Monday, November 21, 2011

Err.. Hello?

Aku memang suka menulis. Hobi aku menulis. Masa 8 tahun, aku pernah buat pertandingan menulis cerpen dengan Kakak. Kakak punya cerita rasanya lagi best, dah nama pun dia Kakak, mestilah dia lagi terror (terror as hebat, bukan terror as in terrorist). Cerpen pertama aku bertajuk Akibat Tamak. Mengisahkan budak yang bawa bekal makanan yang banyak ke sekolah tapi taknak kongsi dengan kawan-kawan masa rehat, akhirnya tak sempat habiskan makanan lalu ditahan pengawas sebab lambat beratur masa perhimpunan lepas rehat T__T. Cerpen Kakak? Tak ingat pula. Rasanya bertemakan cinta. Kakak kan dah nak jadi anak remaja masa tu hewhewhew.

Hobi terbawa-bawa sampai ke besar. Ke universiti. Masa belajar sambil bercinta dulu kalau perasaan tak berapa betul mulalah tulis surat hantar ke boyfriend HAHAHA orang zaman batu ke apa macamlah tak boleh SMS or email or Myspace ke apa.

Bila dah kerja, sebelum ada kereta pergi kerja naik tren dan bas. Bosan-bosan menunggu aku akan karangkan sesuatu menerusi applikasi Notes dalam handphone cap ayam ni, berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling; kebengangan tengok mamat Indon duduk kangkang buat bodoh je bila ibu mengandung berdiri sebelah dia dalam tren, driver bas yang kurang adab menjerit-jerit pada orang tua yang bertanya arah tujuan bas itu, dan bermacam-macam lagi.

Ya. Aku memang suka menulis. Mengarang.

Boleh terima tak penjelasan panjang lebar aku ni? Yang pucuk pangkal sebenarnya adalah untuk justify kenapa aku kembali berblog. Tssk. Panjangnya cerita susah susah explain macamlah ada orang kisah.

Banyak benda nak share, but mostly ada yang dah share dengan kawan-kawan melalui message di Facebook, di Facebook status.. Tapi kan, ermm.. Kemungkinan besar entri-entri selepas ini menjurus kepada satu golongan sahaja; wanita, khasnya kaum ibu. Sebab aku dah plan nak cerita pasal apa selepas ini (hewhewhew semangat betul sampai dah tahu nak tulis apa). List tak ikut turutan kepentingan.

My Breastfeeding Journey
Review: Medela Swing Breastpump
Petua menguruskan badan HAHA perasan betul
Barang Yang Hakikatnya Tidak Perlu Dibeli Untuk Newborn

Itu sahaja kot. Orang kata kalau nak buat comeback, jangan gelojoh sangat cerita semua benda nak tunjuk hebat. Biar nampak tak hebat tapi sebenarnya cool (berfalsafah) HAHA tolong jangan tampar aku.
3 months 17 days Muhammad Ammar Yusuf. Ada kawan cakap gambar ini Ammar Yusuf macam dah nampak slim. Hakikat sebenar beliau adalah seperti di bawah:


Makan Daddy! Lengan Michelin tetap ada nyumnyumnyum~~


Eh eh. Eh eh. HAHA

Daddy (once he saw this photo) said,"Ceh. Mummy ni dah ada anak sorang pun nak posing macam anak dara."



Mungkin aku perlu ambil gambar berposing dengan diapers dan botol susu. Baru nampak macam ibu anak seorang :/



17 comments:

Unknown said...

~ welkam back..!!

Wanie-san said...

hehehe ammar yusof so cute!!mcm xsangka kak husna kawen taun lepas dah dpt baby yg cute miut tu!rasa mcm baru je g wedding kak husna..:)

zazaw said...

hihi
ammar yusuf comel

nhn said...

yeaaaay, akhirnya dah update.

baby ucop sangat comelllls.

Izza - Jiejah said...

geramnya dgn yusuf ...rasa nak gigit² lengan dia ;-))

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

sukee tgk perkembangan si comel dekat fb..ehhh..eehh..kamu mmg dah kuwus ok!! sila maintain yerrr.. :)

east said...

HAHA sian ammar yusuf..mummy dah reveal gamba sebenar dia. siap post dlm blog lagik haha..
anyway its good u're back writng una..rindu nak membaca :))

Husna Hadzarami said...

THANK YOU THANK YOU!!

Sweet la korang ni :')

Ummi Afzannizan said...

yeay!!!! mummy ammar yusof dah kembali...ummi affan sgt2 suka tau...leh kongsi2 citer...kan3...lama dah x baca blog kamu...sila updated entry seperti yang dirancangkan ye...lebih2 lagi "Petua menguruskan badan HAHA perasan betul"....sbb ummi affan ni mmg x kurus2 lagi...(hanya kembali ke bentuk asal)...lalalalalallala...:) welcome back dear!!!!:)

Ijah EmoTemo said...

YEAYYY! Kak Una dah kembali :) Suka suka suka! Nnt update byk2 lagi ye! Hihihi.

Alolo Ammar tetap comey! :)

FAA said...

told you everybody is waiting for your entry ! :D

Sha Syalizz said...

YEAY!

WELCOME BACK BRO! SUKA! =)

Husna Hadzarami said...

Thank you for being such a darling girls ;)

Ummi AFFAN:
HAHAHA takkan ada kot entri Petua Menguruskan Badan tu, sebab kita sendiri tak kurus mana pun! Syok sendiri je karang nak bagi petua bagai HEHEHE.

Nor atau Nad said...

woaahhhhh
dah balik yeay!!!
dah berpuluh kali nor baca last post akak
rindu punya pasal -___-"
habis gambar ammar dalam fb kena stalk
hewhewhew :')

cik nurulain said...

finally! penat dah aku ngadap tajuk das ende tu. haha~

Nurulhuda|Adlie said...

ammar comel ;) welcome back, haha i pun baru je back ni.

Husna Hadzarami said...

Thank you Sayangs! :)

Nurulhuda|Adlie: Read about your miscarriage. Really sorry for you. Ada rezeki yg lebih baik nanti ye InshaAllah. Welcome back too! =)