya lebih suka guna depan belakang, supaya tak membazir kertas tak lah botak gunung ganang kat dunia ni habis pokok semua ditebang untuk dijadikan kertas. Sampai pernah satu ketika saya terguna rough paper (kertas yang dah digunakan one side), untuk print document penting for my boss dan sia sia kena sound. "Husna lain kali kalau nak bagi apa apa copy for me print la atas kertas baru, jangan jimat sangat" (T_T). Beria ia jimat macamkan kau ada share je dalam company ni. Lainlah kalau aku ni sedara bos ke.. Nak jadi sedara bos kenalah kahwin dengan sedara bos, jadilah cousin ipar. Sedara bos yang paling dekat dan masih bujang sekarang adalah..... Adi!! *pengsan*

Comel kan beliau? :D Gambar dicuri dari blog Encik Hanis.


Ishh aku ni merepek memang nombor satu. No offense ye Adi! Heh heh. Adi ni baik tau, rajin membantu, selalu senyum, sporting dan ada banyak rumah sewa. Perlu ke maklumat ni? (-_-")


Dah dah ingatkan nak taip sikit je last last panjang pula. Lagi 5 minit nak start Earth Hour. Korang tutup kipas lampu tau!


7 comments:

  1. ~ panjang tul tajuk entri ko nih una..tadek panjang lagi ka..??

    ReplyDelete
  2. kau ni kak mesti tak baca post kan? baca tajuk je..

    ReplyDelete
  3. haku setuju 200%. baru je aku rasa kecewa dan entri ini muncul sblm entri aku. hhuu

    ReplyDelete
  4. Hahha! gile panjang tajuk entry...

    ReplyDelete
  5. sobss sobss lagi mantap, xtaw pon arini earth hour. ngeehh~

    ReplyDelete
  6. Bungakopi:
    yeah, we're a team :)

    Arifah:
    penat tak baca?

    Cik Akma:
    tau pon. kena rajin dengar radio or baca paper ni..

    ReplyDelete
  7. its my birthday...

    lebih baik mencuba daripada langsung xbuat pape.

    ReplyDelete