expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 7, 2016

Penang Trip Day 1

Hujung bulan lepas kami sekeluarga bercuti 3 hari 2 malam di Pulau Pinang. Dah lama tak bawa anak berjalan pun, kesian budak budak. So sempena birthday Ammar Yusuf, birthday Daddy dan anniversary kami bulan September ini (kahkahkah combine terus nampak sangat nak jimat duit :p), kami sepakat bawa anak anak ke Penang sebab tak pernah lagi bawa mereka ke bahagian utagha ni. And seemed like it was a good decision, because Penang trip was soo awesome!

Kami bertolak pada hari Ahad tengah hari, bawa kereta dengan bertenang sahaja sebab bukan nak rush sangat. Anak anak mood baik, tidur sahaja sepanjang perjalanan. Adik Muaz tidur 3 jam, dia bangun je dah sampai Penang bridge, terus dia cakap "Adik sleep kejap je dah sampai". Kejap apaa. 3 jam awak tidur!

Sampai hotel dalam pukul 4. Hari pertama, kami check-in di Hotel Royal Penang. Memang kami dah rancang, malam pertama di sini duduk hotel murah sahaja sebab untuk tidur je pun. Plannya nak jalan jalan sepanjang siang, dan esok pun nak early check out jalan jalan lagi. Konon nak duduk hotel budget, tapi sebab bawa budak budak taknaklah duduk hotel murah sangat, seram. So Hotel Royal ni kira average la. 1 malam RM155.20 nett. Not bad.


Si emak pastilah tiada kerja lain. Perkara pertama dilakukan adalah mirror selfie di bilik hotel.



Si sulung sudah besar, sudah faham banyak perkara, dah sangat senang dibawa berjalan.


Manakala si bongsu ini, masih hidup berkonsepkan 'World only revolve around me' -____-". Segalanya perlu menurut spesifikasi dan keinginan beliau. Ketika ini sedang berduka, baru sahaja bersengketa dengan si bapa.


Lalu membawa kepada adegan ini. *yawn*


My soft husband. Marah anak sikit cepat je dipujuknya, Mummy pula yang geram melihat. #mummyiswaycooler


Budak ini, gembira sahaja. Tidak tahu berdrama.

Selepas check-in dan berehat sebentar, kami yang sudah kelaparan terus keluar. Konon nak jalan kaki sahaja cari tempat makan di sekitar hotel, sekali dah berpeluh peluh jalan pun masih tak jumpa tempat makan yang halal T___T. Chinese area sini rupanya. Patah balik ke hotel, ambil kereta.


Lalu Line Clear, pekena nasi kandaq. Untuk ibu bapa sahaja. Budak budak tidak tahu makan nasi kandaq, hanya meminta roti canai. Duh.



Entah perbualan apa dua orang ini, sangat gembira nampaknya.



Eleh, tadi gaduh dengan Daddy -____-"

Selesai makan, kami terus ke Penang 3D Trick Art Museum. Dekat saja dari sini, dalam 10 minit sahaja naik kereta. Kalau berjalan kaki mungkin 2 jam, sebab pakai kasut tinggi. Masa masuk sini kusangkakan anak anak akan bosan, sebab di sini adalah tempat untuk bergambar sahaja kan. Sekaliiii, ewah budak budak ini galaknya mengalahkan emaknya!

Harga tiket (with MyKad)
Dewasa: RM15
Kanak kanak (4-12 tahun): RM10

Masuk masuk nanti akan ada seorang yang jadi jurugambar tetap kita. You just have to give your camera to him/her. Bagus! Tidak perlulah kita memanjangkan tangan ambil gambar sendiri di setiap tempat. Kasihan.


Kami di kampung halaman.


Kami sedang cuba mengait buah mangga.



Sudah bosan mengait buah buahan, kami berkeputusan untuk menaiki sampan pula.


Beralih ke kereta lembu tanpa sebab.


Apa ini pemandu bas kanak kanak?


Bakat suami dan anak anak berlakon dalam gambar semakin menyerlah. Mummy memang sudah lama berbakat =B


Zam zam ala kazammm!! Adam Muaz sepertinya sedang memerhatikan telinga pemandu karpet terbang entah mengapa.

\

Apabila Ammar Yusuf dan Adam Muaz berjumpa adik beradik yang lain kuikuikui.


When your children outgrown you.....


Jurugambar sudah mengarahkan untuk berpura pura takut tapi nampaknya hanya Mummy yang menghayati watak -____-


"Hoi buat muka takutlah!"


Ewah si Muaz posing.


Percubaan untuk menghalang shark keluar dari sarang.


Oh well.... #divafamily


Kami bertiga sedang bersenang lenang di bawah cendawan besar dan Daddy pula sedang berusaha menangkap ladybird.


Selepas beberapa kali kami berempat jatuh tergolek bergelimpangan di sini, maka terhasillah gambar ini. Pening! Benar benar memanipulasi pandangan mata.


Entah watak cerita apa, yang penting kenapa aku kelihatan begitu berminat terhadap si buncit tu? Adakah cuba membandingkan dengan perut sendiri?


Dikejar dinasour. Sudah tentulah hanya aku yang berminat dengan jalan cerita, but I can give an A for Ammar Yusuf for trying ;)))


Siapakah yang bagaikan puteri raja di tengah tengah itu kahkahkah #kasicanlah


Parachuting.


With the mummies.


Jambatan maut.


Hantu. Hampir seperti realiti dan mengganggu emosi anak anak buat beberapa saat.


Di dalam kolam renang, hanya di sini anak anak aku betul betul menghayati watak sampai berenang betul betul HAHAHA. Adalah dalam 15 kali cik jurugambar suruh berhenti bergerak sebab nak ambil gambar =)))



Comel je dua dua. Eh terpuji anak pula.


Habis dah. Memang kelakar di dalam ni dan ketika keluar dari sini kedengaran Ammar Yusuf berkata pada adiknya "Seronok kan tadi Dik?" Hehehe. Mummy juga seronok tapi rasanya semua orang pun sudah tahu.

Keluar dari sini, dari jauh kelihatan ramai orang bermain bubbles di kawasan dataran berhampiran. Ah main bubbles, di Puchong Utama juga ada! Tapi tak mengapalah, singgah sebentar untuk memuaskan hati anak anak. H beritahu nama tempat tu Padang Kota (correct us if we were wrong, Penangites!). Aku percaya sajalah, aku bukan tahu apa.





Tidak lagi malu-kamera (camera-shy).



In front of Town Hall. Tak sempat nak study what is this Town Hall for.


Bila bercuti haruslah membiarkan anak anak menggunakan tenaga mereka sehabisnya agar mereka boleh tidur awal di malam hari. Barulah ibu bapa boleh bercinta pula selepas itu.


Singgah di tebing laut menyaksikan ombak yang bergelora, seperti gelora hatiku. Ewah.


The sulungs.


Jadi inilah bilik kami. Queen size with flat TV, okaylah. Haruslah bersyukur. Namun tandas tidak punya getah paip boooooo. Namun usah gusar, mereka ada menyediakan gayung sebagai ganti. Agak membantu, tapi lebih baik janganlah buat 'urusan besar'. Kelak merana ketika basuhan (aku awal awal sudah cabut apabila tiba 'urusan besar' anak anak). Sungguh siapalah yang tahan mempunyai isteri sebegini.


Ammar Yusuf setiap kali masuk ke bilik hotel pertama sekali akan bertanya "Pen dengan kertas ni boleh guna ke Mummy?" Terlampau suka menulis.


Adam Muaz si raja drama. Nampak tak botol botol air di tepi itu? Itulah yang kami usung ke sana sini sepanjang berjalan. Very important to keep us hydrated, tidak perlulah terlalu kerap singgah ke kedai untuk membeli air, dan method ini juga bagus untuk menjimatkan wang. #cheapskate #tapisihat.


The only luggage we brought. Travel light this time, bawa baju pun ngam ngam je. Seronok pula anak dah besar ni tidak perlu lagi nak bawa baju berlebihan. Emak juga sudah besar, tidak perlulah bawa baju berlebihan. Pesanan khidmat masyarakat.


Other view of our room. Boleh tahanlah untuk harga RM155.20 sahaja. Hotel lama, ada bau semacam sedikit seperti bau karpet ataupun bau almari lama, tapi bolehlah diterima untuk singgah menginap satu keluarga. Banyak sangat sudah gambarnya, akan bersambung dengan Penang Trip Day 2 nanti!


4 comments:

  1. We went to Penang too in July :) Foods heaven..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I sempat pekena nasi kandar je, yang lain semua just ordinary food which we can just get it here. Tak sempat!

      Delete